Monday, August 7, 2017

Eco Forest by Eco World

Kak syu ada jumpa seorang ejen hartanah ni. Dia beritahu yang dia ada beli kondo (belum siap lagi) di Semenyih, berdekatan dengan Universiti Nottingham, Malaysia. Jadi kak syu dan husband pun decide nak pergi tengok kawasan kondo tu. Mana tahu boleh nak buat investment kan. Hehehehe.

Semasa kami jalan masuk area Universiti Nottingham tu, terperasan ada banting Eco Forest. And we were like "Waaaa, Eco World buat projek kat sini pula ke". Kami excited sebab suka tengok projek Eco World ni. Tengok je la Eco Majestic tu. Memang cantik sangat. Landskap dia sangat win OK. Hahahaha.



So kami pun teruja juga la nak tengok macam mana Eco Forest ni. Kalau Eco Majestic tema dia 'Timeless Elegance', nak tahu tema Eco Forest ni.

Keesokannya kami pergi ke Sales Gallery dia. As expected, memang ada tema, dan landskap yang cantik. Tema Eco Forest ni 'Nature'. Memang tepat dan bersesuaian sangat dengan nama Eco Forest nya. Sebab tu kalau pergi ke Sales Gallery dia ni, ada satu taman yang diletakkan banyak sangat 'panda', 'beruang', dan 'kehijauan', sebagai simbol kepada Nature.





Rumah yang sedang nak dijual sekarang ialah rumah teres dua tingkat. Bukaan dalam 20*60 hingga 30*60 (lebih kurang gitu la luasnya). Harga starting from RM 598k, ada 7% bumi diskaun dan 5% rebate.

Rumahnya sangat sesuai untuk didiami dengan selesa bagi yang berkeluarga kecil, dan bagi sesiapa yang sangat sukakan Nature. Eco Forest can suit your taste very well. :)

Masa kak syu pergi tu, show unit belum siap lagi. Insyaallah 21/8/17 akan siap show unit beserta interior design. Siapa yang berhajat untuk beli property di Eco Forest ni boleh ke Sales Gallery nya ya.



Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: