Monday, December 5, 2016

SET PENYUSUAN HANYA UNTUK IBU YANG ADA MASALAH PENYUSUAN SAHAJA? - PART 2
Dalam entri sebelum ini saya ada kongsikan bahawa set penyusuan Shaklee bukan sahaja untuk ibu yang ada dengan masalah penyusuan seperti kekurangan susu, tetapi ianya memberi manfaat yang lebih banyak daripada itu. Boleh baca artikel penuh di sini

Entri sebelum ini berkisar kepada kelebihan lain Alfalfa dan ESP selain daripada bertindak sebagai milk booster. Untuk perkongsian kali ini, saya akan kongsikan manfaat 2 item yang lain pula.

Vitamin C, seperti yang kita tahu sangat baik untuk kulit dan membantu pembentukan kolagen. Jadi bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah kulit sangat digalakkan untuk mengambil Vitamin C ini. Bagi ibu yang menyusukan bayi, Vitamin C ini sangat bermanfaat dalam menguatkan system imunisasi. Dengan itu penyakit ringan seperti demam, batuk dan selsema Insyaallah dapat dielakkan.



Saya sendiri masih menyusukan anak yang berumur satu tahun dua bulan. Ada beberapa kali saya rasa sakit tekak, salah satu tanda biasa untuk demam. Biasanya bila rasa je nak demam saya akan lebihkan minum air. Selain daripada minum air dengan banyak, saya juga pastikan yang saya tidak terlepas makan Vitamin C. Dan Alhamdulillah daripada rasa nak demam tak jadi demam. :)

Omega guard. Khasiat Omega guard yang biasa kita tahu ialah membantu merangsang perkembangan otak bayi dan penglihatan bayi. Jadi pengambilan Omega sangat baik diamalkan oleh ibu-ibu kerana khasiatnya bukan sahaja dapat kepada ibu, malah kepada bayi juga.

Anakcerdik :)

Selain daripada itu, manfaat lain Omega seperti memelihara kesihatan jantung, mengawal paras kolestrol, dan membantu ibu untuk slim semula juga merupakan manfaat Omega yang biasa diketahui. Tapi tahukah ibu-ibu bahawa Omega sangat bagus untuk cairkan kahak?

Kahak biasanya terjadi sekali dengan batuk. Dan juga antara tanda nak demam ialah kita akan rasa sakit tekak bersama dengan adanya kahak pekat. Kalau ibu-ibu ada rasa sakit tekak dan berkahak pekat, itu tandanya ibu-ibu berkemungkinan besar akan demam. Jadi rawat segera sakit tekak dan kahak pekat yang mengandungi bakteria itu dahulu, Insyaallah ibu-ibu tidak akan demam. Dan kalaupun demam Insyaallah tidak teruk dan cepat kebah :)
Kenapa saya concern sangat berkenaan demam ini? Pertamanya bila kita demam, kebanyakan ibu-ibu akan mengalami kemorosotan susu. Perkara ini tidak berapa bagus terutamanya bagi ibu-ibu yang sedang bertungkus lumus menyediakan stok susu. Dengan production susu yang menurun, ianya akan menganggu emosi ibu dan membuatkan proses pengumpulan stok susu menjadi lebih sukar

Keduanya, apabila ibu demam, ibu akan berada dalam keadaan letih dan tidak bermaya. Ibu-ibu memerlukan tanaga yang banyak untuk menjayakan proses penyusuan. Terutamanya bagi ibu-ibu yang masih dalam hari atau mempunyai anak yang kerap menyusu pada waktu malam, tenaga sangat-sangat diperlukan. Oleh itu, berada dalam keadaan demam dan tidak sihat agak menyukarkan penyusuan.

Kesimpulannya, pengambilan Vitamin C dan Omega mempunyai manfaat terutamanya bagi ibu yang menyusukan bayi. Moga-moga dengan ikhtiar ini, ibu dan anak akan berada dalam keadaan sihat selalu :)

OK, cukup dahulu entri untuk kali ini. Untuk entri seterusnya saya akan kongsikan manfaat Vitalea dan Ostematrix kepada ibu yang menyusukan bayi. Stay tune ~~





-----

Sekiranya ibu-ibu memerlukan supplement penyusuan, boleh hubungi saya di nombor di bawah


-----

Salam Sayang,
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: 010-4031219








Wednesday, November 30, 2016

SET PENYUSUAN HANYA UNTUK IBU YANG ADA MASALAH PENYUSUAN SAHAJA?
Bila bercakap mengenai makanan tambahan (supplement) untuk ibu-ibu menyusu, ramai yang tersalah anggap. Mereka menyangka bahawa supplement ini hanya untuk ibu-ibu yang menghadapi masalah kekurangan susu.


Anggapan itu hanyalah sebahagian kecil manfaat Set Penyusuan Shaklee. Iya benar, ada ibu-ibu yang betul-betul mengalami masalah penyusuan, maka mereka memerlukan supplement untuk menaikkan semula kuantiti susu

Namun begitu, khasiat Set Penyusuan ini adalah jauh lebih bermanfaat daripada hanya sekadar meningkatkan kuantiti dan kepekatan susu dengan izin Allah :)

Malah, sekiranya ibu-ibu hanya mengambil Set Basic Penyusuan sekalipun, khasiatnya lebih daripada sekadar milk booster.

Set Basic Penyusuan ada Alfalfa dan Energizing Soy Protein (ESP). Gabungan Alfalfa dan ESP merupakan milk booster yang sangat baik. Selain daripada itu, Alfalfa sangat membantu dalam menyingkirkan toksin dan buang angin.


Sebab itu bagi ibu-ibu yang mengambil Alfalfa, bukan ibu sahaja yang asik rasa nak buang angin, tetapi bayi anda pun sama juga. Kebiasaannya ibu-ibu yang ada mengambil Alfalfa, Insyaallah anak tidak akan ada masalah kembung. Kawan saya sendiri, sejak mengambil Alfalfa sudah tidak menggunakan minyak telon lagi. Angin berdesup-desup keluar dan Alhamdulillah bayi tak kembung :)

ESP pula membekalkan kandungan protein yang tinggi untuk ibu-ibu. Jadi, susu ibu akan semakin berkhasiat. Selain daripada itu, ESP juga membantu dalam membekal tenaga dengan segera, baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrin, insomnia, dan tekanan


Tidak lupa juga manfaat ESP yang sangat digemari oleh wanita iaitu meremejakan kulit. ESP merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, mengembalikan kepejalan otot, mempercepatkan penyembuhan luka, dan mengurangkan kesan parut.

Lihat, baru dua item, tapi dah banyak sangat manfaat yang kita dapat. Jadi betul tak saya kata yang Set Penyusuan ini bukan semata-mata untuk tambahkan kuantiti dan kepekatan susu sahaja? :)
Lagi satu, siapa yang ambil ESP ini mereka akan rasa kenyang untuk jangka masa yang lama. Saya ada seorang sahabat yang kurang 3 kg asbab pengambilan ESP. Bila sahabat saya ini consume ESP, dia kata dia rasa kenyang. Kalau tidak, dulu asik lapar je. Jadi bila sudah kenyang tak de la asik makan je :)

Saya sendiri memang pengamal tegar ESP ini. Saya akan ambil ESP ketika sarapan. Alhamdulillah dengan pengambilan ESP, saya tidak lagi menggigil kelaparan pada pukul 11 pagi. Malah boleh tunggu sampai pukul 12 lebih untuk lunch. Kalau tidak dulu, pukul 11 tu dah lapar sangat-sangat

Dan sekarang ni, saya perasan yang saya akan kenyang sampai petang selepas ambil lunch itu. Kalau tidak sebelum ini balik rumah terus cari makanan sebab lapar. Tapi sekarang ini dah sampai rumah pun rasa kenyang lagi. Kadang-kadang tu saya rasa frust sebab nak makan makanan masakan mak yang sedap itu, tapi kenyang lagi. Jadi terpaksa tunggu perut lapar dulu.

Ada satu hari itu, sebab nak cepat lapar balik, saya mengayuh basikal Gintell tu. Punyalah dah lama tak bersenam, hari tu saya bersenam sebab nak lapar. hehehe

Untuk ibu-ibu, terutamanya yang menyusukan anak, saya sangat galakkan anda untuk ambil paling kurang ESP dan Alfalfa ini. Banyak sangat manfaat. Manfaat yang paling saya rasakan sangat adalah dari segi tenaga. Alhamdulillah even seharian di office pun, balik rumah masih bertenaga :)

Boleh main dengan riang gembira bersama anak-anak. Cuba bayangkan kalau kita penat. Bukan setakat tak main dengan anak, rasa nak marah anak-anak lagi adalah. Kesian kan mereka. Dah la dari pagi tunggu kita balik, bila kita balik pula kita marah-marah mereka. Kesiannyaaaaa......

Owh lagi satu berkenaan Alfalfa. Lupa pula nak beritahu. Alfalfa ini sangat elok untuk ibu-ibu yang mengalami masalah keputihan. Insyaallah boleh cure. Duit pun jimat tak perlu beli pantyliner

Ok, kita sambung berkenaan 4 item lain dalam next entri ye :)

--

Salam Sayang
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219S

Tuesday, November 29, 2016

TANDEM PUMPING DAN TANDEM NURSING PART II
Sebelum ini saya pernah menceritakan berkenaan tandem pumping di sini

Untuk entri kali ini, saya akan menceritakan berkenaan dengan Tandem Nursing. Entri pendek sahaja :)

Sedikit recall daripada entri sebelum ini, Tandem Nursing ialah situasi di mana ibu menyusukan kedua-dua anak dalam masa yang sama.

Siapa yang biasanya mengaplikasikan Tandem Nursing?

1. Ibu yang mempunyai dua orang anak dalam jarak yang dekat dan masih tidak mahu introduce formula milk kepada anak yang lebih besar

2. Ibu yang melahirkan anak kembar dua dan ke atas

Segalanya untukmu anak
Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah


Bagi ibu-ibu yang mengalami dua situasi di atas, anda boleh mengaplikasikan Tandem Nursing. Sama juga seperti Tandem Pumping, ibu boleh menggunakan Nursing pillow bagi mambantu  menyusukan kedua-dua anak serentak.

Sedikit perkongsian daripada pengalaman saya sendiri.Beza anak pertama dan kedua saya 3 tahun. Jadi sebelum anak kedua lahir, saya sudah 'wean off' kan anak sulong daripada susu ibu.

Cumanya sesekali datang juga keiginan dia untuk minum susu ibu. Jadi kalau masa itu saya sedang menyusukan anak kedua dan dalam masa yang sama anak sulong hendak juga susu ibu, saya akan buat Tandem Nursing.

Tapi jarang sangat bagi. Adalah dalam 2 kali je kot. Sebab kesian sangat. Tapi biasanya saya tak bagi pun. hahaha

Yang saya pernah buat, Tandem Nursing sambal baring. Mudah je. Sebab sorang dah setahun lebih, sorang lagi 4 tahun. Jadi pandai-pandai diorang lah nak panjat badan saya cari susu :)

Bagi ibu yang ada anak kembar, Tandem Nursing sangat membantu dalam mengelakkan stress dan dapat membantu anak-anak kenyang serentak (sekiranya ibu tidak mahu menggunakan susu formula).

Bila anak kembar itu disusukan serentak, jadi tiada la seorang menyusu dan seorang lagi menangis meraung macam kena dera. Jadi ibu lebih tenang dalam menyusukan dan dapat mengelakkan gangguan dan stress

Anak-anak pun, selain daripada mendapat manfaat susu ibu sepenuhnya, mereka juga akan kenyang serentak tanpa perlu salah seorang menangis meminta susu.

Ok, itu sahaja sharing saya untuk Tandem Nursing dan Tandem Pumping. Semoga bermanfaat untuk semua

---

Sekiranya anda mecari supplement penyusuan, boleh hubungi saya di no  yang diberikan :)

---

Salam Sayang
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp : +6010-4031219





Friday, November 18, 2016

TANDEM PUMPING DAN TANDEM NURSING - PART 1
Assalamualaikum semua

Pernah dengar tak berkenaan dengan Tandem Pumping dan Tandem Nursing?

Tandem Pumping ialah keadaan di mana si ibu menyusukan anak sambil mengepam susu. Kedua-dua nya berlaku serentak


Gambar mislead sedikit. Sepatutnya bayi itu hisap susu ibu, bukannya pegang botol susu. hehe

Tandem Nursing pula ialah di mana si ibu menyusukan kedua - dua anak pada masa yang sama. Biasanya, yang melakukan Tandem Nursing ini ialah mereka yang mempunyai anak kembar 2 dan keatas, dan mempunyai anak dengan jarak yang dekat tetapi belum bersedia untuk melepaskan anak minum susu formula

Tandem Nursing

Mengapa perlu melakukan Tandem Pumping?

Tandem pumping dilakukan bagi ibu-ibu yang mengalami keadaan berikut:

1. Anak asik ingin menyusu dan ibu tiada masa untuk pam. Dengan melakukan tandem pumping, ibu mampu untuk mengepam susu.

2. Rushing untuk kejar stock susu anak. Biasanya keadaan ini dialami oleh ibu yang bekerja. Susu yang disimpan dikuhuatiri tidak dapat menampung demand anak dan melakukan Tandem Pumping untuk mencukupkan keperluan

3. Rangsangan yang lebih baik. Bagi ibu-ibu yang tidak dapat kuantiti susu yang banyak untuk setiap kali pam, boleh mencuba Tandem Pumping ini. Let down untuk anak yang menghisap susu adalah lebih baik daripada menggunakan pam. Jadi, mengepam susu sambil menyusukan anak membantu meningkatkan kuantuti susu

Tandem Pumping agak sukar untuk dilakukan pada awalnya kerana mungkin ada ibu-ibu yang mengalami masalah posisi. Namun begitu, dengan latihan yang berterusan Insyaallah dapat membantu menjadikannya lebih mudah.

Antara tips yang boleh saya kongsikan untuk lebih memudahkan Tandem Pumping ialah dengan menggunakan nursing pillow. Nursing pillow ini akan membantu memberi sokongan kepada bayi dan juga botol yang digunakan untuk pam susu


Selain itu, boleh juga menggunakan kerusi yang berlengan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Jadi ibu-ibu boleh dapat sokongan daripada lengan kerusi itu. Setup pam dahulu sebelum mengambil bayi atau untuk lebih mudah, minta tolong kepada ahli keluarga lain untuk menghulurkan bayi.



Saya sendiri menggunakan cara yang kedua. Menggunakan kerusi berlengan. Saya melakukan Tandem Pumping ketika dalam pantang untuk mendapatkan stock susu yang banyak. Mula-mula tu memang terasa agak susah dan payah tapi Alhamdulillah ianya menjadi lebih mudah setelah melakukannya beberapa kali :)

Ini sahaja dahulu perkongsian saya untuk Tandem Pumping. Perkongsian berkenaan Tandem Nursing saya akan kongsikan dalam entri lain ya :)

Kalau ada ibu-ibu yang memerlukan detail lebih lanjut berkenaan Tandem Pumping ini boleh whatsapp saya ye. Insyaallah saya cuba tolong sebaik mungkin :)

Dan bagi ibu-ibu yang masih tercari-cari Milk Booster yang sesuai, saya sangat mencadangkan Alfalfa dan Energizing Soy Protein. Saya sendiri mengamalkannya dan Alhamdulillah sangat puas hati dengan hasilnya. Pada hari saya menulis pos ini anak saya sudah masuk satu tahun dua bulan dan saya masih lagi menyusukannya :)







--

Salam Sayang.
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +60104031219

Friday, October 28, 2016

Adakah Benar Energizing Soy Protein (ESP) Membantu Dalam Mengekalkan Tenaga?
Assalamualaikum w.b.t

Ok, sebelum kita hendak menjawab soalan di atas, mesti ada eksperimen yang perlu dilakukan. Betul tak?

Untuk ESP, ada satu klinikal study yang dijalankan bagi memberi jawapan, adakah benar ESP dapat membantu dalam mengekalkan tenaga?




Kajian ini dijalankan dengan setiap subjek mengambil 110 kalori daripada karbohidrat dan 110 kalori daripada ESP.  Gula dalam darah diambil untuk setiap setengah jam bagi kedua-dua kumpulan subjek ini.

Keputusan:

Bagi subjek yang hanya mengambil 110 kalori daripada karbohidrat sahaja, gula dalam darah mereka melonjak naik dengan cepat, dan merudum dengan cepat juga. Ini menyebabkan subjek cepat lapar semula considering jumlah kalori yang baru sahaja diambil.

Bagi subjek yang mengambil 110 kalori daripada ESP sahaja, keputusannya adalah sangat berlainan. Gula dalam darah tidak melonjak naik, dan tidak juga menjunam turun. Instead, it remained essentially level.

Sebab itu kan, biasanya selepas sahaja kita makan nasi, kadang-kadang tu tak sampai beberapa jam sudah rasa lapar balik. Ini disebabkan Glisemik Indeks (GI) pada nasi yang tinggi iaitu 89, manakala ESP hanya 39 sahaja.

Apa pula GI ini?

GI ialah indeks pengukuran dalam menentukan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula atau glukosa dalam darah.

Faham ke?

Ok kita ringkas kan cerita ye.

GI ini diukur dalam skala 0 hingga 100, mengikut kesan makanan kepada peningkatan gula dalam darah.

0 - 55 : Peningkatan gula dalam darah secara perlahan
56 - 69 : Peningkatan gula dalam darah secara sederhana
70 - 100: Peningkatan gula dalam darah secara cepat

Sebab itu apabila kita makan nasi, kita akan rasa cepat lapar semula. Ini disebabkan GI nya yang tinggi, mengakibatkan peningkatan gula dalam darah sangat cepat. Manakala, bagi ESP yang hanya mempunyai GI sebanyak 39, peningkatan gula dalam darah adalah secara perlahan. Oleh sebab itu, ESP sangat berperanan dalam mengekalkan tenaga :)

Jadi benar atau tidal ESP bantu dalam mengekalkan tenaga?

Iya benar.

Di mana buktinya?

Dua bukti di atas iaitu kajian perbandingan antara subjek yang mengambil 110 kalori daripada karbohidrat dan protein, dan  nilai GI yang rendah bagi ESP merupakan bukti bahawa ESP sangat membantu dalam mengekalkan tenaga.

Alhamdulillah, saya sudah merasa kesannya, Anda pula bila lagi??

--

Salam Sayang,
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: 010-4031219


Thursday, October 27, 2016

JALANI PENYUSUAN IBU DENGAN SIHAT DAN BERTENAGA
Assalamualaikum

Kesedaran tentang penyusuan ibu semakin tinggi dalam kalangan ibu-ibu zaman ini. Hasil usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Badan-badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam mempromosikan penyusuan ibu telah membuatkan kesedaran untuk menyusukan anak secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskan sehingga dua tahun semakin tinggi.




Penambahan dan peningkatan jenama pam susu yang di jual di Malaysia juga menunjukkan satu indikator yang baik, di mana ibu-ibu berusaha untuk mencari pam yang terbaik bagi memastikan usaha menyusukan bayi dapat dilakukan seoptimum mungkin. Tambahan pula, pam yang baik dan memenuhi citarasa ibu dapat menjadikan perjalanan penyusuan itu lebih mudah dan menyeronokkan.




Namun begitu, dalam usaha ibu-ibu untuk memberikan yang TERBAIK buat anak-anak, ada juga halangan melintang, yang benar-benar mencabar kesungguhan ibu. Cabaran ini mungkin lebih dirasai bagi ibu-ibu yang bekerja. 

Bagi ibu-ibu yang ingin menyusukan anak selama dua tahun, ini antara cabaran yang perlu di tempuh:

  • Keadaan kerja yang menekan dan menyebabkan ibu stress
  • Keadaan badan yang lesu dan letih
  • Tiada nya sokongan daripada keluarga terdekat dan rakan-rakan
  • Tiadanya tempat yang sesuai untuk mengepam susu di tempat kerja
  • Sakit-sakit badan akibat menyusukan bayi dalam satu posisi untuk satu jangka masa yang lama

Faktor-faktor di atas (dan banyak lagi) menyebabkan ibu-ibu mudah stress dan mempengaruhi penghasilan susu. Oleh itu, ibu-ibu akan mencuba mencari penyelesaian bagi meningkatkan semula kuantiti susu yang dihasilkan.

Antara cara yang boleh dilakukan ialah dengan mengambil makanan yang berkhasiat, mengamalkan power pumping, dan juga mencari milk booster ataupun makanan tambahan (supplement).

Bagi ibu-ibu yang memilih untuk menjadikan supplement sebagai 'PEMBANTU' dalam meningkatkan penghasilan susu, ibu-ibu sangat digalakkan untuk mencuba supplement daripada SHAKLEE.

Kenapa perlu mencuba supplement daripada SHAKLEE? Kerana supplement daripada SHAKLEE ini dihasilkan daripada sumber-sumber ALAM, di hasilkan dengan GRED FARMASEUTIKAL, dan DILULUSKAN oleh KKM ke atas setiap produknya. Jadi Insayaallah ibu-ibu boleh menggunakan supplement ini dengan selamat dan tanpa rasa was-was.

Untuk set lengkap penyusuan SHAKLEE, ada 6 item semuanya.


Alfalfa


  • Sebagai milk booster dengan merangsang kalenjar susu dan seterusnya meningkatkan kuantiti susu
  • Membantu untuk nyah toksin dan buang angin. 
  • Mengelakkan kembung pada ibu dan bayi
  • Mebantu memngembalikan semula rahim pada saiz asal

Energizing Soy Protein (ESP)


  • Menghasilkan susu yang lebih berkhasiat
  • Membantu memekatkan susu - bayi lebih kenyang dan tidur lebih lena dan lama
  • Memberi tenaga kepada ibu
  • Mencantikkan dan menganjalkan kulit
  • Membantu penyembuhan luka dengan lebih cepat


Vitalea 

  • Mltivitamin yang lengkap dengan zat besi bagi memenuhi kelengkapan nutrisi ibu
  • Membantu membina sel darah merah
  • Membantu tunbesaran bayi

Vitamin C

  • Memberi tenaga kepada ibu
  • Meningkatkan imunisasi ibu dan bayi
  • Membantu penyembuhan luka dengan lebih cepat
  • Mencantikkan kulit
  • Membantu menghilangkan stretch mark semasa mengandung

Ostematrix

  • Menggantikan kalsium yang hilang semasa mengandung
  • Untuk kesihatan tulang dan gigi untuk ibu dan bayi
  • Mengelakkan sembelit ketika berpantang

Omega

  • Kesihatan jantung dan menjaga tahap kolestrol ibu
  • Untuk perkembangan otak dan mata bayi
  • Bantu ibu untuk kembali kurus
Set penyusuan ibu ini sangat lengkap bukan sahaja bagi merangsang penghasilan susu yang banyak, tetapi sangat membantu dalam memberikan kesihatan yang baik buat ibu dan bayi.

Set penyusuan di atas Insyaallah memberikan kesan yang OPTIMUM kepada ibu dan bayi. Namun demikian, sekiranya ibu-ibu berhasrat untuk menggunakan item tertentu bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi sahaja, ibu-ibu boleh melakukan sedemikian

Contohnya sekiranyya ibu-ibu hanya bertujuan untuk menambahkan kuantiti dan kualiti susu, ibu-ibu hanya perlu mengambil Alfalfa dan ESP sahaja.

Contoh lain ialah sekiranya ibu-ibu hendak banyakkan susu, dan dalam masa yang sama mahu kuruskan badan, boleh ambil Alfalfa, ESP, dan Omega Guard.

Semuanya bergantung kepada keperluan ibu-ibu. Ibu-ibu boleh arise kan masalah kepada saya dan Insyaallah saya akan tolong sebaik mungkin ;)

Semoga entri ini bermanfaat buat ibu-ibu :)

--

Salam Sayang,
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: 010-4031219