Thursday, July 6, 2017

Gelagat Hari Raya Pertama 2017

Assalamualaikum. Hi, dah lebih 10 Syawal ni. Baru nak share sikit gelagat hari raya pertama hari tu.

Tahun ni kak Syu dan keluarga beraya di rumah mak dan ayah di Melaka. Tahun lepas pagi raya di Kelantan, tahun ni di Melaka. Kami selang seli. And Insyaallah tahun depan di Kelantan pula. Kebiasaannya bila pagi raya dah di kampung Melaka contohnya, raya ke 3 akan balik ke Kelantan. Begitulah sebaliknya.
Me with my beautiful daughter :)
Balik ke Melaka sehari sebelum raya. Alhamdulillah jalan dari Mantin ke Melaka cun. Tak jem. Smooth je. Sampai-sampai tu tolong mak buat ketupat. Kak syu bab menganyam ketupat memang lah fail. Yang pandai menganyam mak dengan Syahirah, adik no 2. Tugas kak Syu isi beras dalam sarung ketupat je. hehehe.
Hasil ketupat kami :)
Persediaan raya kami tak banyak sangat. Buat ketupat, sambal ikan bilis, rendang, dan ayah beli lemang. Tak masak beriya sangat sebab lepas solat raya nanti akan keluar beraya ziarah saudara mara sampailah ke malam. Korang tengok tak cerita TV suasana raya yang busy busy pergi beraya rumah saudara mara tu. Memang ala-ala kitorang la tu. Kalau beraya di Melaka memang meriah dan macam itu lah suasanya nya. Kalau di Kelantan kurang sikit. Sedara mara ramai yang jauh-jauh.

Pagi raya tu, macam biasa, kami bersarapan, solat raya, bermaaf maafan, dan selepas tu mulalah agenda dari rumah ke rumah. Mula-mula ke rumah nenek belah ayah, selepas tu pergi ke kampung belah mak. Senang kampung dekat-dekat. Raya pertama dah boleh pergi dua-dua belah kampung.

Kami di kampung mak sampai petang, malam tu ke rumah ayah sedara (abang kepada ayah). Dan berakhirlah raya pertama kami.
Alhamdulillah, perkara yang paling kak Syu sangat syukuri dan gembira di hari raya apabila masih lagi boleh bertemu dengan sanak saudara. Ikatan kekeluargaan yang begitu erat, dieratkan lagi dengan pertemuaan di hari raya.

Ni sedikit sebanyak gambar di hari raya pertama. Enjoy :)

Feeling feeling pengantin baru :)
Mukhlis tengah merajuk tak nak ambil gambar
Abang Mukhlis tak de, Musfirah posing sorang-sorang je la
Akhirnya ada Mukhlis
Our family
The ladies
Pun boleh
Suka hati korang!!
The only hero dalam adik beradik
Dah berpunya
Ini pun dah berpunya. hahaha.
The only gambar masa malam raya pertama di rumah ayah sedara. With my other half.



Korang raya mana? Share la gambar sekali. :)


Love,
Kak Syu
Ni number kak Syu kalau nak tanya rahsia kurus husband dengan Shaklee. He was 95 kg, now 77 kg.
010-4031219













Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: