Thursday, July 28, 2016

CAMERON HIGHLAND - SUPPLIMENT PERCUTIAN TERBAIK KELUARGA

Apa khabar sahabat-sahabat blogger semua? Moga Allah limpahkan kita semua dengan kesihatan yang terbaik dan moga kita sentiasa mensyukuri nikmatnya

Ok, hari ni Bonda nak sembang sikit pasal Cameron Highland (CH). CH ni memang antara tempat peranginan yang sangat top di Malaysia, dan terletak di Negeri Pahang. Untuk ke CH, jalannya memang berliku. Tapi sekiranya anda dari Simpang Pulai, Perak, jalan likunya kurang sedikit dibandingkan dengan perjalanan dari Tapah.

Bonda dulunya buat Master dan First degree di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Tronoh, Perak. Jadinya agak lama juga Bonda di sana. Lebih kurang 7 tahun. Sewaktu buat Master, Bonda sewa rumah yang berdekatan dengan UTP. Tak jauh, dalam 10 minit driving je.

Ok, nak dipendekkan cerita, siapa yang pernah atau sedang duduk di Tronoh ni memang tahu la tahap kepanasannya. Nak cakap betapa panasnya Tronoh ni sampai baby Bonda tak boleh tidur siang. Asik nangis....nangis....nangis. Sian sangat kat dia. sobss..sobsss....

Disebabkan cuaca yang sangat panas di Tronoh....itu yang menyebabkan Bonda sekeluarga suka sangat ke CH. At least dapat juga la rasa suasana sejuk even time weekend je pun. Dan nak jadikan cerita lagi, setiap kali Bonda bawa baby ke CH, memang dia tidur sunggu-sungguh..hehe..hehe... Balas dendam sebab tak dapat tidur di rumah kat Tronoh tu...huhu....

Ni la baby saya. Skang dah 4 tahun. Kat CH memang tidur je kejenaya
Biasanya tempat yang kami wajib lawat bila datang CH ni ialah:

1. Big Red Strawberry Farm

Lokasinya di Brinchang. Worth sangat pergi sini sebab bukan hanya ada ladang strawberry, tetapi ada sayuar-sayuran seperti salad dan kubis, ada cactus dan ada banyak bunga-bungaan sepertinya bunga mawar. Tapi kalau nak naik ke sini mencabar sikit. Jalannya agak curam. Memang ada kereta yang stuck kat tengah-tengah naik naik tu dan sampai hangit.

2. Boh Tea Plantation, Sungei Palas.

Siapa pernah tengok cerita Ombak Rindu? Cerita yang hot juga la dulu, dibintangi oleh artis terkenal seperti AARON AZIZ, MAYA KARIN, dan LISA SURIHANI. Ada satu part tu, diorang shooting kat sini.Pemandangan ladang teh kat sini memang cantik sangat dan rasa segar. Tapi kan, perjalanan dari simpang nak masuk ke Sg Palas ni, sampai la ke tempatnya, fuuhhh, sangat mencabar. Jalan sempit, berliku, dan banyak kereta. Kalau nak pergi ke sini kena pergi dengan someone yang expert drive atau anda yakinkan je la diri boleh drive. hehehe. Tapi, serius, berbaloi pergi.

3. Pasar Malam

Yang ni memang biasanya bagi sesiapa yang datang CH wajib pergi. Lokasinya di Brinchang. Makanan yang Bonda biasanya beli di sini macam jagung dan cendawan goreng. Selebihnya suka jalan-jalan, ambik angin sambil tengok ragam manusia..hehehe...

Ok, 3 atas ni memang tempat yang Bonda wajib pergi bila pergi ke CH. Bonda dah penah pergi CH ni dari kecil lagi, tak silap umur 8 ke 10 tahun. Mula-mula pergi dulu memang la semua tempat nak pergi kan. Tapi bila dah selalu sangat pergi, Bonda prefer pergi 3 tempat atas ni, dan yang lain rehat je kat hotel...hehehe...

Antara tempat lain yang best di CH ialah Bee Farm, Ladang Lavendar, Kedai Cenderhati, Ladang ros, Taman Agroteknologi Mardi, dan lain-lain lagi.
Ladang Lavendar
Kalau siapa-siapa nak lari sekejap dari cuaca panas terik, boleh la pergi ke CH. Tapi kan, agak sedih juga bila dalam tahun lepas sy ke CH, cuacanya tak sesejuk dulu. Terlalu banyak construction :( Tapi CH masih lagi among the best suppliment untuk keluarga,

--------------------------------------||

kalau Mommies di luar sana tak sempat ke CH untuk makan stratwberi yang kaya dengan Vitamin C, boleh la minta pandangan Bonda tentang nutrisi alternatif kepada strawberi yang segar ni. 

Boleh WhatsApp Bonda terus ye :)

WhatsApp Bonda: 
+60104031219
Facebook Bonda: 
https://www.facebook.com/FITBONDA
Previous Post
First

post written by:

0 comments: