Wednesday, May 24, 2017

Assalamualaikum pembaca FIT BONDA? Apa khabar semuanya?

Ibu-ibu, pernah dengar atau baca berkenaan minyak ikan atau nama famousnya selalu dipanggil Omega 3? Ok, untuk entri hari ni, saya nak kongsikan berkenaan dengan Omega 3, dan di zoom kan lagi kepada kepentingan Omega 3 untuk bayi dalam kandungan.


Haaa. Tengok journal artikel ni. Berkenaa kepentingan Omega 3. Ada 3 perkara yang di tekankan di situ iaitu kepentingan Omega 3 dalam:

  • Perkembangan janin
  • Fungsi kardiovaskular
  • Penyakit Alzheimer

Khas untuk entri hari ini, saya akan fokuskan kepada Omega 3 dan kepentingannya dengan perkembangan janin.


Mengapa ibu hamil perlukan minyak ikan yang mengandung asid lemak Omega 3, EPA, dan DHA?

+++ Sangat penting untuk perkembangan janin

Apa yang pentingnya?

+++ Kajian menunjukkan bahawa EPA dan DHA penting untuk perkembangan janin yang sempurna, yang merangkumi neuron, retina, dan fungsi imun bagi janin tersebut.


DHA sangat penting untuk fungsi membran sel yang betul dan untuk perkembangan otak dan retina.

Semasa trimester ketiga, sejumlah besar DHA akan berkumpul dalam tisu janin.

2 tempat yang sangat penting untuk mendapatkan DHA yang mencukupi ialah bahagian retina dan otak, yang berkait langsung dengan penglihatan normal dan fungsi otak.

Satu kajian yang dijalankan oleh Hakim et al. mendapati bahawa kanak-kanak yang ibunya mengambil supplement DHA semasa mengandung mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah jauh lebih baik daripada ibu yang tidak mengambil supplement DHA semasa mengandung.

Maksudnya, bagi ibu-ibu yang mengamalkan supplement yang mengandungi DHA, anaknya mempunyai fungsi otak yang lebih baik. Dengan kata lain bijak lah kiranya :)


Selain itu, kebiasaanya kita dengar kalau ibu yang mengandung sangat dititikberatkan berkenaan pengambilan protein kan. Untuk pembentukan sel yang sihat.

Tapi akhir-akhir ni, hakikat bahawa EPA dan DHA sebagai supplement yang penting untuk ibu mengandung sudah diiktiraf juga.

Jabatan Garis Panduan pemakanan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS mengesyorkan bahawa wanita yang sedang mengandung atau menyusukan bayi perlu mengambil 8 hingga 12 auns makanan laut seminggu daripada pelbagai jenis makanan laut.

Pengambilan 8-12 auns makanan laut seminggu, bergantung kepada jenis ikan, adalah bersamaan dengan ~300-900 mg EPA + DHA setiap hari.

Masalahnya, jumlah ni tidak dipenuhi oleh kebanyakan ibu-ibu di Amerika Syarikat dan Kanada, yang mengakibatkan bayi tidak mendapatkan nutrisi Omega 3 yang mencukupi ketika dalam kandungan.

Kesian kan? :(


Tahu tak lagi ibu-ibu yang Omega 3 ni membantu dalam mengelakkan kelahiran pramatang?

Haaaa jarang kan orang share berkenaan isu ni. Lepas ibu-ibu dah baca ni, dah tahu, boleh share dengan ibu-ibu yang lain ya.

Kepentingan klinikal yang besar, EPA dan DHA supplement semasa hamil telah dikaitkan dengan kehamilan yang lebih panjang dan peningkatan kepekatan EPA dan DHA dalam tisu janin.

Pada tahun 2005, kelahiran pramatang menyumbang 12.7% daripada semua kelahiran di Amerika Syarikat, yang seterusnya meningkatkan kemungkinan komplikasi kesihatan .

Melahirkan bayi yang cukup matang adalah sangat penting kerana pra-matang adalah punca pelbagai penyakit bayi dan boleh membawa kepada kematian; kelahiran pramatang adalah faktor yang mendasari 85% daripada kematian bayi.


Anak lahir-lahir ada ekzema? Alergik?

Salah satunya sebab DHA & EPA yang tidak mencukupi tau.

Terdapat juga bukti bahawa ibu-ibu yang menggunakan supplement EPA dan DHA semasa mengandung dan penyusuan boleh melindungi anak-anak mereka terhadap alahan.

Ini mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa supplement Omega 3 telah dikaitkan dengan tahap penurunan sel-sel badan terhadap keradangan dan meningkatkan tindak balas imun.

Dalam satu kajian tentang alahan makanan dan ekzema, kelaziman alahan makanan adalah lebih rendah dalam kumpulan ibu yang mengambil supplement EPA dan DHA semasa mengandung berbanding mereka yang tidak mengambil supplement EPA dan DHA.


Haaaaa ibu-ibu. Nampak dah tak kepentingan supplement asid lemak Omega 3  EPA dan DHA ni?

Ok, saya summarize kan sikit ya kepentingan Omega 3 untuk janin.

  • Untuk membantu pengembangan janin terutamanya neuron, retina, dan sistem imun.
  • Mengelakkan kelahiran pra matang.
  • Mengelakkan risiko mendapat ekzema dan alahan.

Jadi, ibu-ibu wajib dapatkan Omega 3 yang cukup ya untuk membantu perkembangan anak dalam kandungan. Untuk dapatkan cukup Omega 3 melalui pemakanana adalah sangat sukar dan tidak akan pernah cukup. Oleh itu, penting untuk kita ambil supplement Omega 3 bagi memenuhi keperluan Omega 3 untuk janin.


Ada pelbagai jenama Omega 3 diluar sana, tetapi di sini saya nak kongsikan mengenai Omega 3 Shaklee, yang diberi nama Omega Guard.


Mengapa perlu dapatkan Omega Guard Shaklee?


1. Melalui proses penyulingan 3 peringkat.

Kenapa perlu melalui penyulingan 3 peringkat? Kalau 1 peringkat je aci tak?

Tak aci. hehehehe. Dengan adanya penyulingan 3 peringkat ini, bermaksud minyak ikan yang dihasilkan tidak langsung mengandungi logam berat. Sudah bersih lagi suci. Boleh gunakan tanpa was-was.

Sebab itu kalau ambil Omega 3 yang sekadar sekali penyulingan sahaja, kualitinya memang sangat rendah. Kandungan logam dan merkuri nya masih tinggi. Itu yang menyebabkan lagi makan Omega, lagi sakit. Sebab Omega yang dimakan tu tak bersih, banyak logam.


2. Omega Guard shaklee tinggi kandungan EPA dan DHA nya berbanding dengan jenama lain.

Korang makan jenama apa? Boleh check kandungan EPA dan DHA dengan Omega Guard Shaklee ni ya.

Kandungan EPA 182 mg, DHA 120 mg untuk setiap kapsul.

Omega 3 sendiri pun ada 333 mg dalam setiap kapsul Omega Guard Shaklee.


3. Murah!!!!!!!

Omega Guard Shaklee hanya RM 115.55 untuk ahli, bukan ahli RM 144.45. Ada 90 biji. Sebiji kapsul jatuh pada harga hanya RM 1.30 dan RM 160 untuk ahli dan bukan ahli. Sangat murah kan. Nasi ayam kita makan masa lunch mahal lagi.

Murah sangat kalau nak dibandingkan dengan manfaat dan nikmat yang akan dapat daripada Omega Guard ni.


Lega tak kalau anak yang lahir tak de alahan dan ekzema? Lega dan bersyukur tak kalau anak yang lahir tiada masalah fungsi otak dan penglihatan?

Insyaallah semua risiko yang disebabkan kekukrangan EPA dan DHA akan dapat dibendung dengan pengambilan Omega Guard. Kita hanya insan biasa, boleh berusaha dan berikhtiar. Moga asbab usaha kita ini akan memberi kebaikan buat ibu dan anak :)


Sekiranya iu-ibu berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Omega Guard, boleh hubungi saya, untuk saya kongsikan lagi ya :)


--

Salam Sayang
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219



Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: