Wednesday, August 17, 2016

BAHAYA LOW HEMOGLOBIN (HB) BAGI WANITA MENGANDUNG

Assalamualaikum w.b.t

Ok, tajuk entri ni dah mengambarkan hampir keseluruhan cerita saya :)

Sebelum kita pergi jauh lagi, jom kita kenali dulu apa itu hemoglobin (HB).

Secara ringkasnya, HB merupakan molekul protein di dalam sel darah merah yang berperanan untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Kebiasaannya, bacaan HB akan diambil melalui sampel darah untuk ditentukan paras HB nya.


Gambar di atas ni menunjukkan secara ringkas bagaimana HB berperanan dalam mengangkut oksigen. Oksigen yang masuk ke dalan peparu akan bersatu bersama HB, dan apabila sampai ke sel, Oksigen akan dilepaskan bagi kegunaan setiap sel.

Ok saya nak tanya. Oksigen penting tak untuk manusia? Ya, PENTING. Sebab kalau tiada Oksigen, kesan paling teruknya boleh menyebabkan maut. Jadi, Oksigen ini perlu dihantar keseluruh badan bagi memastikan setiap sel dapat berfungsi dengan baik. So anda dah boleh bayangkan lah apa yang akan terjadi sekiranya HB rendah :(

Paras HB yang baik bagi golongan wanota ialah 11.5-16.5 g/dl manakala untuk lelaki ialah antara 12.5-18.5 g/dL. Namun begitu, bacaan HB bagi wanita yang mengandung ialah antara 11 - 12 g/dl.


HB ni, untuk wanita mengandung TERAMAT lah PENTING. Doktor memang akan pantau rapat-rapat bagi mereka yang ada masalah LOW HB. Saya ingat lagi masa mengandungkan anak saya yang pertama. Saya check up di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KK). Siapa yang pernah check KK tahu lah kan procedure mereka. Memang strict sikit kalau nak compare dengan Klinik Private. Setiap kali datang mesti kena check semua, dari timbang berat ke urine test, ke HB test.

Nak dijadikan cerita, awal-awal mengandung tu, saya punya HB LOW. Jadi daripada dapat sticker putih masa first time buka buku (sticker putih ni mendndakan kita tiada apa-apa masalah dan sticker ni ditampal dibahagian depan buku check up) terus dapat sticker hijau. Ok, yang ni Ok lagi sebab tukar sticker je. Tapi yang jadi tak best bila kekerapan check up dinaikkan dari sebulan sekali kepada dua minggu sekali. Dan yang lagi lagi tak best bila setiap kali datang kena ambil darah dekat pelipat lengan tu. Yang kat atas siku tu. Bukan kat hujung jari tu je tau. Jadi memang banyak lah lebam-lebam kat tangan tu. So sad :(

Ok, tu cerita saya, Saya tahu ramai ibu-ibu yang tengah pregnant ada masalah LOW HB ni. Kenapa LOW HB ni perlu dipantau? Sebab ada banyak risiko yang boleh terjadi apabila kita kekurangan HB especially untuk ibu yang mengandung. Antaranya ialah:

1. Ibu boleh pitam
2. Risiko kelahiran baby pra matang
3. Risiko keguguran baby
4. Pendarahan semasa hamil

BESAR kan KESAN nya kalau kita kekurangan HB. Sebab tu HB ni memang sangat perlu dipantau. Ok, bila dah tahu HB rendah apa yang boleh kita lakukan?

Kita kenal pasti dahulu siapa yang membantu dalam pembentukan HB ni.

Yang membantu pembentukan HB ialah zat besi atau dikenali juga sebagai iron. Untuk mengangkut oksigen, zat besi perlu bergabung dengan protein dan membentuk HB dalam sel darah merah serta myoglobin dalam serabut otot. Tanpa kehadiran zat besi, HB tidak dapat dapat dihasilkan dan menyebabkan kita kekurangan HB.

Antara makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi ialah:

1. Daging merah
2. Hati
3. Jambu batu
4. Brokoli
5. Cereal
6. Tahu
7. Kerang
8. Bayam

Banyak lagi sebenarnya makanan yang menganduingi zat besi, tapi saya list kan di atas tu contoh-contohnya sahaja :)

Tapi, bagi ibu-ibu yang masih menghidap masalah LOW HB walaupun sudah makan makanan yang mengandungi zat besi, ibu-ibu boleh cuba supplement yang mengadungi zat besi.

Vita-Lea - Iron Formula merupakan antara supplement yang sangat bagus diambil bagi meningkatkan zat besi dalam badan. Selain daripada itu, Vita-Lea yang merupakan multivitamin yang mengandungi vitamin penting seperti Kalsium, B-complex dan Zinc, memberi banyak kebaikan lain seperti menjaga kesihatan tulang, membantu kesihatan saraf, membantu untuk membentuk kolagen, meningkatkan daya tahan, dan memberikan tenaga. Jadi, Vita-Lea Iron Formula yang diambil ini bukan sahaja dapat meningkatkan HB dalam darah, tetapi mampu untuk memberi extra BONUS seperti yang dinyatakan di atas.



Untuk mendapat penyerapan zat besi yang optimum, boleh ambil sekali dengan Vitamin C. Vitamin C, bukan sahaja membantu dalam penyerapan zat besi, malah merupakan antioksidan yang baik dan dapat membantu pembentukan kolagen. Dengan itu, kulit akan menjadi semakin sihat, berseri, dan segar.


Semoga entri ini dapat membantu ibu-ibu yang sedang mencari jalan bagi menyelesai kan masalah LOW HB. Saya sangat mengalu alukan sekiranya ibu-ibu ada apa-apa persoalan atau kemusykilan untuk dikongsikan :)


Whatsapp Bonda
+6010-4031219
Facebook Bonda:
https://www.facebook.com/FITBONDA 







Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: