Wednesday, June 7, 2017

Landmark Study Shaklee - Bagaimana Ianya Dijalankan?

Pada tahun 2004, Roger Barnett telah membeli Shaklee dan beliau sering mendengar bahawa pengguna Shaklee menyatakan yang produk itu sangat bagus dan amat baik untuk kesihatan.

Namun begitu, Roger tidak berpuas hati dengan kenyataan itu kerana ketiadaan bukti. Mungkin sahaja ianya khabar angin semata-mata.

Oleh itu, Roger mengambil keputusan untuk membiayai kajian komprehensif bagi membandingkan antara pengguna jangka masa panjang Shaklee dengan pengguna yang lain.

To be continued....

Wednesday, May 24, 2017

Kebaikan Minyak Ikan Omega 3 untuk Bayi Dalam Kandungan
Assalamualaikum pembaca FIT BONDA? Apa khabar semuanya?

Ibu-ibu, pernah dengar atau baca berkenaan minyak ikan atau nama famousnya selalu dipanggil Omega 3? Ok, untuk entri hari ni, saya nak kongsikan berkenaan dengan Omega 3, dan di zoom kan lagi kepada kepentingan Omega 3 untuk bayi dalam kandungan.


Haaa. Tengok journal artikel ni. Berkenaa kepentingan Omega 3. Ada 3 perkara yang di tekankan di situ iaitu kepentingan Omega 3 dalam:

  • Perkembangan janin
  • Fungsi kardiovaskular
  • Penyakit Alzheimer

Khas untuk entri hari ini, saya akan fokuskan kepada Omega 3 dan kepentingannya dengan perkembangan janin.


Mengapa ibu hamil perlukan minyak ikan yang mengandung asid lemak Omega 3, EPA, dan DHA?

+++ Sangat penting untuk perkembangan janin

Apa yang pentingnya?

+++ Kajian menunjukkan bahawa EPA dan DHA penting untuk perkembangan janin yang sempurna, yang merangkumi neuron, retina, dan fungsi imun bagi janin tersebut.


DHA sangat penting untuk fungsi membran sel yang betul dan untuk perkembangan otak dan retina.

Semasa trimester ketiga, sejumlah besar DHA akan berkumpul dalam tisu janin.

2 tempat yang sangat penting untuk mendapatkan DHA yang mencukupi ialah bahagian retina dan otak, yang berkait langsung dengan penglihatan normal dan fungsi otak.

Satu kajian yang dijalankan oleh Hakim et al. mendapati bahawa kanak-kanak yang ibunya mengambil supplement DHA semasa mengandung mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah jauh lebih baik daripada ibu yang tidak mengambil supplement DHA semasa mengandung.

Maksudnya, bagi ibu-ibu yang mengamalkan supplement yang mengandungi DHA, anaknya mempunyai fungsi otak yang lebih baik. Dengan kata lain bijak lah kiranya :)


Selain itu, kebiasaanya kita dengar kalau ibu yang mengandung sangat dititikberatkan berkenaan pengambilan protein kan. Untuk pembentukan sel yang sihat.

Tapi akhir-akhir ni, hakikat bahawa EPA dan DHA sebagai supplement yang penting untuk ibu mengandung sudah diiktiraf juga.

Jabatan Garis Panduan pemakanan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS mengesyorkan bahawa wanita yang sedang mengandung atau menyusukan bayi perlu mengambil 8 hingga 12 auns makanan laut seminggu daripada pelbagai jenis makanan laut.

Pengambilan 8-12 auns makanan laut seminggu, bergantung kepada jenis ikan, adalah bersamaan dengan ~300-900 mg EPA + DHA setiap hari.

Masalahnya, jumlah ni tidak dipenuhi oleh kebanyakan ibu-ibu di Amerika Syarikat dan Kanada, yang mengakibatkan bayi tidak mendapatkan nutrisi Omega 3 yang mencukupi ketika dalam kandungan.

Kesian kan? :(


Tahu tak lagi ibu-ibu yang Omega 3 ni membantu dalam mengelakkan kelahiran pramatang?

Haaaa jarang kan orang share berkenaan isu ni. Lepas ibu-ibu dah baca ni, dah tahu, boleh share dengan ibu-ibu yang lain ya.

Kepentingan klinikal yang besar, EPA dan DHA supplement semasa hamil telah dikaitkan dengan kehamilan yang lebih panjang dan peningkatan kepekatan EPA dan DHA dalam tisu janin.

Pada tahun 2005, kelahiran pramatang menyumbang 12.7% daripada semua kelahiran di Amerika Syarikat, yang seterusnya meningkatkan kemungkinan komplikasi kesihatan .

Melahirkan bayi yang cukup matang adalah sangat penting kerana pra-matang adalah punca pelbagai penyakit bayi dan boleh membawa kepada kematian; kelahiran pramatang adalah faktor yang mendasari 85% daripada kematian bayi.


Anak lahir-lahir ada ekzema? Alergik?

Salah satunya sebab DHA & EPA yang tidak mencukupi tau.

Terdapat juga bukti bahawa ibu-ibu yang menggunakan supplement EPA dan DHA semasa mengandung dan penyusuan boleh melindungi anak-anak mereka terhadap alahan.

Ini mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa supplement Omega 3 telah dikaitkan dengan tahap penurunan sel-sel badan terhadap keradangan dan meningkatkan tindak balas imun.

Dalam satu kajian tentang alahan makanan dan ekzema, kelaziman alahan makanan adalah lebih rendah dalam kumpulan ibu yang mengambil supplement EPA dan DHA semasa mengandung berbanding mereka yang tidak mengambil supplement EPA dan DHA.


Haaaaa ibu-ibu. Nampak dah tak kepentingan supplement asid lemak Omega 3  EPA dan DHA ni?

Ok, saya summarize kan sikit ya kepentingan Omega 3 untuk janin.

  • Untuk membantu pengembangan janin terutamanya neuron, retina, dan sistem imun.
  • Mengelakkan kelahiran pra matang.
  • Mengelakkan risiko mendapat ekzema dan alahan.

Jadi, ibu-ibu wajib dapatkan Omega 3 yang cukup ya untuk membantu perkembangan anak dalam kandungan. Untuk dapatkan cukup Omega 3 melalui pemakanana adalah sangat sukar dan tidak akan pernah cukup. Oleh itu, penting untuk kita ambil supplement Omega 3 bagi memenuhi keperluan Omega 3 untuk janin.


Ada pelbagai jenama Omega 3 diluar sana, tetapi di sini saya nak kongsikan mengenai Omega 3 Shaklee, yang diberi nama Omega Guard.


Mengapa perlu dapatkan Omega Guard Shaklee?


1. Melalui proses penyulingan 3 peringkat.

Kenapa perlu melalui penyulingan 3 peringkat? Kalau 1 peringkat je aci tak?

Tak aci. hehehehe. Dengan adanya penyulingan 3 peringkat ini, bermaksud minyak ikan yang dihasilkan tidak langsung mengandungi logam berat. Sudah bersih lagi suci. Boleh gunakan tanpa was-was.

Sebab itu kalau ambil Omega 3 yang sekadar sekali penyulingan sahaja, kualitinya memang sangat rendah. Kandungan logam dan merkuri nya masih tinggi. Itu yang menyebabkan lagi makan Omega, lagi sakit. Sebab Omega yang dimakan tu tak bersih, banyak logam.


2. Omega Guard shaklee tinggi kandungan EPA dan DHA nya berbanding dengan jenama lain.

Korang makan jenama apa? Boleh check kandungan EPA dan DHA dengan Omega Guard Shaklee ni ya.

Kandungan EPA 182 mg, DHA 120 mg untuk setiap kapsul.

Omega 3 sendiri pun ada 333 mg dalam setiap kapsul Omega Guard Shaklee.


3. Murah!!!!!!!

Omega Guard Shaklee hanya RM 115.55 untuk ahli, bukan ahli RM 144.45. Ada 90 biji. Sebiji kapsul jatuh pada harga hanya RM 1.30 dan RM 160 untuk ahli dan bukan ahli. Sangat murah kan. Nasi ayam kita makan masa lunch mahal lagi.

Murah sangat kalau nak dibandingkan dengan manfaat dan nikmat yang akan dapat daripada Omega Guard ni.


Lega tak kalau anak yang lahir tak de alahan dan ekzema? Lega dan bersyukur tak kalau anak yang lahir tiada masalah fungsi otak dan penglihatan?

Insyaallah semua risiko yang disebabkan kekukrangan EPA dan DHA akan dapat dibendung dengan pengambilan Omega Guard. Kita hanya insan biasa, boleh berusaha dan berikhtiar. Moga asbab usaha kita ini akan memberi kebaikan buat ibu dan anak :)


Sekiranya iu-ibu berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Omega Guard, boleh hubungi saya, untuk saya kongsikan lagi ya :)


--

Salam Sayang
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219



Saturday, April 22, 2017

Pengalaman Penghidap Kanser Payudara
Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Doa saya semoga sahabat-sahabat yang membaca blog saya semuanya berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Kesihatan yang baik adalah satu nikmat dan anugerah yang terbesar lagi terindah buat kita semua. Andai kata nikmat ini ditarik, derita lah yang akan kita rasa.



Nikmat kesihatan yang Allah berikan kepada kita WAJIB untuk kita jaga dengan sebaiknya. Namun, ada sesetengah orang yang Allah uji dengan ujian kesihatan.

Antara ujian kesihatan yang diuji ialah apabila seseorang itu menghidap kanser. Ya Allah, bila sahaja mendengar yang doktor mengesahkan kita menghidap kanser, maka dalam kepala kita terbayang seakan-akan tiada lagi peluang untuk sembuh, tiada lagi peluang untuk hidup seperti sahabat-sahabat yang lain.

Namun demikian, percaya atau tidak, Allah sediakan penawar untuk semua penyakit yang Dia ciptakan melainkan mati. Hanya mati sahaja yang tiada penawar.

Oleh itu, apa sahaja penyakit yang kita hidapi, sentiada ada ikhtiar ke arah penyembuhan. Saya nak bagi satu contoh di sini, iaitu kanser payudara.

Klinikal study telah menunjukkan bahawa polyphenol dan resveratrol mampu untuk melawan kanser, seperti kanser payudara. Saya pernah kongsikan klinikal study mengenai kandungan resveratrol terhadap kanser payudara. Boleh bacanya di sini.

Resveratrol ini sangat powerful kerana ianya mampu untuk membaiki kerosakan daripada peringkat sel lagi. Kanser terjadi akibat sel yang rosak tidak mati dan terus berganda. Bila sel yang rosak ini berganda, ianya akan membentuk tumor, dan seterusnya membentuk kanser.

Oleh itu, bagi mereka yang menghidap kanser, seperti kanser payudara, maka sahabat-sahabat boleh ikhtiarkan dengan resveratrol. Vivix ialah supplement yang sangat kaya dengan polyphenol dan resveratrol yang telah dibuktikan mampu untuk melawan kanser. Kajian klinikal di atas telah membuktikan keberkesanannya, jadi Insyaallah ianya akan dapat membantu penderita kanser payudara.

Saya kongsikan di sini pengalaman seorang penghidap kanser payudara yang semakin sihat asbab Vivix.


Hidup ini ada sunnatullah dan saya percaya kepada sunnatullah. Apabila resveratrol telah dibuktikan secara saintifik mampu untuk membantu melawan kanser, maka Insyaallah ianya mampu untuk melawan kanser. Ikhtiar lah bersungguh-sungguh, doalah sepenuh hati, moga-moga Allah berikan jalan keluar kepada permasalahan kita :)

Sekian untuk entri hari ini. Insyaallah saya akan terus berkongsi perkara yang baik-baik dengan semua.

Kalau ada apa-apa nak tanya berkenaan Vivix boleh hubungi saya ya :)
--

Salam Sayang,
<3 p="">Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219

Wednesday, March 29, 2017

Kurus Dengan Cepat dan Sihat
Perjalanan menurunkan berat badan merupakan satu usaha gigih yang perlu dilakukan secara berterusan. Ianya bukan mudah, tapi sangat possible untuk dilakukan. Perlukan keazaman hati, kekentalan jiwa, dan kekuatan semangat bagi menjayakannya. 80% adalah pengawalan kepada pemakanan, 20% bersenam, 100% mental.


Itulah yang boleh saya simpulkan dengan melihat perjalanan menurunkan berat husband saya. Penuh dengan liku, penuh dengan cabaran, tetapi tidak sekalipun beliau mengalah. Jauh di sudut hati berasa kagum dengan kejayaannya pada hari ini. Daripada seorang yang tidak pernah teringin untuk turunkan berat kepada seorang yang berjaya menurunkan berat badan.

Inilah beliau. Daripada 95 kg kepada 77 kg. Turun 18 kg. AMAZING kan :)



Husband saya dulu sangat allergic bila saya suruh beliau diet. Beliau memang tak suka. Bagi beliau, biarlah gemuk pun asal sihat. Sampai lah pada suatu hari, saya check tekanan darah beliau. Tekanan darah yang baik seperti dalam gambar di bawah:


Husband saya punya reading hari tu dah masuk kategori pra tekanan darah tinggi. Fuuuhhh. Amek kau. Terkejut dia. Selama ni dia ingat dia sihat sangat. Tekanan darah normal. Rupanya dah masuk kategori tekanan darah tinggi. huhu

Sejak itu saya terfikir, bagaimana orang yang gemuk, overweight, dan obesiti boleh claim mereka sihat sedangkan mereka tak pernah buat check up pun?

Tak pernah check kolestrol, tak pernah check tekanan darah tinggi, tak pernah check kandungan gula dalam darah, tapi claim sihat? Kawan-kawan, kalau betul-betul nak tahu sihat ke tak, kena buat check up. Tak boleh main rasa-rasa je. Tak boleh main agak-agak je.

Rasanya mahu 95% pengsan tengok result mereka sendiri. Beramai-ramailah menangis di bucu kerusi. waaaaaa waaaaa.

Selepas dah check tekanan darah tinggi tu, terus my husband target nak turunkan berat badan. Drastically tau. Tak de kata nak sikit-sikit.

Husband saya amalkan diet Less Carbo, Less Sugar. Maksudnya, dalam pemakanan seharian beliau, beliau tolak hampir 95% makanan yang berunsurkan karbohidrat dan minuman manis. Air suam sahaja. Ambil makanan yang banyak sayur dan protein.

Ni contoh makanan diet husband saya. Masal awal-awal dulu tiada langsung cheat day ye. Akhir-akhir ni je dah banyak cheat day sebab beliau dah turun banyak kan. Kalau nak ikutkan boleh dah nak makan macam biasa, cuma kawal kauntiti. Tapi beliau masih nak teruskan makan makanan sihat ni juga, so kita layankan aje :) Banyak lagi menunya, saya share yang ni je la :)






Awal-awal masa beliau mula start diet ni, balik je kerja kepala pening, malam tidur awal. Sebab lapar. Tapi kan, ianya ambil masa dalam seminggu je untuk kita rasa biasa. Lepas tu beliau dah tak kisah dah. Dah tak pening. Dan yang paling best sekali daripada tak berapa makan sayur sangat kepada sangat suka makan sayur. Sampai kalau pergi pasar malam beliau pernah kata, rasa craving tengok sayur. huhuhu.

Masa awal-awal dulu  juga, hujung minggu beliau akan pergi jog. Tapi itulah. Dalam dua minggu pertama je kot pergi jog.Lepas tu malas dah. hahahaha. Mula-mula tu risau juga kan. Tanya husband boleh ke nak kurus ni kalau tak bersenam. Beliau kata boleh je. As long as kita ambil less kalori daripada yang sepatutnya, then should be no problem.

Bersenam buat yang ringan-ringan je dan banykkan berjalan. After all, 80% daripada proses menurunkan berat badan ialah dengan mengawal makan. 20% je senaman.

Hubsband saya juga ambil supplement. Untuk bantu boostkan proses nak kurus ni. Jadi rasa lebih termotivasi bila setiap kali timbang ada penurunan berat. Sebab ada orang kan yang dah kawal makan gila-gila tapi berat statik je. Tak turun-turun pun. Silap hari bulan give up. Tak nak buat dah. Sebab dah la berlapar kawal makan, tapi hasilnya tak seberapa.

So kita ambil supplement ni bukan apa. Supaya lebih membantu proses nak turunkan berat tu. Tak de lah dah kawal makan pun berat statik je. Bukan semua orang jenis bersabar. Kebanyakan orang memang akan give up bila lambat sangat berat nak turun. Katanya.' Dah lah. Malas lah. Dah diet pun still tak turun juga. Tak yah diet la senang'. Haaaa. Kan dah rugi tu.

Tapi makse sure kalau nak ambil supplement pun, pilih yang baik dan tidak memberikan side effect yang buruk ok. Contohnya macam dalam gambar di bawah ni. Ramai orang yang disebabkan nak kurus, ambil jalan singkat, dan main beli je mana-mana ubat kurus atu supplement kurus yang ada.






Bukan semua ubat atau supplement kurus selamat. Jadi kena pastikan apa yang kawan-kawan ambil tu betul-betul selamat.

Husband saya ambil supplement Shaklee. Kenapa Shaklee? Kerana Shaklee terbukti berkesan dan selamat. Setiap bahan yang masuk ke dalam vitamin Shaklee disaring dahulu dan dijalankan peryelidikan yang sangat teliti. Shaklee juga ada landamark study.

Landmark study ialah kajian yang dilakukan kepada manusia, terhadap mereka yang tidak mengambil supplement langsung, mereka yang ambil suppplement jenama lain dan mereka yang mengambil supplement Shaklee.

Keputusan menunjukkan bahawa mereka yang mengambil supplement Shaklee mendapat kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang tidak mengambil supplement ataupn yang mengambil supplement jenama lain. Jadi, ianya membuktikan bahawa supplement Shaklee ini selamat dan berkesan. Oh ya, Landmark study ni dijalankan pada mereka yang mengambil supplement Shaklee lebih daripada 20 tahun. Lama kan? :)


Ok, back to the topic. Suami saya ambil supplement apa? Suami saya ambil 3 benda ni. Lecithin sebagai pemecah lemak, Alfalfa agent detox untuk detox badan dan buang sekali lemak yang sudah dipecahkan itu, dan juga Energizing Soy Protein (ESP) bagi membantu pembentukan otot dan seterusnya meningkatkan kadar metabolisma dalam badan.

Untuk pecahkan lemak ni, kalau kawan-kawan nak buat cara biasa pun boleh iaitu dengan bersenam. Cuma itulah masalahnya. Husband saya balik kerja pun malam. Memang kalau nak bersenam tu jarang sangat dapat buat. Jadi bila ada lecithin ni, boleh bantu untuk pecahkan lemak. Elak juga lemak daripada melekat di salur darah.


Kemudian, lemak yang dipecahkan tadi akan mudah dibuang apabila mengambil detox item iaitu Alfalfa. Ada pilihan sebenarnya. Sama ada Alfalfa atau Herblax. Husband saya pilih Alfalfa.


Detox pun boleh buat secara manual. Pernah dengar air detox? Macam dalam gambar bawah ni. Tapi masalahnya minuman detox ni hanya applicable pada mereka yang rajin je. hahahahaha


Memang tak lah husband saya atau saya nak buatkan. Bukan lah nak kata malas (tak nak ngaku. hehehe) tapi tak berkesempatan masa. Lagi satu renyah. Kalau buat pun maybe sehari dua kot. Lepas tu mesti tak nak buat dah. Eh pendek kata memang malas la. Tak kuasa haku. hahaha

So we go kepada cara yang mudah iaitu ambil supplement detox. Kawan-kawan boleh ambil Alfalfa plus Herblax atau salah satu pun boleh :)

Last sekali item untuk bina muscle (otot) iaitu ESP. ESP ni kaya dengan protein, maka ianya membantu untuk pembentukan otot. Pembentukan otot penting untuk membantu meningkatkan kadar metabolisma badan. Bila kadar metabolisma tinggi, maka proses penurunan berat itu berlaku dengan lebih cepat.

Itulah dia cerita berkenaan perjalanan menurunkan berat badan husband saya. Memang sangat challenging tapi Insyaallah boleh dilakukan oleh semua. Mula-mula je yang tough sikit. Bila dah biasa tu tak kisah dah dengan godaan makanan. hehehe

Bagi yang sedang berusaha menurunkan berat nadan, boleh cuba supplement kurus ni. Insyaallah membantu. Daripada berat badan asik statik dan rasa down, baik invest on something yang boleh membantu. Bila berjaya turunkan berat nanti siapa yang untung? Diri sendiri juga :)



Kalau nak tanya apa-apa berkenaan perjalanan menurunkan berat husband saya ni ataupun nak tanya berkenaan dengan supplement kurus, ataupun nak order supplement kurus, boleh contact saya ok.

Tq for reading~


--
Salam Sayang
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219

Tuesday, March 28, 2017

Kelesuan Menjerat Diri. Atasinya Segera
Lesu? Semua orang tak suka lesu. Sangat tak produktif. Tahu tak, dulu saya pernah mengalamai masalah kelesuan melampau!!!. Jom baca kisah saya, moga memberi kebaikan kepada semua.


Saya dulu belajar di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Jenis yang sangat aktif orangnya. Banyak join event. Baik sebagai organizer, mahupun sebagai peserta.

Saya memang suka sibukkan diri dengan aktiviti universiti. Sampai orang cuti sem lama saya sekejap je sebab kena balik UTP awal. Ada komitmen yang nak dibuat sebagai penganjur event.

Ada satu tahun tu, masa tu bulan Ramadan. Tak ingat masa tu tahun ke berapa di UTP.

As usual, saya memang sangat busy dengan event di UTP. Dan entah kenapa kali ni ada sesuatu berlaku pada saya.

Kelas di UTP biasa sejam sejam. Masuk je kelas, duduk tak sampai 10 minit saya dah terlelap.huwaaaa

Seriously tak sengaja tau. Tak suka tidur dalam kelas ni. Tapi macam tiba-tiba je terlelap sendiri. Sedar-sedar je kelas dah habis ????

Malu bila tertidur dalam kelas. Malu pada lecturer yang mengajar. Rasa tak best sangat bila tertidur dalam kelas :(

Masa tu pula bulan Ramadhan, ada solat terawikh. Time terawikh tu, entah berapa kali terlelap sampai kena solat semula.

Most of the time terlelap masa tahiyat dan masa sujud. Tiba-tiba je terlelap. Sedar-sedar orang dah habis solat. Nangis lagi. Sigggh.

Bila keadaan dah teruk sangat, asik terlelap tiba-tiba, saya pergi jumpa doktor di klinik UTP.

Saya pun cerita masalah saya. Then doktor kata awak ni ada KELESUAN MELAMPAU. Tu yang boleh tak sedar tiba-tiba.

Doktor tu tanya saya, 'nak tak kalau saya inject vitamin C? To boost up your energy.'

Waktu tu memang dah tak fikir panjang. Anything yang boleh solve kan my problem I would say yes. Termasuklah kena ambil injection di punggung. huhu

Doktor pun injectlah. Fuuuhhh. Sakit la juga. Huhu. Tapikannnn.....Amazingly tak lama lepas dia inject tu, saya rasa segar.


Dah tak rasa letih lesu. Dan hari-hari yang seterusnya berlalu dengan saya tak tidur lagi dalam kelas dan tak lagi tertidur masa solat.

Itulah kali pertama dan terakhir saya jumpa doktor untuk masalah KELESUAN MELAMPAU saya. Ingatkan ada sakit kronik ke apa yang perlukan ubat-ubatan lain. Rupa-rupanya cukup dengan vitamin C je. hahaha...

Saya tak ingat doktor ada bagi bekal vitamin C untuk makan ke tak. Rasa mcm ada tapi entahlah. Tak ingat. Hahaha

Dari situ saya macam amaze sangat dengan vitamin C ni. Hanya dengan vitamin C boleh boost up my energy? Itu satu penyelesaian yang mudah dan boleh diamalkan. Hehehe.

Itulah dia kisah saya dengan vitamin C. Ada satu lagi cerita. Baca ya :)

--

Ini kisah kedua saya. Ada satu hari tu saya ke klinik, dah tak ingat untuk tujuan apa. Selepas diberikan rawatan, saya sembang-sembang dengan doktor. Doktor kata, 'kau bagi vitamin C dekat anak kau. Bagus tau'

'Anak aku kan, pagi tadi merentas desa, aku bagi vitamin C pada dia sebelum merentas desa tu. Kau tengok sampai malam ni dia aktif lagi. Tak letih. Kalau budak lain memang dan terbongkang tidur awal'

'Anak aku sorang lagi pula tu, yang perempuan tu dulu dia ada kulit bersisik. Macam-macam aku cuba, tapi tak jalan, last2 mak aku yang suruh bagi vitamin C. Aku pun bagi. Alhamdulillah lepas tu dah elok kulit dia. Sampai sekarang ni. Kalau kau tengok kulit dia licin'.

Huuuhhhh...Panjang Doktor ini bercerita. Patutlah setiap orang yang masuk dalam bilik dia akan ambil masa lebih kurang setengah jam.Check nya sikit je. Sembang banyak. Tapi saya suka. Bukan sembang kosong. Sembang ada info :)

--

Nampak tak tu kawan-kawan. Kepentingan vitamin C dalam membantu memberi tenaga. Dulu kita ingat vitamin C ni untuk kulit je kan. Tak tahu yang vitamin C boleh bantu beri tenaga. Haaa.... sekarang dah tahu boleh la amalkan vitamin C.

Sumber vitamin C sangat banyak dalam buah-buahan seperti limau, strawberry, kiwi, mangga, dan banyak lagi. Pengambilan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C setiap hari mampu untuk memberi banyak manfaat untuk kesihatan kita.
Cuma kena ambil dengan kuantiti yang banyak. Kalau makan sikit je tak cukup nanti vitamin C dalam badan. Nak-nak lagi zaman sekarang ni kan. Zaman yang kandungan nutrisi dalam sebiji buah tu tak sama dengan dulu. Sangat kurang.

Namun dalam masa yang sama tak boleh ambil vitamin C berlebihan sangat sekaligus. Sebab vitamin C ni tidak disimpan dalam badan. Lebihannya akan dibuang melalui air kencing.


Kalau nak senang, ambil je vitamin C Shaklee. 1 biji tablet bersamaan dengan 7 biji buah limau. Haaaa... banyak kan :) 500 mg vitamin C untuk sebiji tablet.


Namun macam yang saya cakap tadi, pengambilan vitamin C yang berlebihan pun tak perlu juga sebab membazair je nanti. Dibuang bersama air kencing. Tapi kalau makan vitamin C Shaklee kawan-kawan jangan risau.

Sebab vitamin C Shaklee dilengkapi dengan teknologi pelepasan perlahan-lahan dalam masa 5 jam untuk satu tablet. Maksudnya, 100 mg vitamin C mengambil masa 1 jam untuk dilepaskan ke dalam badan. Bukan 500 mg sekaligus.


Hebat kan saintis Shaklee. Dengan makanan pun boleh diteknologikan. Alhamdulillah bersyukur sangat saya sudah mengenali dan mengamalkan vitamin Shaklee ni. Semulajadi, terbukti, selamat, dan berkesan. Kalau sampai sekarang saya tak jumpa lagi vitamin Shaklee ni, mungkin sampai sekarang masih makan vitamin sintetik. Sobs sobs

Harga sebiji vitamin C ini hanya RM 0.55 sahaja tau. Kita punya sirap ais lagi mahal. Insyaallah kawan-kawan mampu punya lah untuk dapatkan vitamin C ini. Lagi-lagi bila dah tak tahan dengan kelesuan dan sangat perlukan tenaga kan.

Jangan biarkan kelesuan menjerat diri anda. Atasinya segera. Keluar daripada perangkap kelesuan. Kalau dulu lesu buatkan kita nak mengamuk, nak marah anak, nak marah suami, jangan dah jadi macam tu lagi. Jadilah seorang anak, isteri, ibu, dan hamba Allah yang sihat, bertenaga, menyenangkan, dan memberi manfaat kepada orang lain.

Paham je keadaan ibu-ibu yang keletihan dan kelelahan menguruskan rumah tangga dan bekerja. Jadi reward diri anda dengan sesuatu yang menyihatkan dan memberi manfaat seperti mengamalkan vitamin C.

Tenaga dapat, cantik pun dapat :)

--

Salam Sayang
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219

Wednesday, March 22, 2017

Derita Kaki Kejang Semasa Mengandung? Ketahui Penyelesaiannya
Wanita hamil dengan kaki kejang memang sangat sinonim. Rata-rata mereka yang hamil mengalami masalah ini.


Saya sendiri pun pernah mengalaminya. Memang rasa sangat terganggu sebab selalu je berlaku masa tengah jalan-jalan, tiba-tiba rasa urat kaki macam kena tarik, kena rentap.

Huuuuuu. Sakit nya tuhan je yang tahu. Kalau kaki tiba-tiba cramp dan husband ada kat sebelah, memang tangan husband la jadi mangsa.

Genggam kuat-kuat. Tak kira dah husband punya tangan sakit. Kira kita punya sakit je. Genggam tangan husband sambil tahan air mata daripada gugur. Korang mesti faham perasaan ni kan.

Satu lagi saya sangat takut kaki cramp masa tengah drive. Dah la dulu saya drive kereta manual. Berat betul nak tekan clutch. Jadi kalau kaki cramp masa tengah drive memang cuak sangat.

Antara punca wanita hamil mengalami kaki kejang adalah disebabkan kekurangan kalsium. Keperluan kalsium yang diperlukan ialah sebanyak 1000 mg sehari. Sekiranya kurang daripada ini, sangat berisiko untuk menyebabkan kekejangan.

Maka, untuk atasi masalah kekurangan kalsium ni sebaiknya ambil makanan yang mengandungi high kalsium seperti susu. Ataupun makanan-makanan lain yang tinggi kalsium seperti yogurt, keju, kacang almond, tauhu, dan lain-lain lagi.


Selain daripada itu, pengambilan supplement kalsium juga sangat membantu kerana ianya mudah untuk diambil, dibawa, dan kita boleh tahu sama ada kalsium yang kita ambil itu cukup 1000 mg atau tidak kerana kita boleh lihat kandungannya pada label.

Namun begitu, sebelum mengambil mana-mana supplement kalsium, kenal pasti dauhulu supplement kalsium yang terbaik. Ini kerana, ada supplement kalsium yang tidak bagus kerana kalsium yang diambil tidak digunakan sepenuhnya oleh badan. Apabila ada lebihan kalsium, buruk akibatnya. Akan menyebabkan batu karang.

Salah satu contoh supplement kalsium yang baik ialah Ostematrix. Ostematrix bukan sahaja mengandungi kalsium, malah mengandungi Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium dan mengandungi Magnesium yang membantu mengagihkan kalsium ke tempat-tempat yang memerlukan seperti jantung, otot, dan tulang.


Klinikal study Ostematrix menunjukkan bahawa kalsium digunakan sepenuhnya oleh badan dalam tempoh 12 jam selepas pengambilan. Ini bermakna, tiada lebihan kalsium yang dikesan selepas pengambilan kalsium dalam tempoh 12 jam. Bagus kan :)


Untuk ibu-ibu yang sedang hamil, sangat-sangat digalakkan untuk mengambil Ostematrix ini. Sangat membantu dalam mengatasi kekejangan dan pengambilan kalsium yang berterusan dan cukup akan mengurangkan risiko osteopososis di hari tua.

Wanita sangat berisiko untuk menghidap osteoporosis disebabkan wanita mengalami tiga proses ini, yang sangat banyak menggunakan kalsium iaitu:
  • Mengandung
  • Menyusukan anak
  • Period
Boleh baca artikel mengenai Osteoporosis - Kesan Kekurangan Kalsium di sini.

Bukan itu sahaja, pengambilan Ostematrix juga membantu ibu-ibu yang mengandung untuk tidur lena dan mengatasi sembelit. Sangat biasa kan kita dengar yang orang mengandung tak boleh tidur lena dan asik sembelit je. Sampai tempat kerja mula la jadi zombi. Jalan pun terhuyung hayang sebab mata tak dapat nak buka, kepala ppun pening-pening lalat.


Kalau nak cerita bab sembelit pula, memang mimpi ngeri bagi mereka yang pernah hadapinya. Berjam jam duduk dalam tandas. Itupun kalau dapat keluar. Kalau tak dapat keluar, alamat dua tiga hari la merana. Sob sob sob.


Secara kesimpulannya, Ostematrix ada 4 peranan penting untuk ibu mengandung iaitu :
  • Mengelakkan kekejangan kaki
  • Pengambilan berterusan boleh mengelakkan osteoporosis
  • Membantu untuk tidur lena
  • Mengatasi sembelit.

Ini sahaja dulu tulisan saya untuk kali ini. Sekiranya mempunyai apa-apa pertanyaan mengenai Ostematrix ataupun ingn mendapatkannya, boleh hubungi saya di nombor di bawah ya :)

Terima kasih kerana sudi membaca

--

Salam Sayang
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219