Thursday, July 27, 2017

B Complex Shaklee
Alami semula nikmat kesihatan. Nutrient yang betul memainkan peranan penting untuk keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan.


B Complex Shaklee membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh dan melengkapkan jurang nutrisi Vitamin B. Ianya membekalkan kuantiti asid folik dan biotin yang cukup, sesuai untuk tubuh yang sihat.


Vitamin B Complex Shaklee


  • Vitamin B12
  • Folat
  • Vitamin B6
  • Biotin
  • Asid pantotenik
  • Niasin
  • Tiamin
  • Riboflavin


Keistimewaan B Complex Shaklee

Asid folik, salah satu Vitamin B yang krtitikal dan tidak mudah diserap. Maka, Shaklee membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan . Teknologi berpaten ini milik eksklusif Shaklee.




Sumber: Buku Panduan Shaklee

Friday, March 17, 2017

Anencephaly - Bagaimana Untuk Mengelakkannya
Anencephaly.

I know about this term lama dah, tapi kurang 'ambil kisah'sebab ingatkan yang benda ni dialami oleh orang-orang dulu je. Tak pasti juga kenapa ku berfikiran seperti ini. :(

Dan baru-baru ni terbaca di wall Professor OnG, Dr Imelda berkenaan anencephaly. Baby yang disambut mengalami anencephaly. Otaknya sudah hancur dalam kandungan ibunya tanpa perlindungan tengkorak yang tidak terbentuk.


Bayi ini hidup sepanjang dalam kandungan disebabkan menerima oksigen dan zat makanan daripada placenta. Namun begitu, selepas lahir, tali pusat itu dipotong dan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan dihantar kepada bayi dan mengakibatkan kematian. Ketiadaan otak menyebabkan bayi tidak dapat mengawal pernafasannya dan tidak mampu untuk bernafas sendiri.

Ada tiga punca mengapa tengkorak tiada, tidak terbentuk sejak dari awal.

1. Tahap gula dalam darah ibu yang tinggi, tidak terkawal pada waktu permulaan kehamilan.

2. Kekurangan folic acid, sejenic vitamin penting pada permulaan kehamilan.

3. Masalah alam sekitar yang tidak dapat dikesan.

'Selalunya saya memberi nasihat kepada ibu yang sihat bagaimana mengelakkan kejadian ini. Ambil lah folic acid supplement setiap hari selama 3 bulan sebelum hamil, dan teruskan folic acid bila hamil untuk tiga bulan yang pertama.

Jika anda membuat hubungan kelamin suami isteri tanpa menggunakan kaedah perancang keluarga, sila lah ambil folic acid setiap hari, sebab anda tidak boleh meramalkan bila masanya anda akan hamil.

Tapi zaman sekarang, obesiti dan penyakit kencing manis lebih berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia, akibat kandungan gula yang tinggi dalam permakanan, memakan berlebihan dan kurang bersenam.

Kebelakangan ni setiap kali saya bertemu janin anencephaly ni, saya terus membuat kajian darah ibu dan mendapati semua ibu-ibu sudah pun ada penyakit kencing manis sebelum hamil lagi, tanpa pengetahuannya (undiagnosed diabetes).' - Prof Dr Imelda.

Mungkin masalah alam sekitar kita susah nak kawal. Beyond our control. Tetapi, pengambilan folic acid dan dan diabetes di awal kehamilan boleh kita kawal. So mommies, jaga your folic acid intake dan kawal pengambilan makanan.

Once you plan untuk ada baby, ataupun you tak pernah pakai apa-apa perancang, consume folic acid everyday. Ianya sangat membantu untuk mengelakkan anencephaly, spina bifida (kecacatan tiub saraf), dan Insyaallah melahirkan baby yang sihat. Sungguh, kita hanya mampu merancang, moga Allah berikan kebaikan pada kita atas perancangan kita yang baik :)


BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN FOLIC ACID?

Kebiasannya, kalau kita buat check up di klinik kerajaan, doktor akan membekalkan sekali dengan folic acid. Everyday wajib ambil. Dan bila kita check up untuk next appointment, nurse akan tanya, vitamin ada lagi tak. Kalau jawab ada lagi, alamat kena bebel lah dengan nurse sebab tak makan vitamin :(

Folic acid juga boleh dapat daripada makanan. Antara makanan yang kaya dengan folic acid ialah:

  • Bayam
  • Kacang bendi
  • Asparagus
  • Betik
  • Brokoli
  • Oat
  • Jagung
  • Biji bunga matahari
  • Nasi putih
  • Ikan salmon
  • Telur rebus
  • Avocado
  • Buah limau

Selain daripada mendapatkan folic acid daripada klinik kesihatan dan juga daripada makanan, boleh juga dapatkannya daripada supplement lain. Antara supplement yang sangat baik untuk diambil ialah B-Complex With Folic Acid daripada Shaklee. B-Complex ini dilengkapi dengan teknologi Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten, di mana ianya akan melepaskan folic acid ke dalam badan dahulu sebelum melepaskan Vitamin B yang lain. Ianya juga membantu dalam meningkatkan penyerapan Acid Folic.

B-Complex adalah satu-satunya vitamin dalam Shaklee yang tidak dikenakan GST disebabkan B-Complex sudah dikira sebagai vitamin asas untuk diambil oleh semua. Jadi sangat beruntunglah mereka yang mengambil B-Complex ini. Khasiat banyak, harga murah.

Sebagai tambahan kepada folic acid, boleh juga mengambil set mengandung Shaklee, bagi memberi kesihatan yang baik kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Set mengandung Shaklee mengandungi:

1. B-Complex With Folic Acid

  • Vitamin asas untuk awal kehamilan bagi membantu pembentukan bayi yang sempurna.


2. Vitalea - Multivitamin dan Multiminerals

  • Vitamin lengkap yang membekalkan semua vitamin dan mineral yang diperlukan badan bagi melengkapkan nutrisi ibu dan membantu perkembangan bayi yang sihat.
  •  Mengandungi zat besi yang sangat penting bagi membantu pembentukan hemoglobin (hb) darah 

3. Omega Guard

  • Mengandungi EPA yang menjaga kesihatan jantung ibu dan kesihatan ibu secara keseluruhannya
  • Mengandungi DHA yang membantu pembentukan otak dan penglihatan bayi

4. Energizing Soy Protein (ESP)

  • Memberi tenaga kepada ibu
  • Mengelakkan ibu daripada berasa letih
  • Kaya dengan protein bagi membantu pembesaran bayi
  • Memberikan kulit yang cantik kepada ibu

5. Ostematrix

  • Supplement kalsium bagi mengelakkan kekejangan kaki ibu
  • Mengelakkan sembelit dan melancarkan proses pembuangan
  • Membantu ibu untuk tidur lena

6. Vitamin C

  • Meningkatkan imunisasi ibu
  • Memberikan tenaga kepada ibu
  • Menjadikan kulit muka lebih licin, cantik, dan berseri

Insyaallah dengan pengambilan nutrisi yang lengkap dapat memberi kesihatan yang baik buat ibu dan bayi. Kehamilan akan menjadi perkara yang sangat menyeronokkan apabila ibu sihat dan tidak letih :)


KENAPA SHAKLEE?

Shaklee ialah research supplement. Ini bermaksud, setiap satu vitamin Shaklee yang dihasilkan melalui penyelidikan yang sangat ketat. Setiap satu bahan yang dimasukkan ke dalam vitamin Shaklee akan dipastikan bebas daripada bahan kimia, dan supplement Shaklee tidak dijalankan ujian ke atsa haiwan. Setiap vitamin Shaklee ada penyelidikan awal dan juga kajian klinikal.

Shaklee juga menjalankan landmark study, iaitu kajian yang dijalankan ke atas manusia untuk membuktikan bahawa supplement Shaklee memberikan kesan baik kepada penggunanya untuk jangka masa yang pendek dan panjang. Landmark study ini dijalankan kepada pengguna Sheklee yang telah menggunakan produk Shaklee lebih daripada 20 tahun. 


Insyaallah supplement Shaklee selamat untuk semua. Selamat, berkesan, dan terbukti.

--

Salam Sayang
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219

Monday, January 2, 2017

MASIH ADA HARAPANKAH UNTUK PESAKIT ALZHEIMER?
Assalamualaikum

Sebelum ini saya ada kongsikan berkenaan dengan Bagaimana Alzheimer Terjadi. Boleh rujuk di link sini. Secara ringkas, Alzheimer terjadi disebabkan oleh:

Plaques - deposit serpihan protein yang dikenali sebagai beta-amyloid yang terkumpul di dalam ruang antara sel-sel saraf


Tangles - twisted fiber of another protein yang terbina di dalam sel.

Yang mana satu kita? Masih dengan otak yang sihat atau sebaliknya?

Maka, bagi mengatasi, mencegah atau membantu memulihkan Alzheimer, ada 3 item supplement yang dicadangkan iaitu Omega Guard, B-Complex, dan juga Vivix

Omega, seperti yang kita maklum, sangat membantu dalam perkembangan otak. Ianya bukan sahaja baik untuk mereka yang menghidap Alzheimer, tetapi juga bagus untuk diambil oleh ibu mengandung dan menyusu bagi membantu perkembangan otak anak-anak. Selain daripada itu, Omega Guard merupakan makanan tambahan yang sangat bagus sebagai anti keradangan (anti inflammation). Mereka yang menghidap Alzheimer mempunyai keradangan di bahagian otak. Jadi, amat penting untuk mengamalkan Omega bagi membantu mengatasi dan membaik pulih Alzheimer.

B-Complex. Mereka yang menghidap Alzheimer secara langsung akan mengalamai gangguan saraf di bahagian otak. B-Complex membantu dalam membaik pulih fungsi saraf

Vivix. Vivix mengandungi resveratrol yang sangat tinggi. Mengikut Dr Philip Marenbough, penyelidik neuro biologi, resveratrol (kandungan dalam Vivix) membantu menyingkirkan amyloid yang terbentuk di dalam otak bagi penghidap Alzheimer. Resveratrol juga membantu untuk membersihkan blok yang terbina dalam pembentukan plaque


Itu la dia 3 sekawan supplement yang sangat dicadangkan bagi penghidap Alzheimer. Sekiranya dahulu pesakit Alzheimer seakan-akan tiada lagi harapan untuk sembuh atau setidak-tidaknya menjadi lebih baik, namun dengan perkembangan teknologi yang pesat dalam bidang penyelidikan, pesakit Alzheimer ada peluang yang lebih cerah untuk sembuh 

Sekiranya rakan-rakan sendiri, atau kenalan, atau ibu bapa, atau saudara mara mempunyai gejala-gejala atau sudahpun menghidap Alzheimer, boleh terus berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut. Rakan-rakan juga boleh mencuba supplements di atas sebagai ikhtiar alternatif bagi membantu memulihkan Alzheimer atau menghalang proses Alzherimer itu menjadi dengan sangat cepat

Untuk Januari 2017, ada PROMOSI Vivix. Promosi ini bermula daripada 1 Januari 2017 sehingga 31 Januari 2017. Pembelian 2 boto Vivix akan mendapat 5% DISKAUN dan pembelian 6 botol akan mendapat PERCUMA 1 botol. Kedua-dua PROMOSI ini akan melayakkan anda untuk mendapat FREE MEMBERSHIP. Jadi, rakan-rakan boleh terus mendapat harga ahli untuk pembelian Vivix atau mana-mana item Shaklee yang lain.



Menjadi ahli Shaklee akan melayakkan anda untuk mendapata diskaun dari 10 hingga 30%, bergantung kepada item.Menjadi ahli Shaklee juga melayakkan anda mendapat pulangan wang tunai sekiranya anda membeli barangan Shaklee dan memenuhi points tertentu

Untuk mendapatkan Vivix atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Vivix, boleh hubungi saya di nombor berikut.

Salam Sayang,
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219










Saturday, October 15, 2016

STRESS MEMPENGARUHI PENGHASILAN SUSU IBU? - PART 2
Assalamualaikum semua.

Sebelum ini saya ada menulis berkenaan faktor pertama yang menyebabkan ibu stress untuk menyusukan bayi sendiri. Faktor yang pertama itu ialah TIADA SOKONGAN. Boleh baca artikel penuh di sini:

Untuk entri kali ini, saya henak sambung untuk faktor kedua yang menyebabkan gangguan emosi ibu iaitu TIADA KEYAKINAN.

  • Ibu-ibu tidak yakin susu yang  dihasilkan cukup. 
  • Ibu-ibu tidak yakin yang bayinya kenyang selepas minumsusu ibu
  • Ibu-ibu sendiri tidak yakin yang ibu-ibu mampu menyusukan bayi sekurang-kurangnya secara eksklusif untuk 6 bulan pertama dan penyusuan diteruskan sehingga ke dua tahun.

Bilamana ibu sudah mula tidak yakin, ragu-ragu dengan kuantiti susu yang dihasilksn, ibu-ibu mula rasa stress. Strees ini pula akan menganggu penghasilan susu.

Pada awalnya, ianya hanya disebabkan ketidakyakinan, namun lama-kelamaan stress yang terhasil ini menganggu penghasilan susu ibu.

Ibu-ibu, Insyaallah susu yang ibu-ibu hasilkan cukup untuk anak ibu-ibu. Bagi ibu-ibu yang rasa dadanya tidak berat (tak banyak susu) di awal-awal kelahiran, itu perkara biasa, kerana penghasilan susu sangat bergantung kepada konsep 'demand and supply'.

Untuk bayi yang baru lahir perut mereka sebesar lebih kurang buah ceri sahaja. Kecil je kan. Sebab itu ibu-ibu akan rasa dada ibu-ibu tidak berat dengan susu. Sebab bayi yang baru lahir hanya memerlukan 1-1.4 sudu teh sahaja. Kemudain hari ketiga sebesar kacang walnut shaja. Masih lagi saiz yang kecil. Tidak besar.



Kesimpulannya, ibu-ibu perlu ada keyakinan bahawa susu yang dihasilkan cukup untuk bayi ibu-ibu. Atau kalau ibu-ibu masih rasa kurang yakin dengan susu yang dihasilkan, ibu-ibu bole cuba untuk menggunakan milk booster dahulu sebelum membuat keputusan untuk campur dengan susu formula.

Selamat menyusukan bayi ibu-ibu hebat. Saya tahu anda BOLEH. Terus YAKIN dan YAKIN dan YAKIN :)

--

Salam Sayang,
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: 010-4031219


Friday, October 14, 2016

STRESS MEMPENGARUHI PENGHASILAN SUSU IBU? - PART 1

'Masalah stres kelihatan agak remeh tetapi besar impaknya kepada sesiapa yang mengalami. Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, masalah stres dikatakan tidak akan mengurangkan bekalan susu yang dihasilkan namun sekiranya ibu berasa sangat stres dan mengganggu kekerapan menyusukan bayi, ini akan mengurangkan bekalan susu ibu buat sementara.
Payu dara ibu menghasilkan susu mengikut permintaan bayi. Sekiranya penyusuan terganggu kerana apa sahaja puncanya dan bayi pula tidak menyusu seperti rutinnya, susu yang dihasilkan akan automatik berkurangan.
Jangan jadikan masalah stres yang anda sedang hadapi sebagai punca berkurangan kekerapan menyusukan bayi. Ini akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Sebaiknya terus susukan bayi sekerap dan selama mana yang dia kehendaki untuk meningkatkan bekalan susu ibu' - Pa&Ma Magazine

Fasa menyusukan bayi sepatutnya menjadi fasa yang sangat seronok antara ibu dan bayi. Penyusuan ibu akan membantu mengeratkan ikatan antara ibu dan anak.

 Namun, mengapa fasa yang sepatutnya seronok ini bertukar menjadi satu tekanan dan tidak lagi menyeronokkan?
Terdapat banyak faktor yang telah dibincangkan, tetapi saya hanya ingin menyentuh kepada dua faktor sahaja iaitu TIADA SOKONGAN dan juga TIADA KEYAKINAN DIRI
FAKTOR 1: TIADA SOKONGAN
Ramai yang ambil enteng berkenaan memberi sokongan ini termasuklah suami, keluarga, dan rakan-rakan yang terdekat. Golongan ini biasanya tiada pendedahan tentang susu ibu, menyebabkan mereka tidak faham mengapa si ibu beriya sangat hendak menysukan bayi dengan susu ibu sahaja.
Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan bayi, mereka dalam keadaan yang lemah dan badan masih sakit-sakit. Namun begitu, mereka masih gigih dan gagah hendak menyusukan bayi dengan susu mereka sendiri. Di sinilah pentingnya sokongan daripada kelaurga terdekat terutamanya suami. Bantu isteri untuk meyusukan bayi terutamanya kepada first time mother. Mengahadapi masalah dalam penyusuan adalah satu perkara yang biasa namun boleh diatasi.
Perlu kita fahami bahawa kesedaran untuk meyusukan bayi semakin tinggi dalam kalangan ibu-ibu. Jadi setelah disahkan sahaja hamil, ibu-ibu akan mula membaca mengenai penyususan. Semua perkara dicarinya. Daripada khasiat susu ibu, bagaimana untuk menyusukan bayi, pengurusan EBM, pam susu yang terbaik dan sebaginya. Ibu-ibu kebiasaannya sudah ada mind setting untuk menyusukan anak selama 2 tahun
Jadi, apabila di pihak ibu yang mempunyai segala maklumat dan ilmu berkenaan penyusuan dan di pihak satu lagi tidak mempunyai ilmu (boleh jadi suami, ibu dan ayah kandung, ibu da ayah mertua, adik-beradik, saudara-mara, rakan-rakan), perkara ini boleh menimbulkan konflik dan seterusnya menyebabkan si ibu dipaksa memberikan susu formula kepada bayi yang baru lahir.
Situasi ini benar-benar akan memberikan tekanan kepada ibu-ibu. Cuba anda bayangkan. Ibu-ibu telah mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan, sudah bertekad untuk menyusukan bayi selama dua tahun, tiba-tiba ada suara-suara lain yang memperkecilkan usaha ibu-ibu itu. Ada suara-suara lain yang menyuruh campur sahaja dengan susu formula disaat bayi baru sahaja lahir. Jadi ini akan memberikan satu BEBANAN TEKANAN PERASAAN kepada ibu.
Dan yang menjadikannya lebih teruk, emosi yang tidak stabil ini akan mempengaruhi penghasilan susu. Susu semakin berkurang dan ibu terus stress. Apa akibatnya? Bagi ibu yang lebih tabah mereka akan cuba sedaya upaya untuk bertenang dan terus menyusukan bayi. Namun, bagi ibu yang tidak dapat menenangkan diri, ibu itu akan mudah mengalah dan memberikan susu formula kepada anak.

Percayalah. Seorang ibu itu pasti rasa sangat sedih bila terpaksa memberikan susu formula kepada anaknya. Bukan kerana susu formula itu tidak baik, cuma naluri seorang ibu itu mahu memberikan sesuatu yang LEBIH BAIK kepada anaknya. Sekiranya kita tidak mampu untuk memberi pertolongan kepada ibu-ibu ini seperti menolong dari segi memberi tips penyusuan, janganlah pula kita memberi tekanan kepada ibu-ibu ini. Sokonglah mereka atau paling tidak pun hanya berdiam diri. Kata-kata yang menyakitkan itu akan menjejaskan emosi ibu
Kesimpulannya, tiada sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan terdekat ialah disebabkan tiada ilmu. Jadi penting untuk ibu-ibu memberikan pendedahan penyusuan ibu kepada keluarga terdekat terutamanya suami. Sekurang-kurangnya, di saat semua orang sudah mula mengarahkan si ibu untuk memberi susu formula kepada bayi, ada suami yang akan mempertahankan dan mematahkan hujah mereka. Isteri akan rasa lebih dihargai dan lebih tenang sekiranya suaminya sendiri yang mempertahankan prinsipnya. Insyaallah dengan sokongan yang baik, dapat membantu ibu untuk lebih tenang, mengelakkan stress, dan seterusnya dapat menjayakan penyusuan selama dua tahun. Insyaallah :)
Nota: Saya sesekali tidak memandang negatif bagi ibu-ibu yang memberikan anak susu formula kerana tiada salahnya memberikan susu formula kepada anak. Saya juga yakin dan percaya keputusan untuk memberikan susu formula kepada anak bukan satu keputusan yang mudah bagi ibu. Namun disebabkan beberapa faktor luaran, ibu-ibu terpaksa untuk menyusukan anak dengan susu formula. 
Cuma apa yang ingin saya tekankan ialah bila mana punca pemberian susu formula itu adalah disebabkan keadaan sekeliling yang menekan, dan tiada nya sokongan daripada keluarga terdekat ianya merupakan perkara yang sangat menegcewakan.


---
Untuk next entri saya akan masuk kepada faktor kedua. :)
--
Sekiranya ibu-ibu mempunyai masalah penyusuan dan ingin mencari seseorang untuk meluahkan rasa, ibu-ibu boleh hubungi saya. Insyaallah saya boleh memahami ibu-ibu kerana saya juga seorang ibu seperti anda :)
--
Salam Sayang,
Madam Syuhaidah 
WhatsApp: 010-4031219


Wednesday, September 21, 2016

KETAHUI BAGAIMANA ALZHEIMER TERJADI
Assalamualaikum w.b.t

Alzheimer merupakan satu keadaan di mana daya ingatan seseorang itu merosot teruk dan tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri (Wikipedia).

Alzheimer ni bukan satu penyakit yang berjangkit tapi penghidapnya benar-benar akan mengalami kesukaran. Orang yang membantu dalam menguruskan mereka yang menghidap Alzheimer pun akan menghadapi kesukaran juga.

Alzheimer bukan sekadar nyanyuk, tapi merupakan satu masalah kesihatan yang sangat kritikal dan membebankan.

Yang menariknya, baru saya tahu yang penyakit Alzheimer ni bukan disebabkan penuaan. Maksudnya, bukan setiap orang tua akan dapat penyakit ni. Alzheimer ni memang penyakit yang siapa-siapa pun boleh dapat. Cumanya banyak yang kita nampak berlaku di usia tua disebabkan Alzheimer ini develop over time. Jadi bagi mereka yang dah ada gejala-gejala Alzheimer dari muda, penyakit ini akan bertambah teruk bila usia meningkat.

Apa punca penyakit ini? Punca kepada penyakit ini tidak diketahui secara tepat, namun ada dua element asas yang berperanan dalam menyebabkan penyakit Alzheimer. Dua element itu ialah 'plaques' and 'tangles'.

Plaques - deposit serpihan protein yang dikenali sebagai beta-amyloid yang terkumpul di dalam ruang antara sel-sel saraf

Tangles - twisted fiber of another protein yang terbina di dalam sel.

Walaupun kebanyakan orang mengalami plaques dan tangles development apabila usia semakin meningkat, tetapi bagi penghidap Alzheimer, development of plaques and tangles mereka jauh lebih tinggi. Plaques dan tangles ini akan merebak, bermula daripada kawasan penting untuk memori dan merebak ke kawasan-kawasan lain.

Kebanyakan pakar percaya bahawa plaques dan tangles memainkan peranan yang penting dalam menyekat komunikasi antara sel-sel saraf dan mengganggu proses yang diperlukan untuk sel-sel terus hidup.

Ianya merupakan satu kemusnahan dan kematian sel-sel saraf yang menyebabkan kegagalan memori, perubahan personaliti, masalah menjalankan aktiviti harian dan lain-lain gejala Alzheimer


Plaques dan tangles yang semakin merebak bila usia semakin meningkat

Scary kan penyakit Alzheimer ni. Kesian pada yang menghidap dan kesian juga pada mereka yang menjaga. Banyak juga cerita-cerita berkenaan Alzheimer ni walaupun bukan 100% tepat. Tapi cukup untuk buat saya takut kalau terpaksa menghidap penyakit ni. Moga Allah lindungi kita dari Alzheimer dan penyakit-penyakit lain yang merbahaya.

......................................................................


===============================
MENCARI MILK BOOSTER TERBAIK?
===============================

Cuba sis try ALFALFA. Insyaallah membantu :)





:) Membantu pengeluaran susu ibu
:) Memperbanyakkan susu ibu
:) Menambahkan lemak dalam susu ibu supaya bayi kenyang berpanjangan
:) Membantu mengelakkan sembelit
:) Membantu mengelakkan kembung pada ibu dan bayi
:) 
Membantu melegakan sakit sendi dan belakang
:) Membantu memulihkan urat selepas bersalin
:) Membantu penghadaman dan pencernaan
:) Mengandungi segala zat keperluan harian ibu dan bayi
:) Membantu melegakan PMS

Botol Kecil

330 Tablets - RM 53.75 boleh tahan sehingga 2 bulan (sebiji tablet jatuh pada harga RM 0.16)

Botol Besar

700 Tablets - RM 97.50 boleh tahan sehingga 4 bulan (sebiji tablet jatuh pada harga RN 0.14)

*Kos pos hanya RM 6 ke seluruh Malaysia

Whatsapp:
010-4031219
Facebook:
https://www.facebook.com/FITBONDA