Friday, April 21, 2017

Detoksifikasi (Detoks) - Kenapa perlu? | Part 2
Hi Assalamualaikum semua :)

Entri sebelum ni saya ada berkongsi banyak benda berkenaan detoks. Siapa terlepas link nya boleh baca di sini.

Dan kali ini, seperti yang dijanjikan, saya akan berkongsi berkenaan dengan supplement Shaklee yang boleh membantu untuk detoks.

Ini adalah supplement untuk detox. Semua supplement detox ini mempunyai fungsi yang spesifik. Nampak tak lima item di bawah tu? DTX, Herblax, Alflafa, Peppermint and Ginger Plus, dan juga Vivix.



DTX: Mengandungi MILK THISTLE yang baik untuk hati (menyokong fungsi hati sebagai organ  detoks), menjadikan kulit glowing dan radiant.

Vivix : Mengandungi MUSCADINE GRAPE yang membantu untuk boost kan energy, mengandungi antioksiadan yang sangat tinggi dan ejen anti keradangan bagi membantu untuk melindungi sel daripada rosak.

Alfalfa :Daun ALFALFA mempunyai kandungan nutrisi yang sangat tinggi, melawan acid yang dihasilkan oleh toksin, dan juga membantu untuk menurunkan berat badan.

Herblax: Mengandungi DAUN SENNA yang baik untuk kolon dan membantu untuk melegakan sembelit.

Peppermint and Ginger Plus: Mengandungi DAUN PUDINA dan HALIA untuk buang angin dan melegakan perut daripada kembung.

Saya nak cerita sedikit pengalaman husband saya. Husband saya dulu ada masalah kulit. Macam ada naik warna putih-putih dekat tangan dan badan dia. Putih-putih tu dalam sebesar duit syiling 20 sen. Doktor kata kulat.

Kesian tengok keadaan kulit husband. Masa belum kenal DTX, memang sapu ubat doktor je. Tapi kurang berkesan. Hilang sekejap, pastu naik balik. Kesian betul dia.

One day tu, lepas dah jadi member Shaklee, saya baca buku Product Guide. Dalam tu ada cerita pasal DTX yang support fungsi hati untuk menjalankan fungsinya sebagai organ detox yang paling utama.

Kat situ juga ada cerita pasal tanda-tanda orang yang banyak toksin, antaranya masalah kulit tu. Then saya beritahu husband, why not kita try. Saya rasa badan awak ni banyak toksin ni, tu yang kulit awak jadi macam ni. And for your information, kulit husband akan jadi worst bila kena peluh.

Mula-mula husband agak keberatan juga nak cuba. Tapi saya beli juga. Saya nak juga dia try. Dah isteri dia beli, terpaksalah dia makan kan.

Amazingly, Alhamdulillah, tak sampai habis sebotol makan, settle dah masalah kulit husband. Tak de dah lagi tompok-tompok putih ni. Dan kalau husband berpeluh teruk macam mana pun, yang putih-putih tu tak timbul dah.

Saya happy, husband happy, kami semua happy. hahahahaha. Alhamdulillah sangat berkesan dan memberi kebaikan pada husband. Masa mula-mula ambil ni, saya biar dia seorang je makan dulu, Beri laluan pada dia. And masa tu kan baru join Shaklee. Nak juga tengok keberkesanannya. hehehe.

BONUSNYA, bukan tompok-tompok putih tu sahaja hilang, kulit hauband pun nampak lebih glowing tau. Ni semua penangan MILK THISTLE ni. Dia punya kerja la ni. Emmmmm, kalau saya seorang je kata macam tu tak aci la kan. Tapi ramai tau yang tegur. Kata muka husband saya nampak glowing. I am soooo jeles. hahahaha.

Ok, Ini antara manfaat lain bila berdetoks ini ialah:
  • Membantu menurunkan berat badan. Kalau dah cuba kurangkan makan, dah bersenam tapi berat payah sangat nak turun, maksudnya badan korang perlu untuk dibersihkan dulu. Banyak sangat toksin. Zat nak serap pun payah.

  •  Kolon yang lebih sihat. Insyaallah tiada lagi masalah sembelit

  •  Memberi tenaga. Kalau jenis yang asik letih je, asal bangun pagi rasa nak tidur balik, asal  buat kerja sikit rasa dah macam lari marathon, itu tanda-tanda badan tak sihat. Go for detoks.

  • Kulit yang lebih sihat dan tidak kusam. Part ni mesti ladies suka kan :)

  • Hati yang lebih sihat. Penting tau untuk dapatkan hati yang sihat. Hati merupakan organ utama untuk penyingkiran toksin (detoksifikasi). Bila hati sihat, Insyaallah badan kita pun akan sihat juga.

  • Meningkatkan sistem imunisasi

  • Tidur yang lebih lena dan berkualiti.


Perkara yang saya sangat bersyukur setiap hari bila Allah pandukan saya untuk bersama Shaklee. I can feel the difference. Difference in term of having a better health and having a better income. Part income ni Insyaallah akan terus berkembang dan berkembang.

Moga-moga Allah terus berikan lagi saya peluang untuk berkongsi kebaikan Shaklee kepada ramai orang. Dan moga Allah bantu saya untuk jana pendapatan yang bergaya dengan Shaklee.

Ok, itu sahaja. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai program DETOX SHAKLEE, supplement DETOX SHAKLEE dan juga BUSINESS WITH SHAKLEE, boleh contact saya ya :)


--

Salam Sayang
<3 p="">Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219

Thursday, April 13, 2017

Detoksifikasi (Detoks) - Kenapa perlu?
Ok, sebelum menjawab persoalan kepada tajuk entri ni, first sekali kena faham apa itu detoks?

Detoks ialah proses pembuangan kotoran dan toksin dalam badan, bagi menjadikan badan kita sihat dan bebas daripada kekotoran.



Kita biasa bawa kereta pergi servis kan. Sebab apa? Sebab nak make sure kereta kita dalam keadaan yang tip top untuk terus bergerak membawa kita ke tempat yang kita nak pergi.

Dan juga, kita servis kereta untuk pastikan kereta itu selamat untuk digunakan. Bila kereta 'sihat' dan selamat, ianya memberi kebaikan yang sangat besar pada diri kita. Pada keselamatan kita.

Sedangkan kereta kita hantar servis selalu, sepatutnya badan kita ni lagi lagi lah perlu servis. Perlu kita maintain kan kesihatan yang baik untuk mendapat kualiti hidup yang baik.

Sebenarnya, sedar atau tidak, kita terdedah dengan banyak sangat toksin disekeliling kita.

Toksin datang dari macam-macam bentuk dan punca seperti:


  • Makanan : Artifical food additives, pesticide, pewarna, dan pengawet
  • Pencemaran udara dan jerebu: Meningkatkan peluang untuk jangkitan sistem pernafasan
  • Air: Air yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya dan mengandungi heavy metal
  • Gaya hidup: Merokok dan mengamalkan diet yang tidak sihat


Ini semua antara punca yang menyebabkan badan kita penuh dengan toksin. Jadi, sangat perlu untuk kita servis badan kita untuk maintain kan kehidupan yang sihat. Kalau badan nak servis macam mana? Dengan detoks.

Detoks membantu untuk bersihkan dalaman badan kita yang penuh dengan toksin.

Kalau kereta pun kita jaga, apatah lagi badan kita yang satu ni. Betul tak? Jadi, marilah beramai-ramai kita detoks. Buang segala kekotoran dan toksin dalam badan kita.


  • Nak cuba hamil kena detoks.
  • Nak kulit cantik kena detoks.
  • Nak kurus kena detoks.
  • Nak hidup lebih sihat dan bermaya kena detoks.


Kalau nak badan sihat selalu dan terhidar daripada penyakit, wajib detoks. Kalau malas nak buat segala air detoks yang boleh bantu untuk detoks tu, maka boleh detoks dengan supplement. :)


Badan kita ada organ detoks yang boleh singkirkan toksin secara semulajadi. Tapi kenapa kita pelu juga kepada supplement detoks?

1. Kesan pencemaran dan toksin yang ada dalam badan yang sangat banyak menyebabkan organ detoks tidak dapat berfungsi seoptimum mungkin untuk menyingkirkan toksin.

2. Organ detoks rosak dan tidak dapat berfungsi denga baik.

Jadi nampak tak kat sini kenapa kita perlukan supplement untuk bantu detoks?


Fungsi supplement detoks:

1. Membantu menyihatkan dan memulihkan organ detoks supaya dapat berfungsi dengan optimum.

2. Membantu dan menyokong fungsi organ untuk detoks.

Jadi, sangat penting untuk kita ambil supplement detoks. Supaya dapat menyihatkan dan menyokong fungsi organ detoks untuk membuang segala kekotoran yang bermaharajalela dalam badan ni


Apa organ detoks dalam badan?

Paru-paru
- Untuk membuang gas-gas seperti Karbon Dioksida dalam darah

Hati
- Organ utama untuk detoks
- Meneutralkan toksin dan menapis darah
- Vitamin yang larut lemak akan dihantar ke bahagian kolon, dan ianya akan dibuang dalam bentuk najis.
- Vitamin larut lemak akan dihantar ke bahagian buah pinggang untuk dibuang dalam bentuk air kencing.

Kulit
- Buang toksin melalui pepeluhan

Buah pinggang
- Buang kekotoran dan air daripada darah untuk membentuk air kencing yang akan disingkirkan melalui pundi kencing

Kolon
- Mengeluarkan bahan buangan daripada makanan dalam bentuk najis



Toksin yang banyak dalam badan menganggu fungsi badan dan menyebabkan bdan tidak sihat. Sedar atau tidak, ramai antra kita yang ada gejala ini:


  •  Kleletihan

  • Mulut berbau

  • Badan berbau

  • Kulit allergic

  • Mudah sembelit

  • Sistem penghadaman yang tidak baik
  • Pemikiran yang kurang tajam dan jelas
  • Sukar untuk hamil
  • Badan banyak angin

Korang ada tak tanda-tanda kat atas ni? Maka wajib detoks. :)

Insyaallah saya akan sambung lagi entri ini. Supplement apa yang boleh membantu untuk detoks.

--

Salam Sayang
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219








Wednesday, March 29, 2017

Kurus Dengan Cepat dan Sihat
Perjalanan menurunkan berat badan merupakan satu usaha gigih yang perlu dilakukan secara berterusan. Ianya bukan mudah, tapi sangat possible untuk dilakukan. Perlukan keazaman hati, kekentalan jiwa, dan kekuatan semangat bagi menjayakannya. 80% adalah pengawalan kepada pemakanan, 20% bersenam, 100% mental.


Itulah yang boleh saya simpulkan dengan melihat perjalanan menurunkan berat husband saya. Penuh dengan liku, penuh dengan cabaran, tetapi tidak sekalipun beliau mengalah. Jauh di sudut hati berasa kagum dengan kejayaannya pada hari ini. Daripada seorang yang tidak pernah teringin untuk turunkan berat kepada seorang yang berjaya menurunkan berat badan.

Inilah beliau. Daripada 95 kg kepada 77 kg. Turun 18 kg. AMAZING kan :)



Husband saya dulu sangat allergic bila saya suruh beliau diet. Beliau memang tak suka. Bagi beliau, biarlah gemuk pun asal sihat. Sampai lah pada suatu hari, saya check tekanan darah beliau. Tekanan darah yang baik seperti dalam gambar di bawah:


Husband saya punya reading hari tu dah masuk kategori pra tekanan darah tinggi. Fuuuhhh. Amek kau. Terkejut dia. Selama ni dia ingat dia sihat sangat. Tekanan darah normal. Rupanya dah masuk kategori tekanan darah tinggi. huhu

Sejak itu saya terfikir, bagaimana orang yang gemuk, overweight, dan obesiti boleh claim mereka sihat sedangkan mereka tak pernah buat check up pun?

Tak pernah check kolestrol, tak pernah check tekanan darah tinggi, tak pernah check kandungan gula dalam darah, tapi claim sihat? Kawan-kawan, kalau betul-betul nak tahu sihat ke tak, kena buat check up. Tak boleh main rasa-rasa je. Tak boleh main agak-agak je.

Rasanya mahu 95% pengsan tengok result mereka sendiri. Beramai-ramailah menangis di bucu kerusi. waaaaaa waaaaa.

Selepas dah check tekanan darah tinggi tu, terus my husband target nak turunkan berat badan. Drastically tau. Tak de kata nak sikit-sikit.

Husband saya amalkan diet Less Carbo, Less Sugar. Maksudnya, dalam pemakanan seharian beliau, beliau tolak hampir 95% makanan yang berunsurkan karbohidrat dan minuman manis. Air suam sahaja. Ambil makanan yang banyak sayur dan protein.

Ni contoh makanan diet husband saya. Masal awal-awal dulu tiada langsung cheat day ye. Akhir-akhir ni je dah banyak cheat day sebab beliau dah turun banyak kan. Kalau nak ikutkan boleh dah nak makan macam biasa, cuma kawal kauntiti. Tapi beliau masih nak teruskan makan makanan sihat ni juga, so kita layankan aje :) Banyak lagi menunya, saya share yang ni je la :)






Awal-awal masa beliau mula start diet ni, balik je kerja kepala pening, malam tidur awal. Sebab lapar. Tapi kan, ianya ambil masa dalam seminggu je untuk kita rasa biasa. Lepas tu beliau dah tak kisah dah. Dah tak pening. Dan yang paling best sekali daripada tak berapa makan sayur sangat kepada sangat suka makan sayur. Sampai kalau pergi pasar malam beliau pernah kata, rasa craving tengok sayur. huhuhu.

Masa awal-awal dulu  juga, hujung minggu beliau akan pergi jog. Tapi itulah. Dalam dua minggu pertama je kot pergi jog.Lepas tu malas dah. hahahaha. Mula-mula tu risau juga kan. Tanya husband boleh ke nak kurus ni kalau tak bersenam. Beliau kata boleh je. As long as kita ambil less kalori daripada yang sepatutnya, then should be no problem.

Bersenam buat yang ringan-ringan je dan banykkan berjalan. After all, 80% daripada proses menurunkan berat badan ialah dengan mengawal makan. 20% je senaman.

Hubsband saya juga ambil supplement. Untuk bantu boostkan proses nak kurus ni. Jadi rasa lebih termotivasi bila setiap kali timbang ada penurunan berat. Sebab ada orang kan yang dah kawal makan gila-gila tapi berat statik je. Tak turun-turun pun. Silap hari bulan give up. Tak nak buat dah. Sebab dah la berlapar kawal makan, tapi hasilnya tak seberapa.

So kita ambil supplement ni bukan apa. Supaya lebih membantu proses nak turunkan berat tu. Tak de lah dah kawal makan pun berat statik je. Bukan semua orang jenis bersabar. Kebanyakan orang memang akan give up bila lambat sangat berat nak turun. Katanya.' Dah lah. Malas lah. Dah diet pun still tak turun juga. Tak yah diet la senang'. Haaaa. Kan dah rugi tu.

Tapi makse sure kalau nak ambil supplement pun, pilih yang baik dan tidak memberikan side effect yang buruk ok. Contohnya macam dalam gambar di bawah ni. Ramai orang yang disebabkan nak kurus, ambil jalan singkat, dan main beli je mana-mana ubat kurus atu supplement kurus yang ada.






Bukan semua ubat atau supplement kurus selamat. Jadi kena pastikan apa yang kawan-kawan ambil tu betul-betul selamat.

Husband saya ambil supplement Shaklee. Kenapa Shaklee? Kerana Shaklee terbukti berkesan dan selamat. Setiap bahan yang masuk ke dalam vitamin Shaklee disaring dahulu dan dijalankan peryelidikan yang sangat teliti. Shaklee juga ada landamark study.

Landmark study ialah kajian yang dilakukan kepada manusia, terhadap mereka yang tidak mengambil supplement langsung, mereka yang ambil suppplement jenama lain dan mereka yang mengambil supplement Shaklee.

Keputusan menunjukkan bahawa mereka yang mengambil supplement Shaklee mendapat kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang tidak mengambil supplement ataupn yang mengambil supplement jenama lain. Jadi, ianya membuktikan bahawa supplement Shaklee ini selamat dan berkesan. Oh ya, Landmark study ni dijalankan pada mereka yang mengambil supplement Shaklee lebih daripada 20 tahun. Lama kan? :)


Ok, back to the topic. Suami saya ambil supplement apa? Suami saya ambil 3 benda ni. Lecithin sebagai pemecah lemak, Alfalfa agent detox untuk detox badan dan buang sekali lemak yang sudah dipecahkan itu, dan juga Energizing Soy Protein (ESP) bagi membantu pembentukan otot dan seterusnya meningkatkan kadar metabolisma dalam badan.

Untuk pecahkan lemak ni, kalau kawan-kawan nak buat cara biasa pun boleh iaitu dengan bersenam. Cuma itulah masalahnya. Husband saya balik kerja pun malam. Memang kalau nak bersenam tu jarang sangat dapat buat. Jadi bila ada lecithin ni, boleh bantu untuk pecahkan lemak. Elak juga lemak daripada melekat di salur darah.


Kemudian, lemak yang dipecahkan tadi akan mudah dibuang apabila mengambil detox item iaitu Alfalfa. Ada pilihan sebenarnya. Sama ada Alfalfa atau Herblax. Husband saya pilih Alfalfa.


Detox pun boleh buat secara manual. Pernah dengar air detox? Macam dalam gambar bawah ni. Tapi masalahnya minuman detox ni hanya applicable pada mereka yang rajin je. hahahahaha


Memang tak lah husband saya atau saya nak buatkan. Bukan lah nak kata malas (tak nak ngaku. hehehe) tapi tak berkesempatan masa. Lagi satu renyah. Kalau buat pun maybe sehari dua kot. Lepas tu mesti tak nak buat dah. Eh pendek kata memang malas la. Tak kuasa haku. hahaha

So we go kepada cara yang mudah iaitu ambil supplement detox. Kawan-kawan boleh ambil Alfalfa plus Herblax atau salah satu pun boleh :)

Last sekali item untuk bina muscle (otot) iaitu ESP. ESP ni kaya dengan protein, maka ianya membantu untuk pembentukan otot. Pembentukan otot penting untuk membantu meningkatkan kadar metabolisma badan. Bila kadar metabolisma tinggi, maka proses penurunan berat itu berlaku dengan lebih cepat.

Itulah dia cerita berkenaan perjalanan menurunkan berat badan husband saya. Memang sangat challenging tapi Insyaallah boleh dilakukan oleh semua. Mula-mula je yang tough sikit. Bila dah biasa tu tak kisah dah dengan godaan makanan. hehehe

Bagi yang sedang berusaha menurunkan berat nadan, boleh cuba supplement kurus ni. Insyaallah membantu. Daripada berat badan asik statik dan rasa down, baik invest on something yang boleh membantu. Bila berjaya turunkan berat nanti siapa yang untung? Diri sendiri juga :)



Kalau nak tanya apa-apa berkenaan perjalanan menurunkan berat husband saya ni ataupun nak tanya berkenaan dengan supplement kurus, ataupun nak order supplement kurus, boleh contact saya ok.

Tq for reading~


--
Salam Sayang
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219

Sunday, January 29, 2017

JOM SERTAI FAT2FIT 30 DAYS CHALLENGE!
INGAT PEREMPUAN JE YANG SUKA FEELING2 CANTIK NI, LAKI PUN SAMA JUGA RUPANYA😂
.
Pagi tadi my husband cakap " abang rasa makin handsome la".. Dalam hati, saya cakap " haaa... dah mula dah tu"
.
Then dia sambung " nampak lebih muda".... erkkkkk, ok, sila muntah hijau bercampur kuning sekarang!!😂
.
Tapi nak tak nak terpaksa iyakan juga dalam hati. Memang nampak perubahan ketara sangat lepas husband turun berat badan ni
.
Nampak lebih sihat, lebih fit, lebih ceria.😊 Tekanan darah pun normal. Kalau masa gemuk dulu tekanan darah tinggi
.
Alhamdulillah supplement Shaklee yang membantu untuk kurus memang sangat membantu. Ianya lebih mempercepatkan penurunan berat dan bantu untuk maintain
.
Tapi apa2 pun no 1, makan wajib jaga. Secara purata kita hanya memerlukan 2500 kalori sahaja. Cuba check berapa kalori you all hari ni
.
Kalau lebih 2500 paham2 sendiri kenapa berat sokmo2 bertambah. Jangan pula disalahkan makanan tu 😝
.
Ok, Sy nak mengajak siapa2 yang berazam untuk menurunkan berat badan, untuk sertai Fat2Fit 30 Days Challenge!
.
Program ini bekerjasama dengan Mentor Fitness, Nutritionist, dan juga Certified Vitamin Trainer
.
Siapa yang sokmo give up di separuh jalan untuk turunkan berat tu jomla join program ni. Kita support and guide you sebaiknya


ZA😘Image may contain: 2 people, people standing and shoes
iNIE3iiNiNIInilah husband saya. Daripada 95 kg now sudah mencecah 80 kg :)


--
Salam Sayang ❤
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219
PERATURAN UNTUK KURUS
This is the main rule sekiranya anda berazam untuk menurunkan berat badan. No excuse 

😊
.
Pernah satu ketika dulu saya bersembang dengan seorang mak cik ni. "Mak cik ni memang x dapatla nk kuruskan badan. Lepas gym pergi makan roti canai". Nak nagis tepi bucu kerusi bila mak cik tu cakap macam tu. 😂😂
.
Memang la mak cik. Tak guna juga kalau pegi gym tapi tak control makan. Tak de apa efek pun. Silap hari bulan makin bertambah berat sebab lepas gym g melahap roti canai 😰😰
.
Apa-apa pun first thing first kena jaga makan. Jaga kalori intake, jaga nutrisi intake
.
Tapi kalau tak tahu macam mana nak kira kalori, macam mana nak makan dengan betul, makanan apa yang ptut ambil, jom la sertai Fat2Fit 30 Days Challenge. Program ni ada sekali mentor fitness dan nutritionist taw. Bukan program tangkap muat je
.
Satu lagi kalau you all jenis dah usaha banyak kali untuk turunkan berat tapi masih tak berjaya. Yang golongan ni sangatlah digalakkan join program. Insyaallah kali ni boleh berjaya punya 😘😘
.
Boleh PM je saya untuk tahu lebih lanjut mengenai program Fat2Fit 30 Days Challenge. Saya akan berikan info dahulu dan kemudian bila nak sertai tu sy akan bagi detail syarat penyertaan
.
Kita buat sama-sama, kurus sama-sama, sihat sama-sama
.
Boleh Pm atau WhatsApp di +6010-4031219 😊

Monday, December 5, 2016

SET PENYUSUAN HANYA UNTUK IBU YANG ADA MASALAH PENYUSUAN SAHAJA? - PART 2
Dalam entri sebelum ini saya ada kongsikan bahawa set penyusuan Shaklee bukan sahaja untuk ibu yang ada dengan masalah penyusuan seperti kekurangan susu, tetapi ianya memberi manfaat yang lebih banyak daripada itu. Boleh baca artikel penuh di sini

Entri sebelum ini berkisar kepada kelebihan lain Alfalfa dan ESP selain daripada bertindak sebagai milk booster. Untuk perkongsian kali ini, saya akan kongsikan manfaat 2 item yang lain pula.

Vitamin C, seperti yang kita tahu sangat baik untuk kulit dan membantu pembentukan kolagen. Jadi bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah kulit sangat digalakkan untuk mengambil Vitamin C ini. Bagi ibu yang menyusukan bayi, Vitamin C ini sangat bermanfaat dalam menguatkan system imunisasi. Dengan itu penyakit ringan seperti demam, batuk dan selsema Insyaallah dapat dielakkan.



Saya sendiri masih menyusukan anak yang berumur satu tahun dua bulan. Ada beberapa kali saya rasa sakit tekak, salah satu tanda biasa untuk demam. Biasanya bila rasa je nak demam saya akan lebihkan minum air. Selain daripada minum air dengan banyak, saya juga pastikan yang saya tidak terlepas makan Vitamin C. Dan Alhamdulillah daripada rasa nak demam tak jadi demam. :)

Omega guard. Khasiat Omega guard yang biasa kita tahu ialah membantu merangsang perkembangan otak bayi dan penglihatan bayi. Jadi pengambilan Omega sangat baik diamalkan oleh ibu-ibu kerana khasiatnya bukan sahaja dapat kepada ibu, malah kepada bayi juga.

Anakcerdik :)

Selain daripada itu, manfaat lain Omega seperti memelihara kesihatan jantung, mengawal paras kolestrol, dan membantu ibu untuk slim semula juga merupakan manfaat Omega yang biasa diketahui. Tapi tahukah ibu-ibu bahawa Omega sangat bagus untuk cairkan kahak?

Kahak biasanya terjadi sekali dengan batuk. Dan juga antara tanda nak demam ialah kita akan rasa sakit tekak bersama dengan adanya kahak pekat. Kalau ibu-ibu ada rasa sakit tekak dan berkahak pekat, itu tandanya ibu-ibu berkemungkinan besar akan demam. Jadi rawat segera sakit tekak dan kahak pekat yang mengandungi bakteria itu dahulu, Insyaallah ibu-ibu tidak akan demam. Dan kalaupun demam Insyaallah tidak teruk dan cepat kebah :)
Kenapa saya concern sangat berkenaan demam ini? Pertamanya bila kita demam, kebanyakan ibu-ibu akan mengalami kemorosotan susu. Perkara ini tidak berapa bagus terutamanya bagi ibu-ibu yang sedang bertungkus lumus menyediakan stok susu. Dengan production susu yang menurun, ianya akan menganggu emosi ibu dan membuatkan proses pengumpulan stok susu menjadi lebih sukar

Keduanya, apabila ibu demam, ibu akan berada dalam keadaan letih dan tidak bermaya. Ibu-ibu memerlukan tanaga yang banyak untuk menjayakan proses penyusuan. Terutamanya bagi ibu-ibu yang masih dalam hari atau mempunyai anak yang kerap menyusu pada waktu malam, tenaga sangat-sangat diperlukan. Oleh itu, berada dalam keadaan demam dan tidak sihat agak menyukarkan penyusuan.

Kesimpulannya, pengambilan Vitamin C dan Omega mempunyai manfaat terutamanya bagi ibu yang menyusukan bayi. Moga-moga dengan ikhtiar ini, ibu dan anak akan berada dalam keadaan sihat selalu :)

OK, cukup dahulu entri untuk kali ini. Untuk entri seterusnya saya akan kongsikan manfaat Vitalea dan Ostematrix kepada ibu yang menyusukan bayi. Stay tune ~~





-----

Sekiranya ibu-ibu memerlukan supplement penyusuan, boleh hubungi saya di nombor di bawah


-----

Salam Sayang,
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: 010-4031219