Tuesday, August 30, 2016

SAKIT-SAKIT PINGGANG KETIKA MENGANDUNG

Assalamualaikum

Ada tak ibu-ibu di sini yang selalu rasa sakit pinggang terutamanya bila kandungan semakin membesar? Sakit-sakit pinggang ni situasi yang banyak dihidapi oleh ibu mengandung.

Kenapa boleh rasa sakit-sakit pinggang? Antaranya kekurangan kalsium.

Bagaimana kalsium ibu boleh kurang? Kalsium diperlukan dalam pembentukan bayi. Sekiranya ibu-ibu tidak mengambil kalsium yang cukup untuk membantu pembentukan bayi, maka kalsium ibu sendiri yang akan diambil. Maka disitulah terjadinya kekurangan kalsium pada ibu :(

Untuk jangka masa pendek, mungkin ibu-ibu hanya rasa sakit pinggang sahaja. Tapi semakin meningkat usia nanti, dikhuatiri akan terjadinya kerapuhan tulang disebabkan kekurangan kalsium.

Ibu-ibu mesti mengimpikan dapat beribadah dengan cergas dan sihat di zaman tua nanti,  sama macam zaman kita muda-muda kan. Tapi kalau dari muda pemakanan tidak dijaga, kalsium intake tidak diambil berat, agak-agak boleh kekal cergas ke di hari tua nanti?


Ok. saya nak share sumber kalsium


  • Susu

  • Keju


  • Yogurt


  • Sayuran hijau

  • Oatmeal
  • Tofu
  • Kacang almond
  • Pisang
Senarai di atas ialah antara sumber kalsium yang boleh diperoleh dengan mudah. Kalau ibu-ibu search, banyak lagi sebenarnya sumber kalisum yang boleh kita dapat :)

Cara lain bagi mendapatkan keperluan kalisum ialah melalui supplement. Cumanya ibu-ibu WAJIB memastikan kandungan supplement yang diambil itu bukan sahaja mengandungi kalsium tetapi mengandungi juga agent-agent yang membantu dalam penyerapan kalsium seperti magnesium dan Vitamin D.


Whatsapp Bonda:
+6010-4031219
Facebook Bonda:
https://www.facebook.com/FITBONDA 



Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: