Monday, April 3, 2017

Projek Self Spa And Beauty Plus
Assalamualaikum w.b.t

Siapa yang mengikuti FB saya Syuhaidah Rahmam memang akan selalu nampak saya update berkenaan dengan projek Self Spa and Beauty Plus dan juga Projek Memikat Suami.

Kenapa projek ini dilancarkan? Sebab kita ingin semua wanita menghargai kecantikan diri sendiri. Setiap wanita itu telah dilahirkan dengan sangat sempurna ciptaannya, begitu indah, dan cantik sekali.


Cuma, apabila kita semakin meningkat usia, ada sesetengah daripada kita mula mengabaikan kecantikan diri. Kecantikan di sini bukan hanya kecantikan luaran sahaja, tapi kecantikan dalaman juga.

Kecantikan luaran semua orang boleh nampak, tapi kecantikan dalaman hanya kita yang boleh rasa.

Apa guna diri cantik tanpa jerawat, tapi mengalami masalah keputihan berbau dan hanyir?


Apa guna kulit licin tanpa jeragat tapi sendi-sendi, tulang-tulang sudah mula sakit?


Apa guna tiada blackhead di hidung, tapi penuh dengan selulit di peha?


Kami di Team The Walking Beauty sangat menyedari hakikat ini. Hakikat di mana:


  •  Ramai yang peka kepada kecantikan luaran, tapi tidak peka dengan kecantikan dalaman


  •  Ramai yang mula mengabaikan kecantikan diri apabila sudah berumah tangga dan ada anak

  • Ramai yang ingin pergi spa, tapi tiada kesempatan dari segi masa dan kewangan


  •  Ramai yang nak cantik, tapi tiada ilmu!!



Disebabkan masalah-masalah di atas, maka kami, Team The Walking Beauty melancarkan Projek Self Spa and Beauty Plus.

Self Spa merujuk kepada betapa kita sebenarnya boleh berspa dari rumah dengan mudah dan murah. Self Spa juga lebih FOKUS kepada kecantikan luaran.

Manakala, Beauty Plus pula FOKUS kepada kecantikan dalaman wanita, di mana seorang wanita itu akan menjadi sihat dan lebih berkeyakinan apabila mengambil nutrisi yang mencukupi.

Bagaimana pula dengan Projek Memikat Suami? Haaaa.... Ini ialah projek dalam Projek Self Spa and Beauty Plus.



Projek Memikat Suami ini khusus untuk isteri sahaja ke?

Oh tidak!

Ianya khas untuk semua wanita, tidak kira seorang isteri ke, anak dara ke, janda ke, wanita berumur ke.Tak semestinya isteri orang je tau.

Sebenarnya Projek Memikat Suami ni, kita buat utk MELENGKAPKAN DIRI SEORANG WANITA dgn ilmu multi skills.

Bukan lah masuk sbb nk kena jadi hamba suami ke, kang ada pula yg ckp, buat apa nk pikat suami, suami tak pikat aku pun ?? hahahaha.

Bukan mcm tu, nama je Projek Pikat Suami, tapi sebenarnya lebih nak pikat diri kita untuk menjadi wanita yg well rounded.

Cuba tanya diri:


  •  Tak suka ke kalau muka kita cantik, licin flawless?? Mesti senyum sorang2 bila tgk cermin ?

  • Tak happy ke kalau kita boleh feel Spa di rumah, tanpa perlu tinggal anak2? Boleh lah merasa life ala2 mak datin giteww ??


Bila kita ada banyak skills dan kepakaran , self confidence akan meningkat.
Dan aura tu secara tidak langsung, akan sampai pada suami.Suami mana x bangga oiii kalau isteri pandai jaga muka, pandai jaga anak, pandai jaga body, pandai cari duit

Sebenarnya semua tu akan balik kepada diri kita sendiri, kita akan makin SAYANG kat diri sendiri.

Ok, dah clear tak dengan projek kami ni? Awesome kan !!!



Jadi mesti you all tertanya-tanya macam mana hendak masuk dalam Projek ini kan, dan apa yang akan you all dapat.

Syarat kemasukan ada dua iaitu:

1. Masuk dengan membuat pembelian barangan Shaklee sekurang-kurangnya 100 points dan register sebagai member Shaklee

atau;

2. Masuk terus dengan Pakej Self Spa and Beauty Plus, berharga RM 399.


Apa yang you all akan dapat bila ambil Pakej Self Spa and Beauty Plus ni?

1. Sustained Release Vitamin C - bantu untuk licinkan kulit muka dan membantu pembentukan kolagen.

2. Ostematrix - Ostematrix ni supplement kalsium, yang membekalkan kalsium yang secukupnya dalam badan. Tahu tak, wanita lebih berisiko menghidap osteoporosis berbanding lelaki disebabkan wanita mengalami period, mengandung, dan menyusukan anak.

3. Herblax - Item detox yang bantu untuk cuci usus. Bila usus sihat, penyerapan nutrient leih effisyen. Herblax juga bantu untuk turunkan berat badan.

4. Gentle Make Up Remover - Buang segala daki dan kerak-kerak di muka

5. Membership Shaklee - Banyak benefit yang boleh dapat seperti boleh enjoy harga ahli dengan potongan sebanyak 10 hingga 30%, mendapat info-info kesihatan, berpeluang untuk menyertai kelas nutrisi, dan juga berpeluang untuk menjana pendapatan.

6. Basic Spa Kit - Spa kita ini penting untuk buat Self Spa di rumah.

- Headband
- Sponge
- Masker Brush
- Alatan manicure, pendicure



7. EXTRA EXTRA EXTRA - nak tahu apa extra nya? Boleh tanya saya. SUPRISE  untuk yang ambil Pakej Self Spa dan Beauty Plus ni

Ya Allah. Macam-macam dapat kan. Hanya dengan RM 399 sahaja. Seriously? Yes serius tak tipu. Sempena pelancaran projek ini. Tapi harga ni sampai 30 April 2017, jam 11 malam sahaja. Masuk bulan Mei harga lain dah tau. Jadi cepat-cepat grab harga ni.

Tidak kisah you all masuk melalui cara 1 atau cara 2, you all akan di invite untuk masuk ke dalam Group Self Spa and Beauty Plus. Di situ, macam -macam kita akan kongsikan.

Antaranya ialah info-info berkenaan kesihatan luaran dan dalaman, info berkenaan kecantikan luaran dan dalaman, teknik-teknik spa, dan macam-macam ilmu lagi. Group ini sangat aktif dan exciting :)

Ilmu-ilmu ini semua sangat penting dan berharga. Kalau you belajar dekat luar, harga dah ribu-ribu dan hanya ilmu sahaja, tanpa ada vitamin ke, skin care ke, ataupun basic Spa Kit. Tapi dengan join Self Spa and Beauty Plus bukan sahaja dapat ilmu, tapi dapat lagi macam-macam item yang lain. Sangat menjimatkan !!!

Dan apa yang best bila dah ada ilmu? You all boleh berspa sendiri dengan menggunakan spa kit yang dibekalkan. Bukan itu sahaja, you boleh facial kan suami, bagi suami rasa tenang dan makin sayang dengan kita. Dah kata pun #ProjekMemikatSuami kan. hehehe. Kalau yang tak kahwin lagi boleh facialkan ibu dan ayah atau adik-beradik yang lain.

You all pun boleh jana income sendiri tau bila dah ada ilmu. Tak kisahlah nak jana income melalui berkongsi berkenaan dengan kebaikan vitamin Shaklee ataupun nak jana income melalui servis spa. Boleh buat home spa, ataupun mobila spa. Seronok kan? :)

Sebagai kesimpulan, Projek Self Spa and Beauty Plus ini kami anjurkan bagi menghargai kecantikan setiap wanita itu. Kecantikan itu perlukan usaha, dan kami di TWB mencuba sedaya upaya kami supaya kecantikan itu boleh diperoleh oleh setiap wanita melalui cara yang mudah.

Tidak perlu ke spa yang memerlukan extra masa dan wang, tapi boleh berspa sendiri di rumah kerana dalam Pakej ini kami bekalkan sekali dengan Basic Spa Kit dan juga ilmu-ilmu penting untuk membolehkan semua wanita itu boleh berspa dari rumah.

Syok kannnn. hehehehe. Dan satu lagi, sapa hanya fokus kepada kecantikan luaran, tapi projek Self Spa and Beauty Plus ni fokus kepada kecantikan luaran dan dalaman. Bila luaran dan dalaman sihat, hidup kita pun akan lebih berkualiti, lebih gembira, Insyaallah :)

Cepat-cepat PM. Bulan Mei harga lain dah :)


--

Salam Sayang
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219




Tuesday, March 28, 2017

Kelesuan Menjerat Diri. Atasinya Segera
Lesu? Semua orang tak suka lesu. Sangat tak produktif. Tahu tak, dulu saya pernah mengalamai masalah kelesuan melampau!!!. Jom baca kisah saya, moga memberi kebaikan kepada semua.


Saya dulu belajar di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Jenis yang sangat aktif orangnya. Banyak join event. Baik sebagai organizer, mahupun sebagai peserta.

Saya memang suka sibukkan diri dengan aktiviti universiti. Sampai orang cuti sem lama saya sekejap je sebab kena balik UTP awal. Ada komitmen yang nak dibuat sebagai penganjur event.

Ada satu tahun tu, masa tu bulan Ramadan. Tak ingat masa tu tahun ke berapa di UTP.

As usual, saya memang sangat busy dengan event di UTP. Dan entah kenapa kali ni ada sesuatu berlaku pada saya.

Kelas di UTP biasa sejam sejam. Masuk je kelas, duduk tak sampai 10 minit saya dah terlelap.huwaaaa

Seriously tak sengaja tau. Tak suka tidur dalam kelas ni. Tapi macam tiba-tiba je terlelap sendiri. Sedar-sedar je kelas dah habis ????

Malu bila tertidur dalam kelas. Malu pada lecturer yang mengajar. Rasa tak best sangat bila tertidur dalam kelas :(

Masa tu pula bulan Ramadhan, ada solat terawikh. Time terawikh tu, entah berapa kali terlelap sampai kena solat semula.

Most of the time terlelap masa tahiyat dan masa sujud. Tiba-tiba je terlelap. Sedar-sedar orang dah habis solat. Nangis lagi. Sigggh.

Bila keadaan dah teruk sangat, asik terlelap tiba-tiba, saya pergi jumpa doktor di klinik UTP.

Saya pun cerita masalah saya. Then doktor kata awak ni ada KELESUAN MELAMPAU. Tu yang boleh tak sedar tiba-tiba.

Doktor tu tanya saya, 'nak tak kalau saya inject vitamin C? To boost up your energy.'

Waktu tu memang dah tak fikir panjang. Anything yang boleh solve kan my problem I would say yes. Termasuklah kena ambil injection di punggung. huhu

Doktor pun injectlah. Fuuuhhh. Sakit la juga. Huhu. Tapikannnn.....Amazingly tak lama lepas dia inject tu, saya rasa segar.


Dah tak rasa letih lesu. Dan hari-hari yang seterusnya berlalu dengan saya tak tidur lagi dalam kelas dan tak lagi tertidur masa solat.

Itulah kali pertama dan terakhir saya jumpa doktor untuk masalah KELESUAN MELAMPAU saya. Ingatkan ada sakit kronik ke apa yang perlukan ubat-ubatan lain. Rupa-rupanya cukup dengan vitamin C je. hahaha...

Saya tak ingat doktor ada bagi bekal vitamin C untuk makan ke tak. Rasa mcm ada tapi entahlah. Tak ingat. Hahaha

Dari situ saya macam amaze sangat dengan vitamin C ni. Hanya dengan vitamin C boleh boost up my energy? Itu satu penyelesaian yang mudah dan boleh diamalkan. Hehehe.

Itulah dia kisah saya dengan vitamin C. Ada satu lagi cerita. Baca ya :)

--

Ini kisah kedua saya. Ada satu hari tu saya ke klinik, dah tak ingat untuk tujuan apa. Selepas diberikan rawatan, saya sembang-sembang dengan doktor. Doktor kata, 'kau bagi vitamin C dekat anak kau. Bagus tau'

'Anak aku kan, pagi tadi merentas desa, aku bagi vitamin C pada dia sebelum merentas desa tu. Kau tengok sampai malam ni dia aktif lagi. Tak letih. Kalau budak lain memang dan terbongkang tidur awal'

'Anak aku sorang lagi pula tu, yang perempuan tu dulu dia ada kulit bersisik. Macam-macam aku cuba, tapi tak jalan, last2 mak aku yang suruh bagi vitamin C. Aku pun bagi. Alhamdulillah lepas tu dah elok kulit dia. Sampai sekarang ni. Kalau kau tengok kulit dia licin'.

Huuuhhhh...Panjang Doktor ini bercerita. Patutlah setiap orang yang masuk dalam bilik dia akan ambil masa lebih kurang setengah jam.Check nya sikit je. Sembang banyak. Tapi saya suka. Bukan sembang kosong. Sembang ada info :)

--

Nampak tak tu kawan-kawan. Kepentingan vitamin C dalam membantu memberi tenaga. Dulu kita ingat vitamin C ni untuk kulit je kan. Tak tahu yang vitamin C boleh bantu beri tenaga. Haaa.... sekarang dah tahu boleh la amalkan vitamin C.

Sumber vitamin C sangat banyak dalam buah-buahan seperti limau, strawberry, kiwi, mangga, dan banyak lagi. Pengambilan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C setiap hari mampu untuk memberi banyak manfaat untuk kesihatan kita.
Cuma kena ambil dengan kuantiti yang banyak. Kalau makan sikit je tak cukup nanti vitamin C dalam badan. Nak-nak lagi zaman sekarang ni kan. Zaman yang kandungan nutrisi dalam sebiji buah tu tak sama dengan dulu. Sangat kurang.

Namun dalam masa yang sama tak boleh ambil vitamin C berlebihan sangat sekaligus. Sebab vitamin C ni tidak disimpan dalam badan. Lebihannya akan dibuang melalui air kencing.


Kalau nak senang, ambil je vitamin C Shaklee. 1 biji tablet bersamaan dengan 7 biji buah limau. Haaaa... banyak kan :) 500 mg vitamin C untuk sebiji tablet.


Namun macam yang saya cakap tadi, pengambilan vitamin C yang berlebihan pun tak perlu juga sebab membazair je nanti. Dibuang bersama air kencing. Tapi kalau makan vitamin C Shaklee kawan-kawan jangan risau.

Sebab vitamin C Shaklee dilengkapi dengan teknologi pelepasan perlahan-lahan dalam masa 5 jam untuk satu tablet. Maksudnya, 100 mg vitamin C mengambil masa 1 jam untuk dilepaskan ke dalam badan. Bukan 500 mg sekaligus.


Hebat kan saintis Shaklee. Dengan makanan pun boleh diteknologikan. Alhamdulillah bersyukur sangat saya sudah mengenali dan mengamalkan vitamin Shaklee ni. Semulajadi, terbukti, selamat, dan berkesan. Kalau sampai sekarang saya tak jumpa lagi vitamin Shaklee ni, mungkin sampai sekarang masih makan vitamin sintetik. Sobs sobs

Harga sebiji vitamin C ini hanya RM 0.55 sahaja tau. Kita punya sirap ais lagi mahal. Insyaallah kawan-kawan mampu punya lah untuk dapatkan vitamin C ini. Lagi-lagi bila dah tak tahan dengan kelesuan dan sangat perlukan tenaga kan.

Jangan biarkan kelesuan menjerat diri anda. Atasinya segera. Keluar daripada perangkap kelesuan. Kalau dulu lesu buatkan kita nak mengamuk, nak marah anak, nak marah suami, jangan dah jadi macam tu lagi. Jadilah seorang anak, isteri, ibu, dan hamba Allah yang sihat, bertenaga, menyenangkan, dan memberi manfaat kepada orang lain.

Paham je keadaan ibu-ibu yang keletihan dan kelelahan menguruskan rumah tangga dan bekerja. Jadi reward diri anda dengan sesuatu yang menyihatkan dan memberi manfaat seperti mengamalkan vitamin C.

Tenaga dapat, cantik pun dapat :)

--

Salam Sayang
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219

Thursday, January 26, 2017

SUSTAINED RELEASE VITAMIN C SHAKLEE
Assalamualaikum. Hai semua :)

Hari ini saya nak cerita sikit berkenaan dengan Vitamin C Shaklee. Ada banyak Vitamin C dalam pasaran tetapi kenapa sangat berbaloi untuk you all invest untuk consume Vitamin C dari Shaklee?

Kerana apa yang membezakan Vitamin C Shaklee dengan brand lain ialah teknologi Sustained Release nya

Image result for sustained release vitamin c

Maksudnya Vitamin C ini dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam badan secara berperingkat dalam masa lebih kurang 5 jam

Jadi, peluang untuk Vitamin C diserap sepenuhnya ke dalam badan akan berlaku secara optimum. Sebab itu Vitamin C ini dipanggil Sustained Release Vitamin C.

Kalau semuanya dilepaskan sekaligus dalam badan, akan jadi pembaziran, kerana Vitamin C yang berlebihan akan dibuang melalui air kencing.

Selain daripada itu, Vitamin C dari Shaklee ini diformulakan dengan Bioflavonoids yang berfungsi untuk membantu penyerapan Vitamin C yang lebih optimum dalam badan. 

Tak best lah kan kalau dah semangat beli Vitamin, tapi rupanya tak diserap secara optimum. Terbuang macam itu je

Sebab itu kena pilih Vitamin C yang ada teknologi pelepasan secara perlahan-lahan, dan mempunyai Bioflavanoids. Tak rugi beli dan dapat khasiat to the max :)

----
Salam Sayang
Madam Syuhaidah
WhatsApp: +6010-4031219

Monday, December 5, 2016

SET PENYUSUAN HANYA UNTUK IBU YANG ADA MASALAH PENYUSUAN SAHAJA? - PART 2
Dalam entri sebelum ini saya ada kongsikan bahawa set penyusuan Shaklee bukan sahaja untuk ibu yang ada dengan masalah penyusuan seperti kekurangan susu, tetapi ianya memberi manfaat yang lebih banyak daripada itu. Boleh baca artikel penuh di sini

Entri sebelum ini berkisar kepada kelebihan lain Alfalfa dan ESP selain daripada bertindak sebagai milk booster. Untuk perkongsian kali ini, saya akan kongsikan manfaat 2 item yang lain pula.

Vitamin C, seperti yang kita tahu sangat baik untuk kulit dan membantu pembentukan kolagen. Jadi bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah kulit sangat digalakkan untuk mengambil Vitamin C ini. Bagi ibu yang menyusukan bayi, Vitamin C ini sangat bermanfaat dalam menguatkan system imunisasi. Dengan itu penyakit ringan seperti demam, batuk dan selsema Insyaallah dapat dielakkan.



Saya sendiri masih menyusukan anak yang berumur satu tahun dua bulan. Ada beberapa kali saya rasa sakit tekak, salah satu tanda biasa untuk demam. Biasanya bila rasa je nak demam saya akan lebihkan minum air. Selain daripada minum air dengan banyak, saya juga pastikan yang saya tidak terlepas makan Vitamin C. Dan Alhamdulillah daripada rasa nak demam tak jadi demam. :)

Omega guard. Khasiat Omega guard yang biasa kita tahu ialah membantu merangsang perkembangan otak bayi dan penglihatan bayi. Jadi pengambilan Omega sangat baik diamalkan oleh ibu-ibu kerana khasiatnya bukan sahaja dapat kepada ibu, malah kepada bayi juga.

Anakcerdik :)

Selain daripada itu, manfaat lain Omega seperti memelihara kesihatan jantung, mengawal paras kolestrol, dan membantu ibu untuk slim semula juga merupakan manfaat Omega yang biasa diketahui. Tapi tahukah ibu-ibu bahawa Omega sangat bagus untuk cairkan kahak?

Kahak biasanya terjadi sekali dengan batuk. Dan juga antara tanda nak demam ialah kita akan rasa sakit tekak bersama dengan adanya kahak pekat. Kalau ibu-ibu ada rasa sakit tekak dan berkahak pekat, itu tandanya ibu-ibu berkemungkinan besar akan demam. Jadi rawat segera sakit tekak dan kahak pekat yang mengandungi bakteria itu dahulu, Insyaallah ibu-ibu tidak akan demam. Dan kalaupun demam Insyaallah tidak teruk dan cepat kebah :)
Kenapa saya concern sangat berkenaan demam ini? Pertamanya bila kita demam, kebanyakan ibu-ibu akan mengalami kemorosotan susu. Perkara ini tidak berapa bagus terutamanya bagi ibu-ibu yang sedang bertungkus lumus menyediakan stok susu. Dengan production susu yang menurun, ianya akan menganggu emosi ibu dan membuatkan proses pengumpulan stok susu menjadi lebih sukar

Keduanya, apabila ibu demam, ibu akan berada dalam keadaan letih dan tidak bermaya. Ibu-ibu memerlukan tanaga yang banyak untuk menjayakan proses penyusuan. Terutamanya bagi ibu-ibu yang masih dalam hari atau mempunyai anak yang kerap menyusu pada waktu malam, tenaga sangat-sangat diperlukan. Oleh itu, berada dalam keadaan demam dan tidak sihat agak menyukarkan penyusuan.

Kesimpulannya, pengambilan Vitamin C dan Omega mempunyai manfaat terutamanya bagi ibu yang menyusukan bayi. Moga-moga dengan ikhtiar ini, ibu dan anak akan berada dalam keadaan sihat selalu :)

OK, cukup dahulu entri untuk kali ini. Untuk entri seterusnya saya akan kongsikan manfaat Vitalea dan Ostematrix kepada ibu yang menyusukan bayi. Stay tune ~~





-----

Sekiranya ibu-ibu memerlukan supplement penyusuan, boleh hubungi saya di nombor di bawah


-----

Salam Sayang,
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: 010-4031219








Wednesday, November 30, 2016

SET PENYUSUAN HANYA UNTUK IBU YANG ADA MASALAH PENYUSUAN SAHAJA?
Bila bercakap mengenai makanan tambahan (supplement) untuk ibu-ibu menyusu, ramai yang tersalah anggap. Mereka menyangka bahawa supplement ini hanya untuk ibu-ibu yang menghadapi masalah kekurangan susu.


Anggapan itu hanyalah sebahagian kecil manfaat Set Penyusuan Shaklee. Iya benar, ada ibu-ibu yang betul-betul mengalami masalah penyusuan, maka mereka memerlukan supplement untuk menaikkan semula kuantiti susu

Namun begitu, khasiat Set Penyusuan ini adalah jauh lebih bermanfaat daripada hanya sekadar meningkatkan kuantiti dan kepekatan susu dengan izin Allah :)

Malah, sekiranya ibu-ibu hanya mengambil Set Basic Penyusuan sekalipun, khasiatnya lebih daripada sekadar milk booster.

Set Basic Penyusuan ada Alfalfa dan Energizing Soy Protein (ESP). Gabungan Alfalfa dan ESP merupakan milk booster yang sangat baik. Selain daripada itu, Alfalfa sangat membantu dalam menyingkirkan toksin dan buang angin.


Sebab itu bagi ibu-ibu yang mengambil Alfalfa, bukan ibu sahaja yang asik rasa nak buang angin, tetapi bayi anda pun sama juga. Kebiasaannya ibu-ibu yang ada mengambil Alfalfa, Insyaallah anak tidak akan ada masalah kembung. Kawan saya sendiri, sejak mengambil Alfalfa sudah tidak menggunakan minyak telon lagi. Angin berdesup-desup keluar dan Alhamdulillah bayi tak kembung :)

ESP pula membekalkan kandungan protein yang tinggi untuk ibu-ibu. Jadi, susu ibu akan semakin berkhasiat. Selain daripada itu, ESP juga membantu dalam membekal tenaga dengan segera, baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrin, insomnia, dan tekanan


Tidak lupa juga manfaat ESP yang sangat digemari oleh wanita iaitu meremejakan kulit. ESP merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, mengembalikan kepejalan otot, mempercepatkan penyembuhan luka, dan mengurangkan kesan parut.

Lihat, baru dua item, tapi dah banyak sangat manfaat yang kita dapat. Jadi betul tak saya kata yang Set Penyusuan ini bukan semata-mata untuk tambahkan kuantiti dan kepekatan susu sahaja? :)
Lagi satu, siapa yang ambil ESP ini mereka akan rasa kenyang untuk jangka masa yang lama. Saya ada seorang sahabat yang kurang 3 kg asbab pengambilan ESP. Bila sahabat saya ini consume ESP, dia kata dia rasa kenyang. Kalau tidak, dulu asik lapar je. Jadi bila sudah kenyang tak de la asik makan je :)

Saya sendiri memang pengamal tegar ESP ini. Saya akan ambil ESP ketika sarapan. Alhamdulillah dengan pengambilan ESP, saya tidak lagi menggigil kelaparan pada pukul 11 pagi. Malah boleh tunggu sampai pukul 12 lebih untuk lunch. Kalau tidak dulu, pukul 11 tu dah lapar sangat-sangat

Dan sekarang ni, saya perasan yang saya akan kenyang sampai petang selepas ambil lunch itu. Kalau tidak sebelum ini balik rumah terus cari makanan sebab lapar. Tapi sekarang ini dah sampai rumah pun rasa kenyang lagi. Kadang-kadang tu saya rasa frust sebab nak makan makanan masakan mak yang sedap itu, tapi kenyang lagi. Jadi terpaksa tunggu perut lapar dulu.

Ada satu hari itu, sebab nak cepat lapar balik, saya mengayuh basikal Gintell tu. Punyalah dah lama tak bersenam, hari tu saya bersenam sebab nak lapar. hehehe

Untuk ibu-ibu, terutamanya yang menyusukan anak, saya sangat galakkan anda untuk ambil paling kurang ESP dan Alfalfa ini. Banyak sangat manfaat. Manfaat yang paling saya rasakan sangat adalah dari segi tenaga. Alhamdulillah even seharian di office pun, balik rumah masih bertenaga :)

Boleh main dengan riang gembira bersama anak-anak. Cuba bayangkan kalau kita penat. Bukan setakat tak main dengan anak, rasa nak marah anak-anak lagi adalah. Kesian kan mereka. Dah la dari pagi tunggu kita balik, bila kita balik pula kita marah-marah mereka. Kesiannyaaaaa......

Owh lagi satu berkenaan Alfalfa. Lupa pula nak beritahu. Alfalfa ini sangat elok untuk ibu-ibu yang mengalami masalah keputihan. Insyaallah boleh cure. Duit pun jimat tak perlu beli pantyliner

Ok, kita sambung berkenaan 4 item lain dalam next entri ye :)

--

Salam Sayang
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219S

Tuesday, November 29, 2016

TANDEM PUMPING DAN TANDEM NURSING PART II
Sebelum ini saya pernah menceritakan berkenaan tandem pumping di sini

Untuk entri kali ini, saya akan menceritakan berkenaan dengan Tandem Nursing. Entri pendek sahaja :)

Sedikit recall daripada entri sebelum ini, Tandem Nursing ialah situasi di mana ibu menyusukan kedua-dua anak dalam masa yang sama.

Siapa yang biasanya mengaplikasikan Tandem Nursing?

1. Ibu yang mempunyai dua orang anak dalam jarak yang dekat dan masih tidak mahu introduce formula milk kepada anak yang lebih besar

2. Ibu yang melahirkan anak kembar dua dan ke atas

Segalanya untukmu anak
Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah


Bagi ibu-ibu yang mengalami dua situasi di atas, anda boleh mengaplikasikan Tandem Nursing. Sama juga seperti Tandem Pumping, ibu boleh menggunakan Nursing pillow bagi mambantu  menyusukan kedua-dua anak serentak.

Sedikit perkongsian daripada pengalaman saya sendiri.Beza anak pertama dan kedua saya 3 tahun. Jadi sebelum anak kedua lahir, saya sudah 'wean off' kan anak sulong daripada susu ibu.

Cumanya sesekali datang juga keiginan dia untuk minum susu ibu. Jadi kalau masa itu saya sedang menyusukan anak kedua dan dalam masa yang sama anak sulong hendak juga susu ibu, saya akan buat Tandem Nursing.

Tapi jarang sangat bagi. Adalah dalam 2 kali je kot. Sebab kesian sangat. Tapi biasanya saya tak bagi pun. hahaha

Yang saya pernah buat, Tandem Nursing sambal baring. Mudah je. Sebab sorang dah setahun lebih, sorang lagi 4 tahun. Jadi pandai-pandai diorang lah nak panjat badan saya cari susu :)

Bagi ibu yang ada anak kembar, Tandem Nursing sangat membantu dalam mengelakkan stress dan dapat membantu anak-anak kenyang serentak (sekiranya ibu tidak mahu menggunakan susu formula).

Bila anak kembar itu disusukan serentak, jadi tiada la seorang menyusu dan seorang lagi menangis meraung macam kena dera. Jadi ibu lebih tenang dalam menyusukan dan dapat mengelakkan gangguan dan stress

Anak-anak pun, selain daripada mendapat manfaat susu ibu sepenuhnya, mereka juga akan kenyang serentak tanpa perlu salah seorang menangis meminta susu.

Ok, itu sahaja sharing saya untuk Tandem Nursing dan Tandem Pumping. Semoga bermanfaat untuk semua

---

Sekiranya anda mecari supplement penyusuan, boleh hubungi saya di no  yang diberikan :)

---

Salam Sayang
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp : +6010-4031219