Monday, October 10, 2016

MASALAH OBESITI DALAM KANAK-KANAK: PUNCA DAN CARA ATASI
Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak semakin hari semakin MEMBIMBANGKAN. Boleh dikatakan setiap lima orang anak-anak yang bersekolah akan mengalami masalah berat badan ataupun obes.




Antara FAKTOR-FAKTOR yang menyumbang kepada masalah obes dalam kalangan kanak-kanak seperti:

1. Gaya hidup yang tidak sihat
2. Pemilihan makanan yang tidak baik
3. Genetik
4. Kekurangan kesedaran tentang obesiti oleh ibu bapa

Kebanyakan (bukan semua ye) ibu bapa yang bekerjaya mengalami masalah dalam pemilihan dan penyediaan makanan yang sihat disebabkan kekangan masa. Disebabkan masalah ini, ibu bapa cenderung untuk meyediakan makanan yang 'mudah dicapai', di mana kandungannya tidak mempunyai nutrisi yang cukup dan tinggi kandungan kolestrol.

Kekerapan yang tinggi dalam memberikan anak-anak fast food dan frozen food akan menyebabkan anak-anak menjadi ketagih dan seterusnya mendorong mereka untuk menjadikan makanan ini sebagai pilihan utama. Risiko untuk mendapat penyakit obesiti ini semakin meningkat bilamana fast food dan frozen food menjadi makanan utama dibandingkan dengan home made food.



Kajian menunjukkan bahawa anak-anak yang dibesarkan di bandar mengalamai masalah obes yang lebih tinggi berbanding dengan anak-anak yang dibesarkan di luar bandar. Pendedahan kepada teknologi lebih tinggi kepada anak-anak di bandar dan menyebabkan mereka menjalani gaya hidup yang tidak sihat. Mereka lebih gemar untuk bermain di alam maya, berbanding bermain di alam nyata. Pemilihan pemakanan yang tidak sihat, ditambah pula dengan gaya hidup yang hanya memerap di rumah, akan menyebabkan anak-anak mendapat kandungan kalori yang berlebihan. Kandungan kalori yang tidak digunakan oleh tubuh akan disimpan di dalam badan sebagai lemak dan seterusnya menyebabkan obesiti.



Genetik turun temurun juga salah satu faktor yang menyebabkan obes. Ada kajian yang menunjukkan sekiranya kedua-dua ibu bapa mengalamai masalah obes, peluang untuk anak-anak menjadi obes adalah tinggi iaitu sekitar 70%. Namun begitu, sebelum genetik ini dipersalahkan, lihat dahulu kepada faktor pemilihan makanan dan gaya hidup yang diamalkan terlebih dahulu.

Ibu bapa yang tidak sedar tentang bahaya obes juga menjadi antara punca mengapa anak-anak dibiarkan untuk memilih gaya hidup yang tidak sihat dan akhirnya mengakibatkan obesiti. Pendidikan awal itu bermula daripada rumah. Jadi, sekiranya ibu bapa sendiri tidak ada kesedaran mengenai obesiti, maka pemasalahan oebsiti ini akan terus dan terus menjadi serius dalam kalangan kanak-kanak.

Mengapa kita perlu sedar tentang bahaya obesiti dalam kanak-kanak? Ini kerana, peluang mendapat penyakit seperti penyakit hati, jantung, masalah pernafasan, kerosakan sendi, athma, diabetis, dan kanser adalah lebih tinggi. Komplikasi di atas mungkin tidak kelihatan sekarang, namun, anak-anak yang obes ini mudah menjadi bahan ejekan rakan-rakan yang akan menyebabkan 'emotionally tortured' dalam diri meraka. Akibatnya, anak-anak akan hidup dalam keadaan yang tertekan, trauma, rasa dianiayai, dan membesar dalam persekitaran yang sangat negatif.

Antara LANGKAH-LANGKAH wajar yang boleh diambil oleh ibu bapa ialah seperti;



1. Memastikan anak-anak mendapat sumber makanan yang baik
2. Galakkan anak-anak untuk makan lebih sayur-sayuraN dan buah-buahan
3. Pilih protein yang rendah lemak
4. Elakkan pengambilan lemak tepu dan makanan manis yang terlalu banyak
5. Galakkan anak-anak untuk kekal aktif 

Boleh dikatakan hampir 98% cara untuk mengelakkan obesiti dalam kalangan anak-anak ialah melalui pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Namun begitu, desakan ekonomi kini yang menuntut kedua dua ibu bapa untuk bekerja akan menyebabkan kualiti penyediaan makanan itu tidak begitu baik.

Di sinilah peranan Vitamin atau makanan tambahan lain bagi membolehkan anak-anak mendapat segala keperluan nutrisi yang diperlukan. Ini kerana, pengambilan nutrisi yang lengkap dan baik bukan sahaja dapat mengelakkan obesiti, tetapi dapat meningkatkan sistem imunisasi dan pertahanan badan juga.

Di Fit Bonda, kami mencadangkan pengambilan Set Vitamin for Kids ini sebagai pelengkap nutrisi anak-anak.   Set Vitamin for Kids yang mengandungi banyak sangat khasiat seperti membekalkan kandungan Vitamin dan Mineral yang lengkap, menampung kelompongan nutrisi, membekalkan keperluan nutrisi lengkap dengan kadar lemak dan kolestrol yang rendah, membuka selera makan anak-anak bagi yang susah untuk makan-makanan berkhasiat, mengelakkan sembelit, membekalkan semua khasiat sayur-sayuran bagi anak-anak yang tidak suka untuk makan sayur, dan dapat meningkatkan sistem imunisasi dan pertahanan badan.

Semoga dengan pemngambilan nutrisi yang lengkap, berkhasiat, dan rendah kalori ini akan menjadi peyebab untuk anak-anak kita membesar dengan baik dan terhindar daripada penyakit, Insyaallah

--

Set Vitamin for Kids: Meal Shakes, Chewable Vitamin C, Vitalea For Kids




Meal Shakes


Chewable Vitamin C


Vitalea For Kids



--

Salam Sayang,
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: 010-4031219

Thursday, October 6, 2016

VITAMIN FOR KIDS
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar ibu-ibu hari ini? Sihat semuanya? Anak-anak pun sihat? Saya doakan semoga semuanya dalam keadaan sihat dan sentiasa bawah lindungan Allah Taala :)

Memebesarkan anak bukan satu kerja yang mudah. Sebab itu masa dulu-dulu bila kita tak nak ikut cakap mak, mak cakap, nanti tunggu lah kau jadi mak. Baru kau tahu macam mana susahnya nak jadi mak.

Sekarang ni dah jadi mak baru tahu susah tak susah jadi mak. Bukan lah nak kata susah yang anak-anak ni adalah satu bebanan. Bukan mcm tu. Cumanya lebih kepada kerisauan.

> Balik sekolah lambat risau
> Balik sekolah awal pun risau. Kenapa balik awal? Tak sihat ke?
> Dah solat ke belum
> Dah mandi ke belum
> Makan banyak risau
> Makan sikit lagi lah risau
> Bila anak sakit lagi lagi lagi la risau

Dulu, masa single, plan cuti untuk holiday je. Bila dah ada anak ni, cuti tu kena allocate juga untuk emergency. Kadang-kadang bila dah hantar anak nursery, cikgu telefon beritahu anak demam, muntah-muntah. Kena ambil segera dan bawa ke klinik. Kita ni pun sebagai ibu memang tak senang duduk dengar anak tak sihat. Laju-laju minta permission daripada bos nak bawa anak ke klinik.

Anak-anak ni memang antibodi dia lemah. Kalau pergi ke taska, tadika, atau sekolah tu, kalau dah sorang demam ke, batuk ke, selsema ke, memang ada peluang yang sangat tinggi untuk anak kita pun berjangkit sama. 

Kalau kita ada anak lebih dari seorang, biasanya akan berjangkit pada anak-anak yang lain pula. Dan kita sebagai ibu ni lah yang bertungkus-lumus jaga mereka dengan kasih sayang. Dan doa sangat-sangat supaya anak-anak cepat sihat.

Bila anak-anak sihat, macam-macam perkara boleh buat. Antaranya boleh plan untuk holiday dengan family. Sebab cuti banyak lagi :)

 Anak-anak ini, kalau nak pastikan mereka sentiasa sihat dan susah nak dapat sakit, ibu-ibu kena pastikan anak-anak makan makanan yang sihat. Makan banyak karbohidrat dan protein untuk tumbesaran yang sihat.

Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mencukupkan keperluan Vitamin anak-anak yang dapat membantu untuk meningkatkan sistem imun. Bila sistem imun kuat, Insyaallah penyakit pun susah nak datang :).

Tetapi ada dalam kalangan anak-anak ni jenis cerewet. Sayur tak nak makan. Ikan tak nak makan. Nak makan nasi dan ayam sahaja. Jadi, banyak Vitamin dan Mineral yang tidak diperoleh anak-anak. Bila terdapat banyak nutrient defficiency, sistem imun pun akan berkurang, dan seterusnya menyebabkan mudah untuk mendapat penyakit.

Sekiranya anak-anak ibu jenis yang memilih makanan, lebih suka makan fast food dan junk food daripada makanan berkhasiat, atau ibu-ibu sendiri ragu-ragu dengan kecukupan nutrisi anak-anak, ibu-ibu boleh cuba untuk mengambil  set Vitamin For Kids ini.


SET VITAMIN FOR KIDS



Apa yang ada dalam set Vitamin For Kids ini?

1. Vitamin C


2. Vitalea for kids (Multivitamin dan Multiminerals)




3. Meal shakes






Insyaallah dengan set Vitamin For Kids ini, anak ibu-ibu akan:

1. Mendapat nutrisi yang cukup dan lengkap kerana 2 biji Vitalea for kids sahaja sudah bersamaan dengan 1.5 cawan cantaloupe, 6 oz jus oren, 8 oz susu, 10 sudu peanut butter, 4 cawan brokoli, 4 cawan bayam, 6.5 cawan pucuk brussels, dan 3 cawan kacang merah

2. Membantu menguatkan sistem imunisasi badan

3. Membantu mencegah sembelit

4. Membantu meningkatkan selera makan anak-anak

5. Membantu meningkatkan kecergasan anak-anak

6. Membantu mengatasi masalah resdung dan selsema

7. Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

8. Menentang radikal bebas

9. Membantu pembinaan tulang yang kuat dan menjaga kesihatan tulang

10. Membantu penyerapan zat daripada makanan


Jadi, ibu-ibu tidak perlu risau lagi sekiranya :


1. Anak-anak tidak mahu makan sayur

2. Anak-anak memilih untuk makan makanan yang mereka suka sahaja

3. Anak-anak ada masalah sembelit

4 Anak-anak selalu tak sihat

Insyaallah dengan pengambilan set Vitamin For Kids ini, dapat membantu anak-anak untuk sentiasa SIHAT, CERDAS, dan CERIA :)

ANAK SIHAT, IBU GEMBIRA

Sekiranya ibu-ibu ada sebarang pertanyaan untuk diajukan berkenaan set Vitamin For Kids ini, boleh hubungi saya ye. Bila-bila masa pun boleh, Insyaallah :)

--

Salam Sayang,
Madam Syuhaidah
.
Whatsapp: 010-4031219