Saturday, October 15, 2016

Assalamualaikum semua.

Sebelum ini saya ada menulis berkenaan faktor pertama yang menyebabkan ibu stress untuk menyusukan bayi sendiri. Faktor yang pertama itu ialah TIADA SOKONGAN. Boleh baca artikel penuh di sini:

Untuk entri kali ini, saya henak sambung untuk faktor kedua yang menyebabkan gangguan emosi ibu iaitu TIADA KEYAKINAN.

  • Ibu-ibu tidak yakin susu yang  dihasilkan cukup. 
  • Ibu-ibu tidak yakin yang bayinya kenyang selepas minumsusu ibu
  • Ibu-ibu sendiri tidak yakin yang ibu-ibu mampu menyusukan bayi sekurang-kurangnya secara eksklusif untuk 6 bulan pertama dan penyusuan diteruskan sehingga ke dua tahun.

Bilamana ibu sudah mula tidak yakin, ragu-ragu dengan kuantiti susu yang dihasilksn, ibu-ibu mula rasa stress. Strees ini pula akan menganggu penghasilan susu.

Pada awalnya, ianya hanya disebabkan ketidakyakinan, namun lama-kelamaan stress yang terhasil ini menganggu penghasilan susu ibu.

Ibu-ibu, Insyaallah susu yang ibu-ibu hasilkan cukup untuk anak ibu-ibu. Bagi ibu-ibu yang rasa dadanya tidak berat (tak banyak susu) di awal-awal kelahiran, itu perkara biasa, kerana penghasilan susu sangat bergantung kepada konsep 'demand and supply'.

Untuk bayi yang baru lahir perut mereka sebesar lebih kurang buah ceri sahaja. Kecil je kan. Sebab itu ibu-ibu akan rasa dada ibu-ibu tidak berat dengan susu. Sebab bayi yang baru lahir hanya memerlukan 1-1.4 sudu teh sahaja. Kemudain hari ketiga sebesar kacang walnut shaja. Masih lagi saiz yang kecil. Tidak besar.



Kesimpulannya, ibu-ibu perlu ada keyakinan bahawa susu yang dihasilkan cukup untuk bayi ibu-ibu. Atau kalau ibu-ibu masih rasa kurang yakin dengan susu yang dihasilkan, ibu-ibu bole cuba untuk menggunakan milk booster dahulu sebelum membuat keputusan untuk campur dengan susu formula.

Selamat menyusukan bayi ibu-ibu hebat. Saya tahu anda BOLEH. Terus YAKIN dan YAKIN dan YAKIN :)

--

Salam Sayang,
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: 010-4031219


Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: