Thursday, March 9, 2017

Bagaimana Kanser Terjadi?

Pernah ada suatu hari, dalam beberapa tahun yang lepas, saya menziarahi ibu kepada kawan saya yang menghidap kanser (barah). Saya dah tak ingat lagi kanser apa yang ibu kawan saya hadapi, tetapi masih terbayang-bayang di mata saya kesakitan yang ibu nya terpaksa tanggung. 'Sakit' 'sakit' 'sakit'. Hanya itu yang kedengaran daripada bibir kering si ibu.

Ketika itu, ibunya sudah berada dalam keadaan kritikal sangat-sangat. Saudara mara pun sudah dimaklumkan berkenaan hal tersebut dan ramai yang datang melawat. Memang agak sedih suasana ketika itu. Namun Alhamdulillah saya melihat sahabat saya masih lagi mampu tersenyum di sebalik ujian getir yang beliau hadapi itu.

Kisah ini ialah kisah beberapa tahun yang lepas. Namun demikian, masih jelas terbayang diingatan saya rintihan dan kerutan kesakitan yang ibunya alami. Beberapa hari selepas itu, saya mendapat khabar bahawa ibu kepada sahabat saya ini telah kembali ke pangkuan Illahi. Al Fatihah.

Zaman kini, kanser seakan akan sudah sebati dalam masyarakat kita. Ianya adalah penyakit yang sangat bahaya, tetapi tersebar dengan agak meluas di zaman ini. Sangat menakutkan apabila seorang demi seorang yang kita kenal mati akibat kanser.

Entri kali ini saya ingin menulis sedikit berkenaan bagaimana kanser terjadi. Moga perkongsian ini memberi ilmu dan manfaat buat kita semua.

Setiap hari badan kita akan mengalami pembahagian sel. Proses kitaran sel yang sepatutnya ialah:

Sel >>> Tua >>> Mati >>> Diganti dengan sel baru

Proses normal ini dipanggil Apoptosis. Sel mengambil masa selama 21 hari untuk mati dan diganti dengan sel baru.


Namun begitu, apabila kitaran ini tidak berlaku dengan sempurna, kanser akan terjadi.

Sel >>> Tua >>> Tidak mati (Sel rosak) >>> Berganda >>> Kanser

Pada asalnya, sel rosak ini tidak berbahaya tetapi disebabkan adanya kerosakan pada sel, maka sel ini akan menduplikasikan diri tanpa henti. Berganda.

Semakin lama, sel rosak ini akan semakin membesar dan menjadi ketumbuhan, ataupun dipanggil tumor. Namun begitu, tumor masih belum dikategorikan sebagai kanser, bersifat localized, tidak berbahaya, dan ianya masih boleh dibuang melalui pembedahan.

Keadaan yang akan dikatakan sebagai kanser dan berbahaya ialah apabila sel ini berkembang dan menganggu susunan tisu dalam badan. Sel yang rosak ini juga semakin membesar dan memerlukan oksigen lalu menarik salur darah baru untuk terbentuk.

Salur  darah baru yang terbentuk akan meneybabkan sel sel yang rosak tersebut masuk ke dalam salur darah dan merebak ke kawasan - kawasan lain dalam badan dan merosakkannya. Bila kanser semakin merebak, lama kelamaan ianya akan merosakkan tisu, organ, dan seterusnya merosakkan sistem badan. Kanser yang terus berkembang akan menyebaban kematian.

Sebagai kesimpulan, boleh saya rumuskan di sini bahawa kanser terjadi apabila adanya penggandaan sel yang rosak sehingga ianya menjadi besar dan membentuk salur darah baru untuk membekalkan oksigen kepadanya. Sel kanser akan masuk ke dalam salur darah dan kemudian menyebarkan sel kanser ke selurih badan. Akibatnya, tisu akan rosak, organ akan rosak, sistem badan akan rosak, dan akhirnya menyebabkan kematian.

Oleh itu, kita perlu berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri daripada menjadi salah seorang penghidap kanser.

--

Salam Sayang
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: