Thursday, August 18, 2016

VITAMIN C - KEBAIKAN BUAT IBU MENGANDUNG DAN BERPANTANG

Assalamualaikum w.b.t

Bila kita cakap pasal Vitamin C ni memang kebanyakan daripada kita akan terbayangkan kulit cantik dan buah oren. Kalau tanya apa sumber Vitamin C mesti kebanyakan orang akan jawab buah oren.

Membantu kecantikan kulit memang merupakan salah satu kebaikan Vitamin C. Sebab itu kalau ada orang yang nak cepat cantik, mereka akan suntik Vitamin C (please dapatkan nasihat Doktor. Jangan suntil sebarangan ye). Kerana Vitamin C merupakan antioksidan yang baik, dan juga membantu pembentukan kolagen.

Ye betul, membantu mencantikkan kulit merupakan salah satu manafaat Vitamin C, tapi bukan tu je taw. Banyak lagi manfaat nya :)

Dan betul juga yang sumber Vitamin C boleh kita dapatkan daripada buah oren. Rata-rata daripada kita pun akan ingat Vitamin C ni datang daripada oren dan buah-buahan je. Tapi sebenarnya banyak juga sayuran yang mengandungi Vitamin C. Antaranya kubis, labu, brokoli, carrot, kentang, etc.



Vitamin C baik untuk semua, tapi di sini saya nak fokuskan KEBAIKAN Vitamin C kepada ibu mengandung dan berpantang :)

  • Bagi ibu yang sedang mengandung, bacaan Hemoglobin (HB) adalah sangat penting. Kekurangan HB dalam darah akan menyebabkan kesan yang tidak baik kepada ibu dan baby seperti ibu akan mudah pitam, risiko kelahiran pra matang, dan risiko keguguran. Zat besi merupakan element yang penting dalam pembentukan HB. Kekurangan zat besi akan menyebabkan HB tidak terbentuk dan seterusnya mengakibatkan oksigen tidak dapat dihantar dengan baik kepada sel-sel. Zat besi sangat PENTING untuk diambil bagi membentuk HB, dan kehadiran Vitamin C akan membantu penyerapan zat besi. Dengan yang demikian, zat besi dapat diserap secara optimum ke dalam badan.
  • Ada kajian yang menunjukkan bahawa kekurangan Vitamin C akan menyebabkan air ketuban mudah pecah (yang ni saya akan kupas dengan lebih lanjut dalam next entri ye). 
  • Vitamin C dapat membantu meningkatkan daya tahan bagi ibu yang sedang mengandung dan yang telah melahirkan baby. Ianya juga dapat membantu dalam proses penyembuhan luka dengan lebih cepat
  • Dan bonusnya, seperti yang dibincangkan di atas tadi, pengambilan Vitamin C dapat memberikan kecantikan pada kulit. Ibu-ibu yang sedang berpantang pun nampak cantik berseri je nanti :)
Banyak source of vitamin C seperti yang dinyatakan di atas tadi. Ataupun, bagi mereka yang lebih suka telan supplement, boleh cuba Sustained Release Vitamin C from Shaklee. 

Kenapa SUSTAINED RELEASE? Sebab selepas telan Vitamin C ini, ianya akan di release secara perlahan-lahan di dalam badan dalam tempoh 5 jam.

Kenapa perlu di release kan perlahan-lahan? Kan senang kalau sekaligus je?

Viamin C ni ialah Vitamin larut air. Kalau ada lebihan Vitamin C yang tidak diserap oleh badan, ianya akan keluar melalui air kencing. Jadi rugi la kan kalau kesemua Vitamin C ni direleasekan dalam satu masa. Yang diperlukan badan akan diserap, tapi yang selebihnya dibuang melalui air kencing.

Sebab tu pentingnya teknologi SUSTAINED RELEASE. Supaya kesemua Vitamin C dapat diserap ke dalam badan secara OPTIMUM dan dapat MENGELAKKAN PEMBAZIRAN :)

Sangat worth sebenarnya invest untuk Vitamin C ni. Banyak sangat manfaat nya. Vitamin C ni pula hanya RM 92.50 sahaja. Ada 180 tablets. Jadi 1 tablet hanya lebih kurang RM 0.50 sahaja. Murah kan :)


Whatsapp Bonda
+6010-4031219
Facebook Bonda:
https://www.facebook.com/FITBONDA 



Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: