Tuesday, March 14, 2017

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Ramai antara kita yang mengambil ringan dan mengambil mudah dengan keperluan kalsium dalam badan. Sebab apa? Sebab masih muda, rasa sihat dan bertenaga. Tidak rasa sakit-sakit. Tidak percaya kepada keadaan tulang yang akan semakin rapuh apabila kita semakin tua.


Cuba kita tengok sekeliling kita. Tengok kepada keadaan orang-orang tua di sekitar kita. Bagaimana keadaan mereka?

  • Berdiri tegak atau bongkok?
  • Jalan dengan laju atau jalan perlahan akibat sakit lutut dan pinggang?
  • Berlari cergas dengan cucu-cucu atau terbaring akibat osteoporosis?

Kalau melihat mereka ialah orang tua yang cergas dan tegak berdiri, kita tidak mahu jadi begitukah?



Kalau tengok mereka membongkok, sakit pinggang, jalan perlahan, kita mahu jadi begitukah?



Kita pun suatu hari nanti akan tua. Kita ada dua pilihan. Sama ada untuk menjadi orang tua yang sihat dan terus bermanfaat kepada diri sendiri, keluarga, dan masyarakat, atau menjadi orang tua yang terlantar di katil dek kerapuhan tulang?


Di sini saya kongsikan KEPERLUAN KALSIUM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


  • Umur 1 - 3 tahun : 700 mg setiap hari
  • Umur 4 - 8 tahun : 1000 mg setiap hari
  • Umur 9 - 18 tahun : 1300 mg setiap hari
  • Umur 19 - 50 tahun : 1000 mg setiap hari
  • Umur 50 - 70 tahun: Lelaki : 1000 mg setiap hari, Wanita 1200 mg setiap hari
  • Umur 71 ke atas : 1200 mg setiap hari

Mereka yang mengandung dan menyusukan anak : 1000 mg setiap hari

Secara purata, sehari kita memerlukan 1000 mg sehari. Anda ambil berapa mg sehari?


TAHUKAH ANDA?

Bahawa penyerapan dan penyimpanan kalsium ke dalam tulang hanya akan berlaku daripada umur 20 hingga 30 tahun?

Selepas itu, kalsium tidak lagi disimpan ke dalan tulang. Kalsium akan diserap dan terus digunakan, tanpa disimpan ke dalam tulang.

Jadi, bagi mereka yang belum melepasi umur 30 tahun, ambil peluang untuk menyimpan sebanyak mungkin kalsium dalam tulang agar tulang menjadi padat dan tidak mudah rapuh.

Selepas umur 30, anda kena pastikan bahawa setiap hari anda ambil paling kurang 1000 mg kalsium. Kerana sekiranya tidak, kalsium yang tersimpan di dalam tulang akan digunakan bagi menjalankan proses di dalam badan.

Cuba anda bayangkan. Hari ini anda hanya ambil 900 mg kalsium, Anda kurang 100 mg kalsium. Maka, 100 mg kalsium ini akan diambil daripada simpanan di dalam tulang tadi. Kalau 10 hari kurang 100 mg, sudah 1000 mg. Kalau setahun? Kalau 20 tahun? Bagaimana agaknya keadaan tulang anda?

Jangan anda harapkan keadaan tulang yang padat dan kuat sedangkan setiap hari anda tak pernah ambil atau topup kalsium. Tidak kesian ke pada tulang yang semakin rapuh? Tidak kesian ke pada diri sendiri yang akan menderita nanti?

Kesan yang paling ketara akibat kekurangan kalsium ialah Osteoporosis. Osteoporosis ialah penyakit yang akan menyebabkan penderitanya memiliki tulang yang sangat lemah dan rapuh. Tulang yang rapuh ini akan menyebabkan penderitanya mudah patah tulang apabila terjatuh, dan mudah untuk bongkok apabila sudah tua.

Osteopososis berlaku dalam diam. Ada antara kita tidak sedar pun yang mereka sedang  menghidapi Osteoporosis. Tahu-tahu sahaja bila dah tua, dikenalpasti sebagai pesakit Osteoporosis disebabkan gejala-gejala berikut:

1. Rasa sakit di bahagian punggung yang sangat kuat sehingga sampai ke tulang belakang.

2. Postur tubuh dilihat lebih rendah

3. Sering mudah patah tulang.

Oleh itu, sebelum kita menjadi salah seorang penghidap Osteoporosis, sila pastikan pengambilan kalsium yang cukup daripada usia muda ini sehingga ke akhir usia.


MAKANAN DAN MINUMAN YANG TINGGI KALSIUM

1. Susu

2. Keju

3. Yougurt

4. Brokoli

5. Kekacang seperti kacang almond

6. Tauhu

7. Otameal

8. Bayam

9. Lobak

10. Pisang


Terlalu banyak makanan yang ada kandungan kalsium dan mudah untuk didapati di mana-mana. Cuma, persoalannya di sini ialah, adakah kita pasti bahawa kandungan kalsium dalam makanan yang kita makan itu cukup 1000 mg? Atau kita tidak pernah kira pun sebab kita tidak pernah ambil tahu?

Cara yang mudah untuk menyukat kalsium ialah dengan mengambil makanan yang ada label nilai kalsium pada makanan itu. Saya bagi contoh, iaitu susu Dutch Lady 200 ml. Dalam susu kotak ini mengandungi 240 mg kalsium untu satu hidangan. Maksudnya kalau minum habis 200 ml susu ini, akan dapa 240 mg kalsium.


Jadi, untuk mencukupkan nilai kalsium dalam badan iaitu 1000 mg, perlukan kepada 4 kotak susu lebih. Bagi penggemar tegar susu, Insyaallah 4 kotak susu bukanlah satu masalah yang besar. Namun bagi mereka yang sentiasa rasa loya apabila menelan susu ataupun bukanlah penggemar susu yang tegar, 4 kotak susu sehari merupakan masalah yang sangat besar.

Oleh itu, bagi memastikan kepeluan kalsium yang cukup dalam badan, pengambilan supplement merupakan satu jalan yang lebih mudah dan cepat. Mudah untuk mengira kecukupan kalsium dan juga mudah untuk dimakan.

Namun AWAS!!!. Bukan semua supplement kalsium yang ada di pasaran baik untuk badan kerana bukan semua suuplement kalsium mampu untuk menyerap kalsium secara OPTIMUM dan menghantar kalsium ke tempat yang diperlukan. Apa yang jadi kalau kalsium lebih dalam badan? Akan menyebabkan BATU KARANG.

Jadi rakan-rakan, bagi memastikan kita memilih supplement kalsium yang tepat, sila pastikan bahawa supplement kalsium itu ada kajian klinikal yang menunjukkan bahawa kalsium digunakan sepenuhnya oleh badan dan tiada lebihan kalsium dikesan selepas satu jangka masa yang tertentu.

Antara supplement kalsium yang mempunyai kajian klinikal ialah OSTEMATRIX. Graf di bawah menunjukkan keputusan kepada kajian klinikal untuk Ostematrix.


4 jam yang pertama - Kandungan kalsium dalam darah meningkat disebabkan kalsium baru sahaja diambil

Daripada jam ke 4 sehingga jam ke 12, kandungan kalsium dalam darah semakin menurun disebabkan kalsium digunakan sepenuhnya oleh tubuh badan kita. Antara tempat yang sangat kritikal memerlukan kalsium ialah seperti tulang, jantung, dan otot.

Oleh yang demikian, perlu untuk kita pastikan bahawa supplement kalsium yang kita gunakan adalah SELAMAT dan tidak memberi kesan yang TIDAK BAIK untuk jangka masa yang panjang. Pengambilan Ostematrix sebagai supplement kalsium adalah sangat baik kerana kajian klinikal menunjukkan bahawa kalsium diserap dan digunakan sepenuhnya oleh badan dalam tempuh 12 jam tanpa meninggalkan lebihan kalsium yang akan menyebabkan batu karang.


MENGAPA PENGAMBILAN SUPPLEMENT KALSIUM OSTEMATRIX TIDAK MENYEBABKAN LEBIHAN KALSIUM DALAM BADAN?

Kerana Ostematrix bukan supplement yang mengandungi kalsium sahaja, tetapi mengandungi semua Vitamin dan Mineral yang diperlukan oleh badan bagi membantu pneyerapan kalsium dengan OPTIMUM dan membantu untuk mengagihkan kalsium dalam tubuh badan secara efektif tanpa meninggalkan lebihan kalsium.



OSTEMATRIX, SUPPLEMET MAMPU MILIK

Ostematrix merupakan supplement yang sangat penting  dan baik untuk diamalkan daripada sekarang sekiranya ingin mengelakkan kerapuhan tulang di hari tua.

Sebiji Ostematrix berharga lebih kurang RM 0.50 dan membekalkan 250 mg kalsium. Untuk mendapatkan 1000 mg kalsium, maka memerlukan 4 biji caplets untuk diambil setiap hari. 4 biji caplest ini bersamaan RM 2.00. MURAH kan!!

Apalah sangat RM 2.00 sehari untuk kesihatan kita yang berpanjangan. Apalah sangat RM 2.00 sehari sebagai usaha untuk mencegah osteoporosis di hari tua. Apalah sangat RM 2.00 sehari bagi memastikan kita kekal kuat dan cergas di hari tua, bukannya terlantar di katil akibat kerapuhan tulang, Insyaallah.

Kalau nak dibandingkan dengan susu kotak Dutch Lady 200 ml, Ostematrix sangat MAMPU MILIK!. 4 kotak Dutch Lady 200 ml baru ada 960 mg kalsium, tak cukup lagi pun 1000 mg. Sekotak Dutch Lady 200 ml lebih kurang RM 2.00. 4 kotak dah RM 8.00. Berganda-ganda MAHAL daripada Ostematrix.



Saya sangat suka untuk mempromosikan kesihatan tulang sebab saya melihat ramai nenek-nenek dan atuk-atuk yang ada masalah kerapuhan tulang, masalah sakit lutut, masalah solat secara duduk, masalah tidak dapat hidup dengan cergas, dan banyak lagi.

Sangat kasihan melihat kondisi mereka yang tidak begitu baik. Sebab itu saya suka sangat berbicara mengenai kesihatan tulang ini. Supaya memberi kesedaran kepada kita semua bahawa Osteoporosis BOLEH DICEGAH sekiranya kita mengambil sikap prihatain kepada kesihatan diri kita dari awal lagi.

Ok, itu sahaja untuk entri kali ini. Sekiranya da apa-apa pertanyaan berkenaan Ostematrix ataupun apa-apa persoalan berkaitan dengan tulang dan kalsium, boleh contact saya di no di bawah.


--

Salam Sayang,
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219

Previous Post
Next Post

post written by:

14 comments:

  1. Penerangan yang sangat sangat lengkap. Tq atas info!

    ReplyDelete
  2. Very informative. Kena make sure consume cukup kalsium lepas ni. Nak tua & maintain gojes! 😉

    ReplyDelete
  3. Tq. Moga bermanfaat untuk semua

    ReplyDelete
  4. Penerangan yg penuh informasi.. Nampak gayanye kna ambil kalsium hari2 la nih. Sbb umur skang bukan umur kalsium disimpan didlm tulang.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah langkah pencegahan itu lebih baik kan ? :)

      Delete
  5. Info yang sangatttttt padat dan lengkap! Saya selalu akan tengok kadar cholesterol/tenaga je dekat label nutrition. Sekarang baru sedar kena tengok mengenai kalsium jugak! Thankyou for the info!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. boleh tengok juga info kalsium tau :)

      Delete
  6. Penerangan yg penuh informasi.. Nampak gayanye kna ambil kalsium hari2 la nih. Sbb umur skang bukan umur kalsium disimpan didlm tulang.. Huhu

    ReplyDelete
  7. Betul. wanita sangat berisiko utk mendapat osteoporosis. so scaryyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn tikah. Moga-moga kita bukan salah seorang daripadanya :) Insyaallah

      Delete