Tuesday, November 29, 2016

Sebelum ini saya pernah menceritakan berkenaan tandem pumping di sini

Untuk entri kali ini, saya akan menceritakan berkenaan dengan Tandem Nursing. Entri pendek sahaja :)

Sedikit recall daripada entri sebelum ini, Tandem Nursing ialah situasi di mana ibu menyusukan kedua-dua anak dalam masa yang sama.

Siapa yang biasanya mengaplikasikan Tandem Nursing?

1. Ibu yang mempunyai dua orang anak dalam jarak yang dekat dan masih tidak mahu introduce formula milk kepada anak yang lebih besar

2. Ibu yang melahirkan anak kembar dua dan ke atas

Segalanya untukmu anak
Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah


Bagi ibu-ibu yang mengalami dua situasi di atas, anda boleh mengaplikasikan Tandem Nursing. Sama juga seperti Tandem Pumping, ibu boleh menggunakan Nursing pillow bagi mambantu  menyusukan kedua-dua anak serentak.

Sedikit perkongsian daripada pengalaman saya sendiri.Beza anak pertama dan kedua saya 3 tahun. Jadi sebelum anak kedua lahir, saya sudah 'wean off' kan anak sulong daripada susu ibu.

Cumanya sesekali datang juga keiginan dia untuk minum susu ibu. Jadi kalau masa itu saya sedang menyusukan anak kedua dan dalam masa yang sama anak sulong hendak juga susu ibu, saya akan buat Tandem Nursing.

Tapi jarang sangat bagi. Adalah dalam 2 kali je kot. Sebab kesian sangat. Tapi biasanya saya tak bagi pun. hahaha

Yang saya pernah buat, Tandem Nursing sambal baring. Mudah je. Sebab sorang dah setahun lebih, sorang lagi 4 tahun. Jadi pandai-pandai diorang lah nak panjat badan saya cari susu :)

Bagi ibu yang ada anak kembar, Tandem Nursing sangat membantu dalam mengelakkan stress dan dapat membantu anak-anak kenyang serentak (sekiranya ibu tidak mahu menggunakan susu formula).

Bila anak kembar itu disusukan serentak, jadi tiada la seorang menyusu dan seorang lagi menangis meraung macam kena dera. Jadi ibu lebih tenang dalam menyusukan dan dapat mengelakkan gangguan dan stress

Anak-anak pun, selain daripada mendapat manfaat susu ibu sepenuhnya, mereka juga akan kenyang serentak tanpa perlu salah seorang menangis meminta susu.

Ok, itu sahaja sharing saya untuk Tandem Nursing dan Tandem Pumping. Semoga bermanfaat untuk semua

---

Sekiranya anda mecari supplement penyusuan, boleh hubungi saya di no  yang diberikan :)

---

Salam Sayang
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp : +6010-4031219





Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: