Wednesday, July 12, 2017

Happy 28th Birthday To Me

Sendiri punya birthday sendiri yang wish kan. Hehehe.

Alhadmulillah, 28 tahun dah Allah beri kak Syu peluang bernafas dan merasai kehidupan di dunia. Di kesempatan ini, kak syu nak mengucapkan:

Terima kasih kepada emak dan ayah yang dah besarkan kak Syu dengan sebaiknya. Terima kasih kepada umi dan abah mertua yang telah membesarkan suami kak syu dengan baik, sehingga beliau menjadi seorang suami dan ayah yang sangat baik. Dapatlah kak Syu merasa kehidupan rumah tangga yang aman dan harmoni. Nikmat Allah yang sangat lazat dan moga ianya berterusan sehingga akhir hayat.





Terima kasih buat adik beradik dan adik beradik ipar yang mewarna warnikan hidup ini. Terima kasih buat kawan-kawan di:
  • Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam, Melaka
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka
  • Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai, Melaka
  • MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan
  • MRSM Muar, Johor
  • Universiti Teknologi PETRONAS, Perak
  • Universiti Putra Malaysia, Selangor
  • Telekung Empire
  • Shaklee Malaysia

dan di mana sahaja anda berada kerana menjadi sebahagian warna yang mencantik dan mencorakkan kanvas kehidupan kak Syu.
Terima kasih buat guru-guru, pensyarah, dan warga pendidik yang memberi ilmu tanpa jemu. Moga hidup kalian dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang daripada Allah Yang Maha Esa.

Terima kasih kepada semua yang mengenali diri ini secara langsung atau tidak langsung dan terus berkongsi dan memberi kebaikan kepada kami sekeluarga.

Last but not least, terima kasih kepada my beloved husband Mohd Ikhwan bin Ridzuan, my beloved son Muhammad Mukhlis, dan my beloved daughter Musfirah Nahilah, yang menjadikan kehidupan ibu sempurna dengan kehadiran kalian.



Akhir kata, kak Syu nak minta tolong semua doakan segala impian dan cita-cita yang kak Syu rancang untuk kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat akan dapat direalisasikan :)


Love,
Kak Syu
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: