Saturday, April 22, 2017

Pengalaman Penghidap Kanser Payudara
Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Doa saya semoga sahabat-sahabat yang membaca blog saya semuanya berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Kesihatan yang baik adalah satu nikmat dan anugerah yang terbesar lagi terindah buat kita semua. Andai kata nikmat ini ditarik, derita lah yang akan kita rasa.



Nikmat kesihatan yang Allah berikan kepada kita WAJIB untuk kita jaga dengan sebaiknya. Namun, ada sesetengah orang yang Allah uji dengan ujian kesihatan.

Antara ujian kesihatan yang diuji ialah apabila seseorang itu menghidap kanser. Ya Allah, bila sahaja mendengar yang doktor mengesahkan kita menghidap kanser, maka dalam kepala kita terbayang seakan-akan tiada lagi peluang untuk sembuh, tiada lagi peluang untuk hidup seperti sahabat-sahabat yang lain.

Namun demikian, percaya atau tidak, Allah sediakan penawar untuk semua penyakit yang Dia ciptakan melainkan mati. Hanya mati sahaja yang tiada penawar.

Oleh itu, apa sahaja penyakit yang kita hidapi, sentiada ada ikhtiar ke arah penyembuhan. Saya nak bagi satu contoh di sini, iaitu kanser payudara.

Klinikal study telah menunjukkan bahawa polyphenol dan resveratrol mampu untuk melawan kanser, seperti kanser payudara. Saya pernah kongsikan klinikal study mengenai kandungan resveratrol terhadap kanser payudara. Boleh bacanya di sini.

Resveratrol ini sangat powerful kerana ianya mampu untuk membaiki kerosakan daripada peringkat sel lagi. Kanser terjadi akibat sel yang rosak tidak mati dan terus berganda. Bila sel yang rosak ini berganda, ianya akan membentuk tumor, dan seterusnya membentuk kanser.

Oleh itu, bagi mereka yang menghidap kanser, seperti kanser payudara, maka sahabat-sahabat boleh ikhtiarkan dengan resveratrol. Vivix ialah supplement yang sangat kaya dengan polyphenol dan resveratrol yang telah dibuktikan mampu untuk melawan kanser. Kajian klinikal di atas telah membuktikan keberkesanannya, jadi Insyaallah ianya akan dapat membantu penderita kanser payudara.

Saya kongsikan di sini pengalaman seorang penghidap kanser payudara yang semakin sihat asbab Vivix.


Hidup ini ada sunnatullah dan saya percaya kepada sunnatullah. Apabila resveratrol telah dibuktikan secara saintifik mampu untuk membantu melawan kanser, maka Insyaallah ianya mampu untuk melawan kanser. Ikhtiar lah bersungguh-sungguh, doalah sepenuh hati, moga-moga Allah berikan jalan keluar kepada permasalahan kita :)

Sekian untuk entri hari ini. Insyaallah saya akan terus berkongsi perkara yang baik-baik dengan semua.

Kalau ada apa-apa nak tanya berkenaan Vivix boleh hubungi saya ya :)
--

Salam Sayang,
<3 p="">Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219

Thursday, March 9, 2017

Resveratrol Membantu Mengatasi Kanser: Kajian Klinikal ke atas Kanser Payudara
Assalamualaikum w.b.t

Sebelum ini saya ada mengupas berkenaan bagaimana kanser terjadi. Entri tersebut boleh dibaca di sini.

Untuk entri pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua, bagaimana resveratrol, iaitu bahan yang berfungsi sebagai anti oksidan, anti kanser, dan anti keradangan yang sangat baik untuk membantu pesakit kanser. Vivix salah satu makanan tambahan yang mengandungi resveratrol.


Info-info mengenai Vivix telah saya kongsikan pada entri-entri sebelum ini. Boleh baca di sini:

Kenapa Perlu Ambil Vivix?

Bahan Utama Dalam Vivix dan Manfaatnya

Apa Itu Polyphenol? Bagaiman Pula dengan Manfaatnya?

Vivix Melambatkan Penuaan Pada Tahap Selular

Atasi Kanser dengan Vivix

Secara ringkas, makanan tambahan Vivix ini mempunyai kandungan polyphenol dan resveratrol yang sangat tinggi, yang menjadikannya makanan tambahan yang sangat tinggi khasiatnya.

Salah satu kajian klinikal resveratrol dan kanser telah dijalankan bagi melihat keberkesanannya dalam mengatasi kanser payudara. Kajian ini telah diterbitkan dalam research paper yang bertajuk 'Resveratrol Induces Growth Inhibition and Apoptosis In Metastatic Breast Cancer Cells Via De Novo Ceramide Signalling' yang diterbitkan hasil kerjasama beberapa orang peneyelidik iaitu Scarlatti F, Sala G, Somenzi G, Signorelli P, Sacchi N, dan Ghidoni R.

Ini ialah keputusan kepada kajian yang dijalankan:


Graph A menunjukkan poliferation index bagi 5 sampel, iaitu sample kanser yang tidak mengambil resveratrol, dan 4 sample kanser seterusnya mengambil resveratrol dengan amount yang berlainan.

Keputusan menunjukkan bahawa tanpa pengambilan resveratrol, poliferation index sangat tinggi dalam tempoh 6 hari, manakala pengambilan resveratrol dengan amount yang tinggi tidak menunjukkan perubahan ketara untuk poliferation index daripada hari pertama hingga hari ke 6

Note: Poliferation index ialah pengukuran kepada pembahagian sel tumor. Lebih rendah poliferation index, lebih baik.

Graph B menunjukkan peratusan cancer cell viability yang semakin berkurang dengan pengambilan resveratrol dengan amount yang tinggi. Jika dibandingkan dengan cell viability bagi sample control, iaitu tanpa pengambilan resveratrol langsung, peratus cancer cell viability adalah sangat tinggi.

Note: Cell viability ialah kebolehupayaan untuk sel kanser itu bertahan. Semakin berkurang peratusan cell viability, semakin baik keadaan badan kita.

Graph C menunjukkan number of cancer colonies untuk 3 samples, dan ianya menunjukkan bahawa tanpa pengambilan resveratrol, number of cancer colonies sangat tinggi berbanding dengan pengambilan resveratrol dengan amount yang tinggi. 

Semakin rendah number of colonies semakin baik kerana ianya menunjukkan penurunan kepada koloni kanser. Tiada koloni kanser bermaksud anda sihat dan bebas daripada kanser.

Graph D menunjukkan perbandingan proses apoptosis apabila mengambil resveratrol dengan tidak mengambil resveratrol. Pengambilan resveratrol menunjukkan kadar apoptosis yang tinggi berbanding dengan sample control.

Note: Apoptosis ialah program kematian sel. Sel >> Tua >> Mati. Kitaran ini ialah kitaran normal untuk sel dan dinamakan apoptosis. Namun demikian, kanser terjadi adalah disebabkan proses apoposis ini tidak berlaku. Sel yang tua tidak mati, sebaliknya rosak dan berganda, yang akhirnya menyebabkan kanser. Sel >> Tua >> Tidak mati >> Berganda >> Kanser

Semakin tinggi peratusan apoptosis, semakin kurang kebarangkalian untuk menghidap kanser.

Itulah dia, keputusan klinikal study berkenaan resveratrol dengan kanser payudara. Sebagai kesimpulannya, resveratrol mampu bertindak sebagai bahan yang boleh menyokong kepada cancer prevention dan juga cancer treatment disebabkan 4 keputusan ini:

1. Resveratrol membantu menurunkan poliferation index
2. Resveratrol membantu menurunkan peratus cancer cell viability
3. Resveratrol membantu menurunkan number of cancer colonials
4. Resveratrol membantu meningkatkan apoptosis

Keputusan kajian di atas ialah kajian yang dilakukan ke atas resveratrol dengan sel kanser payudara. Insyaallah saya akan kongsikan keputusan ujian klinikal lain yang dilakukan ke atas beberapa penyakit kanser.

Apabila telah menghidap penyakit, kita sebagai hamba Allah sewajarnya berusaha dengan cara yang betul. Berusaha dengan rawatan ataupun makanan yang telah dibuktikan oleh sains mampu untuk menurunkan paras kanser. Insyaallah apabila kita berusaha dengan bijak dan percayakan sunnatullah, kita mempunyai peluang yang lebih besar untuk sembuh,


--

Salam Sayang
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219




Bagaimana Kanser Terjadi?
Pernah ada suatu hari, dalam beberapa tahun yang lepas, saya menziarahi ibu kepada kawan saya yang menghidap kanser (barah). Saya dah tak ingat lagi kanser apa yang ibu kawan saya hadapi, tetapi masih terbayang-bayang di mata saya kesakitan yang ibu nya terpaksa tanggung. 'Sakit' 'sakit' 'sakit'. Hanya itu yang kedengaran daripada bibir kering si ibu.

Ketika itu, ibunya sudah berada dalam keadaan kritikal sangat-sangat. Saudara mara pun sudah dimaklumkan berkenaan hal tersebut dan ramai yang datang melawat. Memang agak sedih suasana ketika itu. Namun Alhamdulillah saya melihat sahabat saya masih lagi mampu tersenyum di sebalik ujian getir yang beliau hadapi itu.

Kisah ini ialah kisah beberapa tahun yang lepas. Namun demikian, masih jelas terbayang diingatan saya rintihan dan kerutan kesakitan yang ibunya alami. Beberapa hari selepas itu, saya mendapat khabar bahawa ibu kepada sahabat saya ini telah kembali ke pangkuan Illahi. Al Fatihah.

Zaman kini, kanser seakan akan sudah sebati dalam masyarakat kita. Ianya adalah penyakit yang sangat bahaya, tetapi tersebar dengan agak meluas di zaman ini. Sangat menakutkan apabila seorang demi seorang yang kita kenal mati akibat kanser.

Entri kali ini saya ingin menulis sedikit berkenaan bagaimana kanser terjadi. Moga perkongsian ini memberi ilmu dan manfaat buat kita semua.

Setiap hari badan kita akan mengalami pembahagian sel. Proses kitaran sel yang sepatutnya ialah:

Sel >>> Tua >>> Mati >>> Diganti dengan sel baru

Proses normal ini dipanggil Apoptosis. Sel mengambil masa selama 21 hari untuk mati dan diganti dengan sel baru.


Namun begitu, apabila kitaran ini tidak berlaku dengan sempurna, kanser akan terjadi.

Sel >>> Tua >>> Tidak mati (Sel rosak) >>> Berganda >>> Kanser

Pada asalnya, sel rosak ini tidak berbahaya tetapi disebabkan adanya kerosakan pada sel, maka sel ini akan menduplikasikan diri tanpa henti. Berganda.

Semakin lama, sel rosak ini akan semakin membesar dan menjadi ketumbuhan, ataupun dipanggil tumor. Namun begitu, tumor masih belum dikategorikan sebagai kanser, bersifat localized, tidak berbahaya, dan ianya masih boleh dibuang melalui pembedahan.

Keadaan yang akan dikatakan sebagai kanser dan berbahaya ialah apabila sel ini berkembang dan menganggu susunan tisu dalam badan. Sel yang rosak ini juga semakin membesar dan memerlukan oksigen lalu menarik salur darah baru untuk terbentuk.

Salur  darah baru yang terbentuk akan meneybabkan sel sel yang rosak tersebut masuk ke dalam salur darah dan merebak ke kawasan - kawasan lain dalam badan dan merosakkannya. Bila kanser semakin merebak, lama kelamaan ianya akan merosakkan tisu, organ, dan seterusnya merosakkan sistem badan. Kanser yang terus berkembang akan menyebaban kematian.

Sebagai kesimpulan, boleh saya rumuskan di sini bahawa kanser terjadi apabila adanya penggandaan sel yang rosak sehingga ianya menjadi besar dan membentuk salur darah baru untuk membekalkan oksigen kepadanya. Sel kanser akan masuk ke dalam salur darah dan kemudian menyebarkan sel kanser ke selurih badan. Akibatnya, tisu akan rosak, organ akan rosak, sistem badan akan rosak, dan akhirnya menyebabkan kematian.

Oleh itu, kita perlu berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri daripada menjadi salah seorang penghidap kanser.

--

Salam Sayang
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219