Tuesday, June 20, 2017

Family Trip to Perth, Australia - Part 1

Fuuuhhh. Lama sangat entri ni dalam draft. Lama betul masa yang diambil untuk publishkannya, hehehehe. Hari ni kak Syu nekad, kena publish juga. Kalau tak nanti lupa.

Kak Syu saja-saja je nak share sikit pengalaman pergi Perth hari tu. Nak coretkan di sini sebagai kenangan untuk kak Syu dan keluarga. Dan boleh juga jadi rujukan pada mereka yang nak melancong ke Perth juga kan :)

Kak Syu kena pecahkan the whole story kepada beberapa parts. Sebab panjang sangat nak cerita semua dalam satu entri. Tak berbuka la kak Syu jawabnya nanti kalau nak tulis semua hari ini. Eh, padahal boleh je simpan dalam draft dulu kan :P

Part 1 ni lebih kepada persiapan kami ke Perth. Kami sebenarnya dah plan nak pergi Perth ni dari dalam bulan Ogos 2016 macam tu. Tarikh yang kami betul-betul pergi pada 5 Mei 2017 sehingga 9 Mei 2017. Pergi 5 hari, 4 malam.

Kami decide pergi May 2017 tu sebab ada tiket promo. Hihihi. And tengok timing yang sesuai dengan semua juga. Last last Alhamdulillah dapat pergi tarikh yang disebut di atas. Tiket ke Perth, pergi balik untuk seorang dalam RM 700 semuanya.

Bila dah beli tiket, kami go for next preparation iaitu buat passport. Tak pernah pergi Negara orang kan. Makanya tak pernah ada passport. So ni la first time nak buat.

Kami asalnya pergi ke UTC Pudu untuk buat passport. Keluar rumah dalam pukul 7 pagi. Sampai sana office tak buka lagi tapi orang ramai nya, Ya Allah. Ramai sangat-sangat sampai kami pun tak tahu nak beratur kat mana. hahahaha. Sobs sobs.

Sebab dah tengok ramai sangat kat situ, jadi husband pun decide jom la kita pergi UTC lain. Then kami ke UTC Keramat. Hmmmmmm. still ramai tapi at least tak seramai tadi. At least kat sini boleh nampak line nak beratur nya.

Masa husband beratur, saya sempat pergi sarapan dulu. Saya dah habis sarapan, husband masih beratur. Haaaaa. Memang rentung la kat situ. Jenuh beratur. Hahahaha.

Tapi, yang syoknya di UTC Keramat ni ada library yang beraircond. So sementara tunggu nombor yang jauh lagi tu, kami duduk library. At least boleh rehat-rehat sambil baca buku. Ilmiah sangat hokay. Hihihi.

Setelah beberapa jam menunggu, akhirnya giliran kami tiba. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun masa nak ambil gambar Musfirah susah juga la. Dia tak nak pandang kamera. Selalu tak dapat nak ambil gambar dua-dua telinga dia.

Pegawai kat situ pun dah bagi toys nak suruh ajak dia supaya pandang depan. Tetap tak berjaya juga. Sampai dua orang Pegawai datang baru jadi. Aduilah anak. Payah betul nak ambil gambar dia.

Lepas dah siap proses ambil gambar dan serahkan dokumen apa yang patut, kami tak boleh nak ambil passport lagi. Sebab kami punya kad pengenalan, kad lama. Kena buat yang baru dulu baru boleh ambil passport. So kalau korang nak buat passport, tapi masih guna IC lama, better tukar dulu. Nanti banyak kerja nak buat. Especially kalau siapa-siapa yang tengah rushing kan. Time tu lah nak buat passport, time tu nak kena tukar IC. Boleh bikin stressss.

Mujur lah UTC ni semua benda setempat kan. JPN kat sebelah je. Jadi lepas buat passport, pergi buat IC. IC dah siap, baru boleh ambil passport. Fuhhhh. Banyak betul prosedur. Hampir setengah hari juga lah nak settlekan semua benda.

Alhamdulillah part passport dah settle. Then husband saya settle kan Visa pula. Dia buat dekat KL Sentral, dengan agent. RM 20 seorang. Boleh siap dalam masa sehari. So part Visa pun settle.

Anatara persiapan lain yang kami buat sebelum berangkat ialah beli baju sejuk dan beli makanan untuk dibawa ke sana.

Makanan yang kami bawa:

  • Beras
  • Roti
  • Tuna
  • Sambal garing cik nor
  • Pek makanan segera Brahim's. Brahim's ni kan kalau pergi beli dekat pasaraya memang mahal. Tapi kalau pergi dekat kilang dia sendiri, boleh dapat separuh harga. So kitorang beli banyak juga la. Antara yang kami beli kari ayam, nasi tomato, ayam masak merah, asam pedas, dan rendang.

Tak lupa juga bawa ubat-ubatan dan supplement. Supplement ni untuk kak Syu sendiri kak Syu tak bawa. Husband kata tak payah lah bawa, takut nanti kena rampas. Padahal boleh je bawa. Declare je la. hehehehe. So supplement hanya bawa yang B Complex untuk mak, dan Nutriferon untuk anak-anak. Untuk ubat-ubatan, dah minta Doktor buat prescription.

Flight kami 5 May 2017, pukul 12 malam. Kami gerak dari Mantin dalam pukul 6 petang. Sampai ke KLIA 2 dalam pukul 6.40 petang macam tu. Terima kasih sangat kepada Pak Usu dan Mak Usus sekeluarga yang tolong hantarkan ke KLIA 2. Sampai sana, kami pergi makan dekat Marrybrown dulu.



Dah kenyang makan, kami settlekan solat, then start masuk dalam dah. Mula la proses check mengcheck oleh pegawai dekat KLIA 2 tu. Alhamdulillah semua settle.

Masa nak pergi gate pelepasan tu kan, first time naik buggy airport sebab kebetulan ada emak dan ayah yang dikira warga emas (hahahaha), dan sebab bawa baby juga. Excited tau kak Syu. Sebab tak pernah naik buggy. Muahahahaa.
Selalunya, bila nampak buggy ni dalam hati mesti terdetik, nak naik juga. Macam budak-budak kan perangai. Hahahaha. Akhirnya detikan hati kak Syu dimakbulkan Allah pada hri nak pergi Perth. Happyyy sangat tau :)



Alhamdulillah proses untuk depart tu semua berjalan lancar untuk kami. Samapi di gate untuk departure dalam pukul 11.30 pm. Cuma masa kami nak masuk untuk pelepasan tu kan, ada seorang ni, dia nak pergi Melbourne. Dia dah ada kat situ lama dah. Tapi kesian kat dia sebab gate tu bukan untuk pergi Melbourne dah. Untuk ke Perth. Diorang tukar gate, tapi dia tak perasan. Flight ke Melbourne pula dah berlepas pukul 10 lebih. Kesiaaaannnn sangat-sangat ke dia. Sedih.

Kesimpulannya, masa kat aiport, selalu-selalu la alert. Mampu je tiba-tiba diorang tukar gate kita tak sedar. Kena sentiasa aware dan alert.

Itulah serba sedikit persiapan kami ke Perth. Insyaallah Next entri akan cerita pasal Day 1 kami di Perth ya :) Stay tune~~

Ni adalah sikit-sikit ambil gambar masa di airport. Letak sini untuk kenangan :)













---
Lots of Love,
Kak Syu




Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: