Tuesday, September 6, 2016

FULL PAYING PATIENT

Bagi ibu-ibu yang nak bersalin di Hospital Kerajaan dalam suasana ala-ala private, boleh ambil skim FPP ni. Skim FPP ni membolehkan ibu-ibu mendapat layanan seperti di Hospital Swasta walaupun bersalin di Hospital Kerajaan. Kiranya FPP ni macam private wing di Hospital Kerajaan. Tapi yang paling BEST bayarannya lebih murah berbanding dengan hospital swasta.

Tapi bukan semua Hospital Kerajaan ada FPP ni. Setahu saya ada beberapa hospital je yang ada FPP such as Putrajaya, Serdang, Selayang, dan HUSM. Mungkin ada lagi, tapi ni antara yang saya biasa dengar.

Time deliver Mukhlis dulu, saya bersalin di U-Science, HUSM. U-Science ni macam FPP tu la cuma namanya lain sikit.

Doktor dan peralatan yang digunakan semua HUSM punya, cuma time nak deliver baby and after deliver baby tu kita tak duduk ramai-ramai. Duduk sorang-sorang. Ala-ala private la kiranya. Dan layanan pun memang tip top. hehehe

Total bil saya di U-Science ni dalam RM 2k mcm tu. Compare dengan Musfirah yang saya deliver di Hospital Pakar Annur Bangi tu memang jauh bezanya.

Tapi kan kalau tak silap saya siapa-siapa yang nak guna FPP ni kena deposit RM 3k dulu. Nanti kalau bil kurang dari tu akan dipulangkan semula. Dont worry :)

Bagi ibu-ibu yang tengah cari hospital bersalin untuk deliver dan berminat dengan FPP ni, boleh la start usha2. :)

Ni baby Mukhlis 4 tahun yang lepas. Fresh lagi. Masih lagi bengkak-bangkak mata. Baru keluar dari labour room :)


Whatsapp:
010-4031219
Facebook:
https://www.facebook.com/FITBONDA

Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: