Friday, October 14, 2016


'Masalah stres kelihatan agak remeh tetapi besar impaknya kepada sesiapa yang mengalami. Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, masalah stres dikatakan tidak akan mengurangkan bekalan susu yang dihasilkan namun sekiranya ibu berasa sangat stres dan mengganggu kekerapan menyusukan bayi, ini akan mengurangkan bekalan susu ibu buat sementara.
Payu dara ibu menghasilkan susu mengikut permintaan bayi. Sekiranya penyusuan terganggu kerana apa sahaja puncanya dan bayi pula tidak menyusu seperti rutinnya, susu yang dihasilkan akan automatik berkurangan.
Jangan jadikan masalah stres yang anda sedang hadapi sebagai punca berkurangan kekerapan menyusukan bayi. Ini akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Sebaiknya terus susukan bayi sekerap dan selama mana yang dia kehendaki untuk meningkatkan bekalan susu ibu' - Pa&Ma Magazine

Fasa menyusukan bayi sepatutnya menjadi fasa yang sangat seronok antara ibu dan bayi. Penyusuan ibu akan membantu mengeratkan ikatan antara ibu dan anak.

 Namun, mengapa fasa yang sepatutnya seronok ini bertukar menjadi satu tekanan dan tidak lagi menyeronokkan?
Terdapat banyak faktor yang telah dibincangkan, tetapi saya hanya ingin menyentuh kepada dua faktor sahaja iaitu TIADA SOKONGAN dan juga TIADA KEYAKINAN DIRI
FAKTOR 1: TIADA SOKONGAN
Ramai yang ambil enteng berkenaan memberi sokongan ini termasuklah suami, keluarga, dan rakan-rakan yang terdekat. Golongan ini biasanya tiada pendedahan tentang susu ibu, menyebabkan mereka tidak faham mengapa si ibu beriya sangat hendak menysukan bayi dengan susu ibu sahaja.
Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan bayi, mereka dalam keadaan yang lemah dan badan masih sakit-sakit. Namun begitu, mereka masih gigih dan gagah hendak menyusukan bayi dengan susu mereka sendiri. Di sinilah pentingnya sokongan daripada kelaurga terdekat terutamanya suami. Bantu isteri untuk meyusukan bayi terutamanya kepada first time mother. Mengahadapi masalah dalam penyusuan adalah satu perkara yang biasa namun boleh diatasi.
Perlu kita fahami bahawa kesedaran untuk meyusukan bayi semakin tinggi dalam kalangan ibu-ibu. Jadi setelah disahkan sahaja hamil, ibu-ibu akan mula membaca mengenai penyususan. Semua perkara dicarinya. Daripada khasiat susu ibu, bagaimana untuk menyusukan bayi, pengurusan EBM, pam susu yang terbaik dan sebaginya. Ibu-ibu kebiasaannya sudah ada mind setting untuk menyusukan anak selama 2 tahun
Jadi, apabila di pihak ibu yang mempunyai segala maklumat dan ilmu berkenaan penyusuan dan di pihak satu lagi tidak mempunyai ilmu (boleh jadi suami, ibu dan ayah kandung, ibu da ayah mertua, adik-beradik, saudara-mara, rakan-rakan), perkara ini boleh menimbulkan konflik dan seterusnya menyebabkan si ibu dipaksa memberikan susu formula kepada bayi yang baru lahir.
Situasi ini benar-benar akan memberikan tekanan kepada ibu-ibu. Cuba anda bayangkan. Ibu-ibu telah mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan, sudah bertekad untuk menyusukan bayi selama dua tahun, tiba-tiba ada suara-suara lain yang memperkecilkan usaha ibu-ibu itu. Ada suara-suara lain yang menyuruh campur sahaja dengan susu formula disaat bayi baru sahaja lahir. Jadi ini akan memberikan satu BEBANAN TEKANAN PERASAAN kepada ibu.
Dan yang menjadikannya lebih teruk, emosi yang tidak stabil ini akan mempengaruhi penghasilan susu. Susu semakin berkurang dan ibu terus stress. Apa akibatnya? Bagi ibu yang lebih tabah mereka akan cuba sedaya upaya untuk bertenang dan terus menyusukan bayi. Namun, bagi ibu yang tidak dapat menenangkan diri, ibu itu akan mudah mengalah dan memberikan susu formula kepada anak.

Percayalah. Seorang ibu itu pasti rasa sangat sedih bila terpaksa memberikan susu formula kepada anaknya. Bukan kerana susu formula itu tidak baik, cuma naluri seorang ibu itu mahu memberikan sesuatu yang LEBIH BAIK kepada anaknya. Sekiranya kita tidak mampu untuk memberi pertolongan kepada ibu-ibu ini seperti menolong dari segi memberi tips penyusuan, janganlah pula kita memberi tekanan kepada ibu-ibu ini. Sokonglah mereka atau paling tidak pun hanya berdiam diri. Kata-kata yang menyakitkan itu akan menjejaskan emosi ibu
Kesimpulannya, tiada sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan terdekat ialah disebabkan tiada ilmu. Jadi penting untuk ibu-ibu memberikan pendedahan penyusuan ibu kepada keluarga terdekat terutamanya suami. Sekurang-kurangnya, di saat semua orang sudah mula mengarahkan si ibu untuk memberi susu formula kepada bayi, ada suami yang akan mempertahankan dan mematahkan hujah mereka. Isteri akan rasa lebih dihargai dan lebih tenang sekiranya suaminya sendiri yang mempertahankan prinsipnya. Insyaallah dengan sokongan yang baik, dapat membantu ibu untuk lebih tenang, mengelakkan stress, dan seterusnya dapat menjayakan penyusuan selama dua tahun. Insyaallah :)
Nota: Saya sesekali tidak memandang negatif bagi ibu-ibu yang memberikan anak susu formula kerana tiada salahnya memberikan susu formula kepada anak. Saya juga yakin dan percaya keputusan untuk memberikan susu formula kepada anak bukan satu keputusan yang mudah bagi ibu. Namun disebabkan beberapa faktor luaran, ibu-ibu terpaksa untuk menyusukan anak dengan susu formula. 
Cuma apa yang ingin saya tekankan ialah bila mana punca pemberian susu formula itu adalah disebabkan keadaan sekeliling yang menekan, dan tiada nya sokongan daripada keluarga terdekat ianya merupakan perkara yang sangat menegcewakan.


---
Untuk next entri saya akan masuk kepada faktor kedua. :)
--
Sekiranya ibu-ibu mempunyai masalah penyusuan dan ingin mencari seseorang untuk meluahkan rasa, ibu-ibu boleh hubungi saya. Insyaallah saya boleh memahami ibu-ibu kerana saya juga seorang ibu seperti anda :)
--
Salam Sayang,
Madam Syuhaidah 
WhatsApp: 010-4031219


Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: