Wednesday, December 21, 2016

Banyak sangat lambakan kolagen di pasaran. Semua kolagen menawarkan kulit yang cantik, gebu, mulus, cerah, dan banyak lagi. Namun sebagai pengguna pastinya kita tidak mahu main beli sahaja mana-mana kolagen yang ada. Mesti kita mahukan yang terbaik. Betul tak? Dengan menggunakan kolagen yang terbaik, Insyaallah kita akan mendapat manfaat yang optimum dengan kesan yang lebih cepat :)


Di sini saya akan kongsikan 9 garis panduan memilih kolagen yang terbaik

1. Pilih kolagen dalam bentuk makanan atau minuman - Mengikut nutritionist, kolagen yang diambil secara oral iaitu dalam bentuk makanan atau minuman akan membantu sintesis enzim dalam mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh, berbanding dengan kolagen yang diambil secara suntikan


2. Pilih size kolagen yang kecil, iaitu 1000 Dalton dan ke bawah. Ini bagi membolehkan sel dapat menyerap kolagen dengan optimum. Jadi kolagen yang anda ambil tidak dibazirkan

3. Pilih kolagen yang memunyai emolient yang unggul bagi mengekalkan kelembapan yang berpanjangan

4. Pastikan kolagen yang anda pilih mempunyai bahan anti oksidan yang tinggi bagi mengurangkan kesan pra penuaan

5. Perlu ada vitamin B-Complex bagi membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri. Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak, dan protein, untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen dalam sel

6. Pastikan kolagen anda ada glucosamine untuk memelihara kesihatan sendi. Nak tua dengan cantik dan sihat kan. Jadi kenalah jaga kesihatan sendi juga :)


7. Pastikan kolagen itu mempunyai bahan yang boleh merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat elastin

8. Pastikan sumbernya daripada haiwan, bukan tumbuhan. Kolagen yang terbaik ialah kolagen daripada haiwan

9. Pastikan ianya selamat dan tidak bertoksin

Itu sahaja perkongsian saya untuk pemilihan kolagen yang terbaik. Pastikan kolagen anda semua memiliki ciri-ciri yang telah disenaraikan agar mendapat kesan yang baik untuk jangka masa panjang dan pendek .

--

Salam Sayang,
Madam Syuhaida
.
WhatsApp: +6010-4031219



Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: