Friday, April 21, 2017

Detoksifikasi (Detoks) - Kenapa perlu? | Part 2

Hi Assalamualaikum semua :)

Entri sebelum ni saya ada berkongsi banyak benda berkenaan detoks. Siapa terlepas link nya boleh baca di sini.

Dan kali ini, seperti yang dijanjikan, saya akan berkongsi berkenaan dengan supplement Shaklee yang boleh membantu untuk detoks.

Ini adalah supplement untuk detox. Semua supplement detox ini mempunyai fungsi yang spesifik. Nampak tak lima item di bawah tu? DTX, Herblax, Alflafa, Peppermint and Ginger Plus, dan juga Vivix.



DTX: Mengandungi MILK THISTLE yang baik untuk hati (menyokong fungsi hati sebagai organ  detoks), menjadikan kulit glowing dan radiant.

Vivix : Mengandungi MUSCADINE GRAPE yang membantu untuk boost kan energy, mengandungi antioksiadan yang sangat tinggi dan ejen anti keradangan bagi membantu untuk melindungi sel daripada rosak.

Alfalfa :Daun ALFALFA mempunyai kandungan nutrisi yang sangat tinggi, melawan acid yang dihasilkan oleh toksin, dan juga membantu untuk menurunkan berat badan.

Herblax: Mengandungi DAUN SENNA yang baik untuk kolon dan membantu untuk melegakan sembelit.

Peppermint and Ginger Plus: Mengandungi DAUN PUDINA dan HALIA untuk buang angin dan melegakan perut daripada kembung.

Saya nak cerita sedikit pengalaman husband saya. Husband saya dulu ada masalah kulit. Macam ada naik warna putih-putih dekat tangan dan badan dia. Putih-putih tu dalam sebesar duit syiling 20 sen. Doktor kata kulat.

Kesian tengok keadaan kulit husband. Masa belum kenal DTX, memang sapu ubat doktor je. Tapi kurang berkesan. Hilang sekejap, pastu naik balik. Kesian betul dia.

One day tu, lepas dah jadi member Shaklee, saya baca buku Product Guide. Dalam tu ada cerita pasal DTX yang support fungsi hati untuk menjalankan fungsinya sebagai organ detox yang paling utama.

Kat situ juga ada cerita pasal tanda-tanda orang yang banyak toksin, antaranya masalah kulit tu. Then saya beritahu husband, why not kita try. Saya rasa badan awak ni banyak toksin ni, tu yang kulit awak jadi macam ni. And for your information, kulit husband akan jadi worst bila kena peluh.

Mula-mula husband agak keberatan juga nak cuba. Tapi saya beli juga. Saya nak juga dia try. Dah isteri dia beli, terpaksalah dia makan kan.

Amazingly, Alhamdulillah, tak sampai habis sebotol makan, settle dah masalah kulit husband. Tak de dah lagi tompok-tompok putih ni. Dan kalau husband berpeluh teruk macam mana pun, yang putih-putih tu tak timbul dah.

Saya happy, husband happy, kami semua happy. hahahahaha. Alhamdulillah sangat berkesan dan memberi kebaikan pada husband. Masa mula-mula ambil ni, saya biar dia seorang je makan dulu, Beri laluan pada dia. And masa tu kan baru join Shaklee. Nak juga tengok keberkesanannya. hehehe.

BONUSNYA, bukan tompok-tompok putih tu sahaja hilang, kulit hauband pun nampak lebih glowing tau. Ni semua penangan MILK THISTLE ni. Dia punya kerja la ni. Emmmmm, kalau saya seorang je kata macam tu tak aci la kan. Tapi ramai tau yang tegur. Kata muka husband saya nampak glowing. I am soooo jeles. hahahaha.

Ok, Ini antara manfaat lain bila berdetoks ini ialah:
  • Membantu menurunkan berat badan. Kalau dah cuba kurangkan makan, dah bersenam tapi berat payah sangat nak turun, maksudnya badan korang perlu untuk dibersihkan dulu. Banyak sangat toksin. Zat nak serap pun payah.

  •  Kolon yang lebih sihat. Insyaallah tiada lagi masalah sembelit

  •  Memberi tenaga. Kalau jenis yang asik letih je, asal bangun pagi rasa nak tidur balik, asal  buat kerja sikit rasa dah macam lari marathon, itu tanda-tanda badan tak sihat. Go for detoks.

  • Kulit yang lebih sihat dan tidak kusam. Part ni mesti ladies suka kan :)

  • Hati yang lebih sihat. Penting tau untuk dapatkan hati yang sihat. Hati merupakan organ utama untuk penyingkiran toksin (detoksifikasi). Bila hati sihat, Insyaallah badan kita pun akan sihat juga.

  • Meningkatkan sistem imunisasi

  • Tidur yang lebih lena dan berkualiti.


Perkara yang saya sangat bersyukur setiap hari bila Allah pandukan saya untuk bersama Shaklee. I can feel the difference. Difference in term of having a better health and having a better income. Part income ni Insyaallah akan terus berkembang dan berkembang.

Moga-moga Allah terus berikan lagi saya peluang untuk berkongsi kebaikan Shaklee kepada ramai orang. Dan moga Allah bantu saya untuk jana pendapatan yang bergaya dengan Shaklee.

Ok, itu sahaja. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai program DETOX SHAKLEE, supplement DETOX SHAKLEE dan juga BUSINESS WITH SHAKLEE, boleh contact saya ya :)


--

Salam Sayang
<3 p="">Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: