Monday, December 5, 2016

Dalam entri sebelum ini saya ada kongsikan bahawa set penyusuan Shaklee bukan sahaja untuk ibu yang ada dengan masalah penyusuan seperti kekurangan susu, tetapi ianya memberi manfaat yang lebih banyak daripada itu. Boleh baca artikel penuh di sini

Entri sebelum ini berkisar kepada kelebihan lain Alfalfa dan ESP selain daripada bertindak sebagai milk booster. Untuk perkongsian kali ini, saya akan kongsikan manfaat 2 item yang lain pula.

Vitamin C, seperti yang kita tahu sangat baik untuk kulit dan membantu pembentukan kolagen. Jadi bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah kulit sangat digalakkan untuk mengambil Vitamin C ini. Bagi ibu yang menyusukan bayi, Vitamin C ini sangat bermanfaat dalam menguatkan system imunisasi. Dengan itu penyakit ringan seperti demam, batuk dan selsema Insyaallah dapat dielakkan.



Saya sendiri masih menyusukan anak yang berumur satu tahun dua bulan. Ada beberapa kali saya rasa sakit tekak, salah satu tanda biasa untuk demam. Biasanya bila rasa je nak demam saya akan lebihkan minum air. Selain daripada minum air dengan banyak, saya juga pastikan yang saya tidak terlepas makan Vitamin C. Dan Alhamdulillah daripada rasa nak demam tak jadi demam. :)

Omega guard. Khasiat Omega guard yang biasa kita tahu ialah membantu merangsang perkembangan otak bayi dan penglihatan bayi. Jadi pengambilan Omega sangat baik diamalkan oleh ibu-ibu kerana khasiatnya bukan sahaja dapat kepada ibu, malah kepada bayi juga.

Anakcerdik :)

Selain daripada itu, manfaat lain Omega seperti memelihara kesihatan jantung, mengawal paras kolestrol, dan membantu ibu untuk slim semula juga merupakan manfaat Omega yang biasa diketahui. Tapi tahukah ibu-ibu bahawa Omega sangat bagus untuk cairkan kahak?

Kahak biasanya terjadi sekali dengan batuk. Dan juga antara tanda nak demam ialah kita akan rasa sakit tekak bersama dengan adanya kahak pekat. Kalau ibu-ibu ada rasa sakit tekak dan berkahak pekat, itu tandanya ibu-ibu berkemungkinan besar akan demam. Jadi rawat segera sakit tekak dan kahak pekat yang mengandungi bakteria itu dahulu, Insyaallah ibu-ibu tidak akan demam. Dan kalaupun demam Insyaallah tidak teruk dan cepat kebah :)
Kenapa saya concern sangat berkenaan demam ini? Pertamanya bila kita demam, kebanyakan ibu-ibu akan mengalami kemorosotan susu. Perkara ini tidak berapa bagus terutamanya bagi ibu-ibu yang sedang bertungkus lumus menyediakan stok susu. Dengan production susu yang menurun, ianya akan menganggu emosi ibu dan membuatkan proses pengumpulan stok susu menjadi lebih sukar

Keduanya, apabila ibu demam, ibu akan berada dalam keadaan letih dan tidak bermaya. Ibu-ibu memerlukan tanaga yang banyak untuk menjayakan proses penyusuan. Terutamanya bagi ibu-ibu yang masih dalam hari atau mempunyai anak yang kerap menyusu pada waktu malam, tenaga sangat-sangat diperlukan. Oleh itu, berada dalam keadaan demam dan tidak sihat agak menyukarkan penyusuan.

Kesimpulannya, pengambilan Vitamin C dan Omega mempunyai manfaat terutamanya bagi ibu yang menyusukan bayi. Moga-moga dengan ikhtiar ini, ibu dan anak akan berada dalam keadaan sihat selalu :)

OK, cukup dahulu entri untuk kali ini. Untuk entri seterusnya saya akan kongsikan manfaat Vitalea dan Ostematrix kepada ibu yang menyusukan bayi. Stay tune ~~





-----

Sekiranya ibu-ibu memerlukan supplement penyusuan, boleh hubungi saya di nombor di bawah


-----

Salam Sayang,
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: 010-4031219








Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: