Monday, July 17, 2017

Open House di Rumahku

16 Julai 2017, buat pertama kalinya kak Syu buat makan-makan di rumah sendiri. Makan-makan sempena aidilfitri 2017 dan juga sempena masuk ke rumah baru 😊

Happy sangat dapat jumpa saudara mara dan sahabat handai. Tapi sebagai tuan rumah kak Syu tak dapat sangat nak menyembang dengan tetamu. Asik duk tengok makanan cukup ke tak. Bila nampak nak habis tu kita top up kan.

Walaupun tak dapat nak sembang-sembang sangat kak syu tetap terharu dan menghargai kedatangan kalian. Minta maaf kalau ada yang terkurang. Terima kasih tau sudi datang. Moga Allah balas dengan  kebaikan yang sangat banyak.

Yang PM kak Syu dan beritahu tak dapat datang pun terima kasih juga. Terima kasih kerana mendoakan kelancaran majlis. Semoga Allah merahmati kalian semuanya 😘

Gambar-gambar sekitar majlis semalam.











Love,
Kak Syu


Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: