Tuesday, August 16, 2016

VITAMIN UNTUK EARLY PREGNANCY

Assalamualaikum.

Dulu time pregnant kan Mukhlis, saya check up di Klinik Kerajaan. Time tu saya di Tronoh, Perak. Klinik pun tak berapa ramai orang. Boleh kata dalam sejam dua, dah settle check up. Tapi time pregnant kan si Musfirah ni saya dah duduk di Kajang. Mula-mula tu memang check up di Klinik Kerajaan. Tapinya saya tak sanggup dah. Ramai sangat orang. Dua kali je sy check up sana. Dalam 4 jam juga skali check up tu. Pastu sy cakap dengan husband, tak larat dah la nak g KK tu. Sebab lama sangat. Saya nak kena masuk lab lagi. So macam banyak masa terbuang. Dan lagi satu penat menunggu. hehehe. Then, untuk Musfirah saya check up di swasta je. And lagi best boleh check up malam. So husband boleh teman sekali :)

Time saya pregnant kan Mukhlis dulu mesti akan dapat 4 vitamin ni dari KK.

  • B-Complex
  • Folic acid
  • Iron
  • Vitamin C
Dan setiap kali check up nurse akan tanya, Vitamin banyak lagi ke? hehehe. Soalan yang saya serba salah nak jawab. Kalau jawab dah tak de kang, berdosa pula sebab tipu. Kalau jawab ada karang kena bebel dengan nurse sebab tak makan. Biasanya kadang-kadang sy senyum je atau cakap je la ada lagi. hihihi.

Nurse memang akan membebel kalau kita tak makan Vitamin ni. Kerajaan pun tak kan habiskan duit macam tu je bagi ke kita Vitamin ni kalau tak ada kepentingannya. Mesti sangat-sangat PENTING kan. Cuba kita tengok kepentingannya:

B-Complex : B-Complex mengandungi 8 jenis Vitamin iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12. Setiapnya mempunyai peranan masing-masing, cuma secara keseluruhannya, B-Complex sangat penting untuk kesihatan saraf tunjang, otak, sistem darah, sistem saraf, pertumbuhan sel, kesihatan mental, penghasilan tenaga, dan pengurusan stress. Mengikut Dr Zubaidi, penyerapan Vitamin B ini akan menjadi lebih optimum sekiranya kelapan - lapan Vitamin B ni ada bersama.

Folic acid: Folic acid ialah Vitamin B juga, iaitu B 9. Folic acid ni sangat penting bagi mommies yang sedang preganant at early stage (sebulan hingga 4 bulan) kerana folic acid insyaallah akan membantu pembentukan bayi yang sihat dan sempurna. Pengambilan folic acid yang cukup Insyaallah akan dapat mengurangkan risiko kecacatan otak (anencephaly) atau kecacatan saraf tunjang (spina bifida).

Saya pernah ulas mengenai kekurangan Folic Acid di sini: http://bondasyuhaidah.blogspot.my/2016/08/ikhtiar-untuk-baby-yang-sihat-dan.html

Iron : Pengambilan iron sangat penting bagi pembentukan hemoglobin (HB) darah. Kalau di KK, HB ni memang dipantau dengan sangat rapat oleh Doktor. Kalau low HB je, kena tukar sticker dari putih ke hijau, pastu kekerapan check up pun bertambah. huhu. Kenapa perlu sangat kekalkan HB yang optimum? Sebab low HB akan memnyebabkan lebih besar risiko keguguran baby, ibu mudah nak pitam, dan ada risiko untuk kelahiran pra-matang

Vitamin C : Vitamin C ni selain famous dengan functionnya yang antioxidant dan untuk mencantikkan kulit, Vitamin C juga berperanan dalam meningkatkan sistem imun dan membantu penyerapan Iron tadi tu. Jadi bila kita ambil Iron dan Vitamin C, Insyaallah penyerapan Iron itu akan menjadi lebih baik :)

Source of Vitamin C


Ok, itu antara function ringkas untuk setiap Vitamin. Siapa yang check up di KK, bila Doktor bagi Vitamin tu, please makan sampai habis ye :)

Tapi ada sesetengah ibu-ibu, bukan tak nak makan Vitamin tu tapi due tu several reaosns mereka tak dapat nak telan Vitamin yang hospital bagi. Ada yang kata tak suka dengan bau ubat hospital. Biasala kan ibu-ibu mengandung ni. Sensitif dia lebih sikit. Sometimes benda wangi pun jadi tak wangi. hehehe.

Let say kalau ada ibu-ibu yang nak try Vitamin yang mempunyai fungsi yang sama macam di atas, tapi bukan yang hospital punya, boleh try Vitamin from SHAKLEE. Insyaallah it is NATURAL and SAFE for you and your baby.

1. B-Complex with Folic Acid
2. Sustained release Vitamin C
3. Vita-Lea with Iron Formulated.

Bagi yang check up di Swasta, jika anda  tidak dibekalkan dengan apa-apa Vitamin, boleh makan Vitamin ni ye :)


Whatsapp Bonda
+6010-4031219
Facebook Bonda:
https://www.facebook.com/FITBONDA 

Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: