Wednesday, September 28, 2016

Assalamualaikum semua.

Moga sihat-sihat sahaja hendaknya.

Ok, hari ini saya hendak ceritakan pengalaman penyusuan saya setelah setahun lebih menyusukan Musfirah Nahilah

Untuk Musfirah, awal-awal lagi saya sudah target untuk susukan dia sehingga 2 tahun. Tapi untuk tidak menjadi terlalu stress, saya tetapkan dahulu target saya. Saya pecahkan target saya kepada 4 fasa iaitu:

1. 6 bulan pertama
2. 6 bulan sehingga satu tahun
3. 1 tahun sehingga 1 setengah tahun
4. 1 setengah tahun hingga ke dua tahun.

Jadi seteleah lahir sahaja Musfirah , saya terus target untuk susukan Musfirah selama 6 bulan dahulu. Alhamdulillah. Misi berjaya dengan jayanya. :)

Kemudian saya beralih pula kepada target kedua. Susukan Musfirah sehingga 1 tahun. Alhamdulillah perjalanan penyusuan berjalan lancar sehinggalah beberapa minggu sebelum Musfirah berumur setahun.

Susu saya mula 'drop'. Untuk Musfirah, dia hanya memerlukan 8 ke 9 oz sahaja sehari semenjak dia sudah boleh makan. Biasanya Alhamdulillah saya dapat memenuhi keperluan itu. Namun beberapa minggu sebelum Musfirah setahun, susu yang saya dapat berikan hanya 5 ke 6 oz sahaja. Jadi Musfirah tidak cukup dalam 3 ke 4 oz.

Mula-mula saya bertahan juga tidak mahu berikan Musfirah susu formula. Saya cuba balik awal untuk susukan Musfirah. Tapi bila saya balik, awal, saya tidak dapat hendak siapkan kerja saya.

Jadi saya pun pergi ke kedai untuk beli susu formula. Mukhlis sekarang ni minum Anmum, jadi saya ingatkan hendak beli Anmum juga untuk Musfirah. Bila tengok harga susu Anmum kotak 600 g itu untuk langkah 1, hendak tersedak pun ada. Sebab saya terlupa yang makin muda umur bayi, semakin mahal susu.

Tapi apa hendak buat? Saya kena beli juga susu itu. Tapi saya tidak ambil yang 600 g. Ambil yang 200 g sahaja. Lebih murah. Dan satu lagi sebab saya ambil kotak kecil ialah hendak memotivasikan diri saya untuk tidak bergantung pada susu formula.

Sebelum ini saya tidak pernah guna apa-apa milk booster pun. Maklumlah, susu cukup sentiasa, jadi tiada rasa perlu untuk ambil milk booster. Tetapi apabila sudah jadi macam ini, terasa sangat perlu untuk mencari milk booster.

Jadi saya pun minum ESP. Waktu itu entah kenapa asik fikir ESP sahaja. Padahal boleh sahaja hendak mulakan dengan Alfalfa dahulu. Alfalfa ni memang membantu untuk merangsang kalenjar susu. Harganya pun lebih murah daripada ESP. Tapi entah macam mana, masa itu asik terfikir ESP, jadi saya mulakan dengan ESP sebagai milk booster saya.

Hari pertama saya minum, saya jangkakan hasil pam susu saya akan kembali normal. Dapat 8 ke 9 oz. Tapi tahu tak, betapa kecewanya saya sebab susu yang dihasilkan masih juga sama. Dalam 5 ke 6 oz. Hari kedua pun sama. Hari ketiga pun sama.

Baru 3 hari sahaja minum, saya sudah ambil kesimpulan yang ESP bukan milk booster saya. Jadi saya pun hendak cuba Alfalfa. Tetapi sementara hendak tunggu Alfalfa sampai, saya masih teruskan dengan ESP.

Tapi kan, tiba-tiba sahaja, dalam masa seminggu selepas saya minum ESP, susu saya jadi banyak semula . Alhamdulillah saya gembira sangat-sangat. Tapi kali ini saya lebih bersabar. Tidak mahu tergopoh-gapah dalam membuat kesimpulan. Hari seterusnya saya dapat hasil yang sama, Sekali pam dah dapat 8 ke 9 oz. Dan hari seterusnya saya masih lagi membuat pemerhatian. Hasilnya tetap sama. Dan Alhamdulillah sehingga sekarang saya dapat kekalkan penghasilan susu (sekarang ini sudah makan bersama Alfalfa).

Alhamdulillah sekarang Musfirah sudah minum susu ibu sepenuhnya. Susu formula hari itu sudah tidak digunakan lagi. Masa yang saya tidak cukup susu hari tu, ada dalam 3 kali Musfirah minum susu formula.

Nampak tidak di situ teman-teman? Ada antara kita (termasuk saya lah itu) apabila makan sahaja supplement terus harapkan keajaiban berlaku dalam sekelip mata. Tapi kita perlu sedar, metabolisma dan bagaimana badan kita bertindak tidak sama antara satu dengan yang lain. Ada orang yang hari ini makan, esok sudah nampaka kesan, Ada orang mungkin ambil masa seminggu (macam kes saya). Ada orang mungkin yang ambil masa lebih panjang daripada itu.

Tapi teman-teman jangan risau. Teruskan sahaja pengambilan supplement Shaklee ini. Cepat atau lambat kesannya sangat bergantung kepada badan kita. Apa yang penting ialah kita teruskan makan supplement itu dan pastikan untuk terus konsisten. Insyaallah kesannya akan datang juga. Percaya kepada sunnatullah. Makanan yang baik akan WAJIB berikan kesan yang baik kepada badan kita :)
Dan semestinya dengan izin Allah :)

--

Saya buka peluang untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai ESP dan Alfalfa sebagai milk booster. Ataupun supplement lain yang berkaitan dengan kesihatan teman-teman.

--

Salam Sayang,
Madam Syuhaidah - FIT BONDA
WhatsApp: +6010-4031219

Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: