Sunday, January 8, 2017

ANAK-ANAK ADALAH PINJAMAN ALLAH YANG SANGAT BERNILAI

Anak-anak memang adakalanya sangat mencabar. Mencabar dari pelbagai aspek.

Masa kita nak rehat, masa itu lah dia ajak kita main. Padahal masa kita ajak main dia tak nak main

Dah sediakan makanan sedap-sedap seperti yang dia minta semalam, tiba-tiba tak nak makan. Sebabnya nak makanan yang semalam

Bila pergi shopping mall dah pesan siap-siap jangan lari-lari, sentiasa dekat dengan ibu, tapi bila sampai itulah perkara pertama yang dibuatnya

Inilah yang dia suka bila sampai shopping mall. Now adik pun dah ikut jejak abang. huhu

Dan semakin anak-anak meningkat usia, perjalanan mendidik itu semakin mencabar. Mendidik mereka untu hormat orang tua, mendidik mereka dengan ilmu agama, mendidik mereka dengan pelajaran akademik, mendidik mereka dengan adab dan tatasusila, dan banyak lagi

Benar, perjalanan mendidik dan membesarkan anak itu suatu perkara yang mencabar, Boleh hilang sabar kita dibuatnya.

Namun begitu, mereka lah penyeri hidup kita, Tidak kiralah ibu-ibu memelihara anak sendiri atau anak angkat, mesti hidup ini terasa terisi dengan kehadiran mereka

Gelak tawa mereka, senda gurau mereka, keletah comel mereka, dan semua sekali la

Kadang-kadang saya terfikir, andai kata Allah tarik mereka dahulu sebelum saya, tidak dapat saya nak gambarkan perasaannya

Hanya terfikir sahaja perkara ini boleh buat air mata mencurah-curah. Tak tahu apa akan jadi kalau betul-betul mereka tiada

Selalu juga fikir apa yang akan jadi bila mereka dah besar nanti. Sangat-sangat minta pada Allah moga-moga mereka menjadi orang yang baik-baik. Tengok gejala sosial di sekeliling, rasa macam sakit dada, sesak nafas. Takut sangat dengan dunia ni. Takut sangat kalau anak-anak terjebak sama. Moga Allah lindungi mereka sangat-sangat

Dulu kan, tidak berapa paham sangat bila dengar ayat yang kata anak-anak ibarat kanvas putih, ibu bapa yang mencorakkan mereka. Tapi sekarang, bila ada anak, baru faham. Anak-anak ini memang tak tahu apa-apa pun masa mereka kecil

Mereka hanya buat apa yang kita buat. Jadi, sementara mereka masih kecil, pandulah mereka sebaiknya. Moga-moga dengan azam dan keinginan kita, dan juga tindakan kita dalam menjadikan mereka orang yang baik, Allah akan bantu.

Ada satu doa yang saya selalu amalkan yang saya hendak share dengan semua.

'Ya Allah tutupkan lah pintu hati mereka dengan segala sifat mazmumah, bukakanlah pintu hati mereka dengan sifat mahmudah. Ya Allah, tutupkanlah pintu hati mereka dengan hawa nafsu yang haram, bukakanlah pintu hati mereka dengan hawa nafsu yang halal hanya kepada pasangan mereka sahaja'.

Cuba teka ini Mukhlis ke Musfirah? :)
--

Salam Sayang,
Madam Syuhaidah


Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: