Tuesday, September 20, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Saya sangat suka susukan anak sambil baring. Especially time malam. Anak saya ni, dua-dua orang tu memang jenis yang akan bangun malam 3 ke 5 kali. Jadi kalau 3 ke 5 kali nak bangun dan susukan sambil duduk agak penat juga la. Sebab tu saya suka susukan diorang ni sambill baring. Tak perlu nak bangun-bangun.

Time Mukhlis, dalam beberapa hari deliver saya dah cuba posisi baring mengiring. Mula-mula payah juga la. Sebab tak berapa nak reti. First time mother katakan :).
Dan jadi bertambah susah sebab Mukhlis waktu tu baru nak belajar latch. Tapi saya usahakan juga sebab malas nak bangun. hehehe. Dan Alhamdulillah berjaya. Sejak dari tu biasanya kalau malam je memang saya akan susukan dia sambil baring. Jadi expert dah :)

Disebabkan dah jadi expert time Mukhlis, jadi time Musfirah saya tiada masalah nak susukan dia sambil baring. Fresh2 lagi dah terus buat. Sebab time tu saya tak larat sangat-sangat dah. Deliver kan Musfirah tanpa painkiller atau epidural. So memang banyak energy habis. Lahirkan dia je terus flat. huhu. So bila midwife bagi Musfirah pada saya untuk disusukan memang sambil baring je la jawabnya. Alhamdulillah Musfirah pandai latch dan saya pun dah tak kekok :)

Susukan baby sambil baring ni hanya satu OPTION. Bagi ibu-ibu yang lebih suka susukan baby dalam posisi duduk all the time boleh je. Cuma kalau susukan baby sambil baring tu saya rasa lebih mudah. Sebab pertamanya saya tak perlu bangun, dan yang keduanya risiko anak terjaga lepas minum susu tu sangat minimum. Dah tak perlu nak letak dia atas tilam semula lepas dah kenyang dan tidur atas riba.

Saya saja share pengalaman ni. Sebab ada ibu-ibu yang tak confident nak susukan baby sambil baring. Moga dengan post ni mereka tahu dengan new born baby pun boleh :)
Cuma kena sentiasa pantau kedudukan anda dan baby. Takut dia tersepit pula..hehe

Ok tu je untuk hari ni. Next entry sy share tip-tip macam mana nak susukan anak sambil mengiring dengan mudah even for your newborn baby :)

...................................................................................................................................................................

===============================
MENCARI MILK BOOSTER TERBAIK?
===============================

JOM Cuba ALFALFA




:) Membantu pengeluaran susu ibu
:) Memperbanyakkan susu ibu
:) Menambahkan lemak dalam susu ibu supaya bayi kenyang berpanjangan
:) Membantu mengelakkan sembelit
:) Membantu mengelakkan kembung pada ibu dan bayi
:) 
Membantu melegakan sakit sendi dan belakang
:) Membantu memulihkan urat selepas bersalin
:) Membantu penghadaman dan pencernaan
:) Mengandungi segala zat keperluan harian ibu dan bayi
:) Membantu melegakan PMS

Botol Kecil

330 Tablets - RM 53.75 boleh tahan sehingga 2 bulan (sebiji tablet jatuh pada harga RM 0.16)

Botol Besar

700 Tablets - RM 97.50 boleh tahan sehingga 4 bulan (sebiji tablet jatuh pada harga RN 0.14)

*Kos pos hanya RM 6 ke seluruh Malaysia

Whatsapp:
010-4031219
Facebook:

https://www.facebook.com/FITBONDA
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: